AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Blogging » Genesis Framework Blog Lebih Mesra SEO

Genesis Framework Blog Lebih Mesra SEO

25/01/2014 Anarm 88 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Aku tengok ramai blogger sekarang ni dah mula menggunakan Genesis Framework untuk blog mereka (blog WordPress). Apa yang menarik minat blogger untuk bertukar ke Genesis?

Mungkin sebab kelebihan dan ciri-ciri istimewa yang ada padanya.

Genesis Framework theme WordPress mesra SEO

Pengenalan Genesis Framework

Genesis Framework yang dibangunkan oleh StudioPress dilengkapi dengan fungsi SEO terbina di dalamnya. Fungsi SEO yang didatangkan sekali tu membuatkan blog yang menggunakan Genesis Framework akan jadi lebih mesra SEO.

Blogger yang kurang mahir dengan teknik SEO pun akan rasa senang menggunakan Genesis kerana ianya telah dioptimumkan untuk search engine.

Antara blogger hebat luar negara yang menggunakan Genesis Framework di blog mereka ialah ProBlogger.net, CopyBlogger.com, WPBeginner.com, ChrisBrogan.com dan ramai lagi.

Blogger dalam negara pula yang menggunakan Genesis ialah Denaihati.com, Kujie2.com, Eizil.com, AffanRuslan.com, eXplorasa.my, AbangEnsem.com dan ramai lagi.

Genesis Framework SEO setting

Genesis Framework yang mesra SEO (enjin carian)

Blog AnarmNet ni pun sikit masa lagi akan bertukar theme baru menggunakan Genesis Framework juga. InsyaAllah bulan 2 nanti.

Genesis Child Theme

Sekarang aku masih dalam proses edit Genesis Child Theme yang akan digunakan. Semua kerja mengubahsuai child theme Genesis aku buat di localhost menggunakan WordPress Portable.

Bila dah siap edit nanti baru boleh pasang dan aktifkan di blog ni.

Masa mula-mula aku cuba edit theme Genesis rasa agak pening sikit sebab fail-fail dia tak seperti theme yang biasa aku guna. Mungkin sebab aku tak pernah pakai child theme.

Lepas dapat tunjuk ajar daripada bro Eizil dan sedikit ulangkaji di Google, rupanya senang je guna Genesis Framework ni. Lebih senang daripada guna theme biasa. Nak ubahsuai theme yang disediakan pun teramatlah senang.

Perkongsian tutorial daripada pengguna Genesis yang lain pun banyak. Mudah nak cari untuk dibuat rujukan.

Genesis The Foundation

Genesis Framework adalah berbayar. Harganya $59.95 atau lebih kurang RM200.

Kalau nak sekali child theme yang cantik-cantik boleh beli Pro Plus Package berharga $399.95 (RM1,000 lebih) – akan dapat rangka Genesis beserta 43 premium child theme dengan support, unlimited updates dan lain-lain lagi.

Blogger yang nak guna Genesis untuk blog mereka kalau tak mampu bayar sendiri mungkin boleh beli dengan cara berkongsi modal dengan rakan-rakan blogger lain.

Lepas tu pilih la child theme yang berkenan nak digunakan di blog masing-masing.

WordPress + Genesis Framework = MANTAP!

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Genesis Framework Pilihan Theme Untuk Blog

Kategori : Blogging Keyword : genesis, genesis framework, studiopress

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Char Koay Teow Simply Delicious Kasi Sengat
Next article:
Tempat Tidur Paling Best

88 Comments

  1. bukge says

    30/09/2015 at 7:49 PM

    very nice work thank you for posting this article

    Reply
  2. Info Santai says

    12/05/2015 at 11:45 PM

    Tuan, saya amat berminat dengan genesis theme ini, cuma tak ada modal untuk dapatkannya. Ada ke versi percuma theme genesis? harap tuan boleh bantu. Terima kasih

    Reply
    • Anarm says

      13/05/2015 at 11:03 AM

      Theme genesis ada yang percuma.. Cuma theme tu hanya boleh diaktifkan bersama dengan Genesis Framework (berbayar)..

      Mungkin boleh kumpulkan beberapa orang rakan blogger yang berminat dengan Genesis juga.. Lepas tu masing2 keluarkan sedikit modal untuk beli Genesis Framework..

      Reply
  3. mselim3 says

    26/11/2014 at 1:03 PM

    Assalammualaikum…. anarm,

    template genesis nie.. cantik dan mesra seo. Untuk blogspot xder ker anarm… blogspot theme yang mesra seo pun kebanyakkan blogger pakai theme yang bro HH sarankan..

    mselim3

    Reply
  4. Wira Merah says

    06/11/2014 at 9:07 PM

    Banyak yg perlu di belajar ni kalau nak guna genesis. Aku berminat nak guna. Sekarang tengah bercadang nak ambil genesis framework US59.95 tu. Perlu child theme utk edit atau bolhe guna terus genesis framework ni tanpa di edit ? TQ Anarm. masih blurr…

    Reply
    • Anarm says

      07/11/2014 at 10:18 AM

      Kalau nak edit theme better guna Child Theme.. Sebab kalau ada update baru nanti semua yang dah edit pada theme tu akan jadi default balik.. Guna child theme dia tak kacau..

      Reply
      • Wira Merah says

        08/11/2014 at 1:45 PM

        Bermakna perlu beli child theme sekali atau boleh guna child theme percuma. Tq Anarm.

