Genesis Framework Pilihan Theme Untuk Blog

Blog AnarmNet akhirnya dapat juga tukar wajah baru setelah sekian lama asyik dengan design theme yang sama je.

Bila tengok banyak blog rakan blogger dah tukar theme baru sejak awal tahun 2014 ni, aku pun jadi rasa nak tukar theme baru jugak.

Sekarang ni theme blog AnarmNet menggunakan child theme yang dikuasakan oleh Genesis Framework.

Ramai beritahu theme Genesis ni bagus dan menjadikan blog lebih mesra SEO. Kalau tak, takde la menjadi pilihan ramai blogger bila masing-masing dah pun bertukar ke Genesis. Macam trend pulak semua nak pakai Genesis.

Blog AnarmNet menggunakan Genesis Framework

Walaupun Genesis Framework ni berbayar dan agak mahal harganya, tapi ada rakan blogger yang sanggup keluarkan modal untuk dapatkan theme blog yang mesra SEO.

Ada juga blogger-blogger yang pandai cari jalan untuk dapatkan theme Genesis dengan modal yang kecil. Mereka beli secara berjemaah atau berkongsi duit dengan blogger-blogger lain yang berminat.

Dengan cara tu setiap blogger cuma perlu keluar duit sikit je. Memang bijak.

Pemilihan Theme Genesis Untuk Blog

Genesis Framework ada banyak child theme yang dah disediakan untuk blogger. Kalau tak silap aku ada 44 theme semuanya. Cantik-cantik.

Itu belum termasuk child theme Genesis yang dibina dan dikongsikan oleh blogger atau pengguna Genesis yang lain. Pening kepala jugak nak pilih theme yang sesuai dan berkenan di hati.

Bila dah dapat theme yang kita suka, hanya perlu pasang child theme tu ke dalam blog WordPress bersama dengan Genesis Framework, kemudian aktifkan child theme untuk ubah paparan blog.

Lepas tu dan boleh sambung kerja blogging seperti biasa.

Genesis Framework PHP code
Contoh kod yang digunakan untuk theme Genesis

Seronok bila dah faham macam mana Genesis Framework berfungsi. Hasil pembelajaran dengan Sifu Eizil, sekarang ni aku dah boleh edit sikit-sikit theme Genesis ikut kemahuan. Walaupun mula-mula tu rasa macam pening bermain dengan kod Genesis. Bila dah faham rupanya senang je.

Tapi masih belum sampai tahap mampu bina theme daripada zero. Kena banyak belajar dan berlatih lagi. Semoga dengan penukaran theme baru ni yang menggunakan Genesis Framework, blog ni akan mampu jadi lebih mantap.

“Tahun 2014 adalah tahun untuk melaksanakan apa yang belajar di Akademi Denaihati. Mempraktikkan apa yang cikgu ajar. Dari apa itu SEO sehingga pengawalan keselamatan WordPress. Banyak lagi yang akan dilakukan bagi menjana pendapatan dari blog.” – Shakiddo.com

Aku amat mengalu-alukan komen atau pendapat daripada kawan-kawan bagi theme baru blog ini. Kalau ada sebarang idea bernas dan menarik mungkin boleh kongsikan untuk aku perbaiki kelemahan yang ada.

Terima kasih.

53 Comments

  1. Blog saya pun menggunakan theme Genesis juga.
    Atas saranan sifu Eizil juga.
    Hehehe.
    Dah nampak kesannya sikit walaupun baru 2bulan lebih buat.

  2. thanks for the sharing… saya memang dah lama guna theme ni.. mesra mobile dan juga mesra seo..

