Beberapa hari ni aku nampak ada keluar notifikasi “Earnings at risk” di akaun Google Adsense. Ada juga terbaca status beberapa orang rakan di Facebook berbual dan berbalas-balas komen tentang hal ni.
Rasanya semua yang miliki akaun Google Adsense akan nampak juga notifikasi tanda amaran tu.
Notifikasi amaran tu minta kita tambah atau letakkan file ‘ads.txt‘ di semua nama domain yang tersenarai untuk mengelakkan impak yang kurang baik pada hasil income dari pengiklanan Adsense.
Kalau tak buat, apa jadi?
Penggunaan ‘ads.txt’ ni tak diwajibkan, cuma disarankan oleh Google. Kalau tak buat rasanya takda masalah kot. Aku pun tak pasti.
Lebih baik buat je. Tak susah pun..
Fungsi Ads.txt
Fungsi ads.txt ni menurut rakan blogger Hasrul Hassan,
… ads.txt di dalam blog anda, ia akan memastikan ruang iklan di dalam blog anda tidak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab, dan ia juga akan membantu anda memaksima jumlah income yang boleh anda terima daripada platform pengiklanan seperti Adsense.
Maknanya fail ‘ads.txt’ penting juga dan perlu ada di setiap blog yang menggunakan Google Adsense. Kalau tak penting, takkan keluar notifikasi amaran tu, kan?
Jadi, buat jela seperti yang disarankan supaya tak memberi kesan yang kurang baik pada income Adsense kita.
Mengatasi Isu “Earnings At Risk” di Google Adsense
Masa aku mula perasan amaran tentang “Earnings at risk” tu, aku terus tekan link ‘FIX NOW‘. Nak terus buat seperti yang disarankan. Takut hasil income dari Adsense terjejas pula kalau tak buat dengan segera.
Lepas tekan ‘FIX NOW‘, dia bawa ke halaman Sites dan ada tunjuk senarai nama domain yang menggunakan Google Adsense.
Senarai tu adalah domain-domain yang perlu diletakkan fail ‘ads.txt’. Kalau ada banyak domain yang disenaraikan, kena letak pada kesemua domain tu.
Nama domain yang tak diperlukan untuk adsense, kita boleh ‘remove‘ je daripada senarai Sites.
Download Fail Ads.txt
Google Adsense telah sediakan link download fail ads.txt untuk memudahkan kita selesaikan isu “Earnings at risk” tu. Tekan saja link ‘DOWNLOAD’ pada bahagian sites di akaun Google Adsense yang ada tunjuk senarai nama domain.
Simpan fail ‘ads.txt’ tersebut di komputer anda, dalam mana-mana folder yang mudah dicari untuk digunakan kemudian.
Cara Letak Ads.txt Untuk WordPress
Untuk blog yang menggunakan platform WordPress self-hosted, cara letak fail ads.txt mudah saja.
Login ke panel kawalan atau cPanel web hosting anda dan buka ‘File Manager‘.
Kemudian, buka folder ‘public_html‘ dan upload fail ‘ads.txt’ yang telah anda download tadi di situ.
Folder ‘public_html’ merupakan root direktori untuk fail-fail blog anda (domain utama).
Kalau anda ada domain lain dalam web hosting yang sama, biasanya dalam folder ‘public_html’ tu akan ada subfolder dengan nama-nama domain yang tersendiri.
Setiap subfolder tu pula adalah root direktori mengikut nama domain.
Untuk blog yang berada di dalam subfolder, buka folder dengan nama domain tersebut dan upload fail ‘ads.txt’ ke dalam folder tu.
Selepas dah upload fail ads.txt tadi ke dalam direktori blog, sila semak sama ada fail tersebut boleh diakses atau tidak melalui URL:
- DomainAnda.com/ads.txt
- www.DomainAnda.com/ads.txt
Jika fail ‘ads.txt’ tadi berada di tempat yang betul, anda akan nampak kod seperti berikut:
google.com, pub-0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Cara Letak Ads.txt Untuk Blogspot
Untuk blog yang menggunakan platform Blogspot pula, cara letak fail ads.txt juga sangat mudah.
Buka fail ‘ads.txt’ yang telah anda download dari akaun Google Adsense tadi. Gunakan perisian text editor seperti Notepad. Anda akan nampak sebaris kod “google.com, pub-0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0“.
Copy keseluruhan kod tersebut.
Tak perlu ubah apa-apa pada kod sebab Google Adsense dah tolong settingkan ‘pub-00000000‘ tu dengan Publisher ID akaun Adsense anda.