  3. Saya dah guna theme ni..memang hebatlah

  4. Welcome to the club bro.

    Kalau bro nak refer basic tut utk mod boleh rujuk link : http://my.studiopress.com/tutorials/
    then kalau nak lebih bagus lagi, login ke community diorang (members only) : http://my.studiopress.com/tutorials/community/

  5. Nak jugak try theme berbayar ni,berapa harganya tu?

  6. Hello geng.. hehe.. godek la lahi pastu kongsi ya

  7. Satu je aku nak cakap Genesis blog bro ni. WOW!
    Kemas dan menarik. sedap aku nak membaca. LIKE gila dengan width header tu. tengok la kalau rajin, nak buat jugak. kalau ye .. kalau :P

  8. den nih tak pandai menilai sangat , tapi den tengok dah segak dah theme baru nih…=)

  9. Saya suka semua child theme dari genesis tapi sayangnnya harga premium theme ini lumayan juga ya…

  10. sejujurnya theme ini memang terbaik namun susunan perenggan masih belum kemas lagi..apa-apapun ia adalah pandangan mata saya sahaja!

    • Susunan perenggan masih belum kemas, macam mana tu? Boleh explain sikit tak? Memang sangat perlukan pendapat ikhlas daripada kawan2.. Mana tahu boleh diperbaiki lagi..

  11. Assalamualaikum, wah menarik theme dari genesis. Namapk ringkas tetapi hebat

  12. semart baq hang…hoho..buat custom child le?hehe

  13. samalah kita…. selesa dah guna theme Genesis

  14. Child theme untuk Genesis banyak. Rambang mata untuk dipilih.

  15. Meme powerlah boh anarm!

    Loading 4.7 saat. tak sampai 3 kali kelip mata…tadaaaa…

    nicelah bro! moga makin sukses!

  16. Emmm…kak sumi pun x tukar2 theme…x tau macam.mana nak tukar..dah lupa… nak edit code mungkin ambik masa..waaa

    tgh cr themefyang sesuai x tau la dpt ker tidak nanti..hihuhuh

  17. wah..hebat la genesis kan abg anarm? :D

  18. Kemas dan laju. cayalah Anarm!

  19. Kalau tak silap aku ada 44 theme semuanya.

    Kurang tepat. Child theme yg dihasilkan StudioPress shj dah nak dekat 100. Kalau tak silap, company yang hasilkan child theme utk Genesis ada lebih kurang 5 yg aktif, tak dicampur lagi indipendent dev yg dah release 2 – 3 themes.

    In total approximately 200 child themes atau lebih.

  20. wah~ smart habis dah nih… best..best…

  21. simple dan pantas sekali tatkala di buka. Tahniah buat Anarm kerana bertukar ke Genesis Framework. Sekitar tahun 2010-2011, Thesis Framework yang faymes. Sekarang ni dah zaman Genesis.

  22. cun dan simple… ok dah ni :D

  23. Makin ramai pakai genesis sekarang. Tahniah tuan anarm

  24. comel dan kemas…. teringinnya nak pakai bila ramai yg dah bertukar….

  25. simple dan kemas tuuu

  26. kemas jer.. SEO camne? ada perubahan ke?

  27. Wah… Manyak cantik ooo… Sweet & simple gitu :D

  28. Nampak cantik dan mantap sangat dengan theme genesis ni bro…

  29. wah cantik theme..ni yang ditunggu hehe..kita geng genesis

  30. cantik dah, masih lagi ada iras-iras theme yang sebelum ini.
    satu cadangan aku ialah pindahkan iklan nn kat sidebar tu ke bawah sekali, iklannya takde pun asyik promosi churp2 dia jer…nak pula panjang ke bawah.
    disebabkan iklan tu info penulis yang kacak lagi hensem tu dah turun ke bawah…rugi2 nanti awek2 lari :)

    • Memang kalau boleh nak kekalkan macam theme yang sebelum ni..

      Tentang cadangan tu, akan dipertimbangkan.. Lagipun tengah fikir2 lagi sama ada nak buang terus NN tu ataupun tak.. Dah tak banyak iklan sekarang ni.. Earning pun dah susah nak naik..

  31. smart dan simple. ;)

  32. memang mantap lah anarm… semoga terus sukses!!!

  33. Bijok lah dah masuk genesis..makin berdesup la nanti. Hehe

  34. wah.. mantap abam anarm.. nak explore jap…

  35. peeewwwiittt… cun2… mantap bro anarm kita… best2

  36. perrggghhh.. slmt maju jaya dgn theme baru.. mantop

Leave a Comment