Kemudian, login akaun Blogger.com dan pergi ke menu ‘Settings‘ > ‘Search preferences‘.
Lepas tu pergi ke bahagian ‘Monetisation‘, tekan ‘Edit‘ pada Custom ads.txt dan ‘Enable custom ads.txt content‘.
Satu kotak kosong akan muncul. Paste kod ‘ads.txt’ yang anda dah copy tadi ke dalam kotak tersebut dan tekan butang ‘Save changes‘.
Kemudian, semak ads.txt tersebut boleh diakses atau tidak melalui URL:
- BlogAnda.blogspot.com/ads.txt
- DomainAnda.com/ads.txt (jika menggunakan Custom Domain)
Selepas dah ikut kesemua langkah tu, dah boleh pergi buat kerja lain.
Tunggu sedikit masa lebih kurang 24 jam untuk Google mengesan fail ‘ads.txt’ di domain blog anda. Notifikasi ‘Earnings at risk‘ tu akan hilang dengan sendiri bila ‘crawler‘ dah berjaya mengesan ads.txt tersebut.
Pengguna Custom Domain di Blogspot
Bagi anda yang menggunakan custom domain atau third-party domain di Blogspot (iaitu domain berbayar .com, .net, .org dan lain-lain), anda perlu pastikan kedua-dua URL yang mengandungi ‘www’ dan ‘tanpa www’ akan pergi ke satu URL yang sama di mana kod ‘ads.txt’ diletakkan.
Custom domain di Blogspot anda perlu setting “Redirect DomainAnda.com to www.DomainAnda.com” supaya Google dapat mengesan fail ‘ads.txt’ yang telah diletak tadi.
‘Crawler‘ akan cari fail ads.txt bermula dari root domain terlebih dahulu, iaitu domain tanpa www. Jika tak buat setting Redirect to www, domain tanpa www tak boleh buka, akan keluar error dan ‘crawler‘ takkan dapat mengesan fail ‘ads.txt’.
Setting yang betul, bila anda taip “DomainAnda.com/ads.txt” di web browser, ia akan redirect URL tersebut kepada “www.DomainAnda.com/ads.txt”.
Selepas ‘crawler’ dah berjaya mengesan fail ads.txt tersebut, Google akan kemaskini maklumat yang diterima dan notifikasi “Earnings at risk” tu akan hilang.
Itu saja cara-cara untuk atasi isu “Earnings at risk” yang muncul di akaun Google Adsense. Mudah je kan? Dah buat ke belum?
Bukak dashboard Google Adsense keluar menatang ‘Earnings at risk’.
Apa lagi terus tanya google.
Taraaa jumpa blog Anarm ni, haaa apa lagi ikut tips kat sini.
Then now dah setel isu untuk 1 blog ni.
Thanks in advance!
Dah lama abaikan notifikasi pasal ni..Harini baru rajin buka dah update semua plugin di blog tu. ?
Terima kasih kongsi pasal google adsense earning risk ni nak letak ada.txt. Rajin juga bro update blog noh sekarang ni. Nice
Dah lama sangat tinggalkan blog. Rasa rugi pulak bayar domain bayar hosting setiap tahun tapi blog terabai. Sebab tu cuba aktif balik blogging. Dapat juga hasil nak bayar domain dan hosting tu.
Adudu sama la kita. Dok renew je ni tiap tahun domain dan hosting. Haha
Kalau Google adsense boleh cover bulan bulan ada la lingan sikit. Ni suam suam kuku.
Ilmu pasal SEO pun dah lama tak gali. Outdate sungguh. Kalau tak boleh evergreen artikel pun cantik dah
Adsense letak kat blog yang lama tak update memang jadi suam2 kuku hasil dia. Silap2 langsung tak dapat apa. Sebab tu kena rajin update blog.
Atau tambah dalam akaun adsense tu blog lain yang boleh dapat trafik walaupun tak update.
Masih dalam process google adsense untuk akaun yang baru ni..
nanti nak tengok boleh guna lagi tak akaun adsense lama.
tq for info.
Blog aku tak dapat2 apply google adsense.. Lama sangat tak update blog kot sebab tu tak dapat
Dah tu? Rajin-rajin la update blog. Cuba update 20 post dalam bulan ni. Lepas tu apply semula adsense.
padu tuan
Takda la padu mana. Biasyer biasyer je..
Terima kasih kongsi panduan cara nak letakkan ads.txt