        Reply
        • Anarm says

          08/11/2014 at 2:59 PM

          Nak beli child theme sekali boleh juga, nak guna child theme percuma pun boleh.. Blog ni guna child theme percuma je..

          Reply
  5. Syahrul says

    23/10/2014 at 9:45 PM

    Saya pun baru nak belajar-belajar Genesis ni..tak berapa pandai lagi

    Reply
    • Anarm says

      24/10/2014 at 1:51 AM

      Guna Genesis memang best.. Cuma kena banyak belajar dan rajin rujuk tutorial tentang Genesis yang ada kat internet.. Bila dah betul2 faham tentang Genesis akan jadi lebih mudah nak guna..

      Lagipun Genesis framework ni mesra SEO.. Sebab tu ramai pilih untuk guna Genesis kat blog..

      Reply
  6. agus budiyono says

    05/04/2014 at 12:00 PM

    keren lah……

    Reply
  7. Rina says

    18/02/2014 at 9:44 AM

    Bagi penggila theme2 dari genesis wajib pakai genesis framework

    Reply
  8. galut says

    15/02/2014 at 6:47 AM

    Wow….Genesis memang cantik,nak kumpul-kumpul modal dulu baru upgrade,free tak dah ke bro…..!

    Reply
  9. Halim Brothers says

    08/02/2014 at 2:32 PM

    Dah pakai dah :D

    Reply
  10. Kamil Salleh says

    07/02/2014 at 11:10 PM

    Tak mampu nak beli jenis ni, apapun tahniah buat anda jika ingin bertukar. Semoga blog bro terus mantap.

    Reply
  11. Afiffuddin says

    07/02/2014 at 3:07 AM

    Ramai betul blogger bertukar Genesis utk tahun 2014 nih. Siap beli secara berjamaah lagi theme nie. Yg paling menarik, update artikel blog pasal theme nie ayatnya lebih kurang sama, erm.. kena rembat satu nih nmpak gayanya.

    Reply
  12. hasrulhassan says

    04/02/2014 at 9:00 AM

    Dah lama aku tau pasal Genesis ni .. ramai blogger antarabngsa dok promote . tapi haram aku tak hadam apa benda nya tu betul2 … karat dah rasanya nak fikir.

    Reply
  13. kakiblog says

    30/01/2014 at 11:16 PM

    saya baca habis semua komen-komen yang ada..kerana topik theme memang best

    Reply
  14. topo says

    30/01/2014 at 2:51 AM

    patut la tiba-tiba ramai je yang guna genesis haha.. aku belum mampu lagi nak pakai genesis ni. Satu hari nanti mungkin, mungkin la haha

    Reply
  15. hafizmd says

    30/01/2014 at 2:19 AM

    Kalau ambe fikir bab themes ni, mau boleh lebam bijik mata ni..haha

    apapun, mmg cantik dan simple plus laju blog2 yg guna genesis…

    blog ni bila lagi? hehhehehe

    Reply
  16. iAwani says

    29/01/2014 at 10:56 PM

    fullamak .. kalau cenggitu saya pun teringin nak cuba Genesis ni .. tapi saya suka theme berbentuk Grid, macam Dynamic View di Blogspot tu.

    Reply
  17. Irwan Alessa says

    29/01/2014 at 9:58 PM

    ya genesis lebih mantap sekarang, tidak macam thesis 2.0.. huhu.. sebab itu bertukar arah.. Child theme memang mantap, lebih senang di edit berbanding thesis.. Belum ada budget untuk beli premium.. Harga mahal :)

    Reply
    • iAwani says

      29/01/2014 at 10:57 PM

      saya juga dulu gunakan Thesis, tapi bila bertukar ke Thesis 2.0, saya benar-benar hampa sebab ia tak menepati kriteria peribadi.

      Reply
  18. onlajer says

    29/01/2014 at 2:48 PM

    haha akhirnya gua pun ikut – ikut orang

    Reply
  19. fyna says

    29/01/2014 at 1:03 PM

    nak kena berubah juga blog fyna nih. ^_^

    Reply
  20. reezluv says

    29/01/2014 at 1:13 AM

    dlu mmg aku xpandang pun Genesis ni sebab masa tu duk semua katanya Thesis lg bagus..skali aku try pakai..trus puas hati..ringan dan senang bangat nak edit…ahaha..mcm thesis.agak pecah kepala juga sebenarnya..

    sejak pakai ni blog lg best nampaknya dimata search engine dan moga makin best..hurm…dh beli theme premium..rambang mata plak nk gunakan mana satu..ahaha

    Reply
  21. Dawaihati says

    28/01/2014 at 10:30 AM

    Saya tak begitu faham mengenai genesis framework ini. Apakah theme yang saya pakai sekarang ini termasuk genesis framework tak?

    Reply
    • Anarm says

      28/01/2014 at 1:03 PM

      Genesis Framework ni sejenis ‘rangka’ theme yang dibangunkan oleh StudioPress.com.. Dengan framework yang sudah disediakan tu, kita boleh gunakan untuk develop child theme (custom theme) untuk digunakan di blog WordPress..

      Theme Genesis cuma boleh dibeli daripada StudioPress.com.. Theme selain daripada StudioPress biasanya menggunakan framework yang berlainan atau cuma theme biasa..

      Reply
  22. papa mifz says

    27/01/2014 at 7:57 PM

    perasan jugak ramai yang dah guna theme genesis nih , boleh difikirkan nih…=)

    Reply
  23. Manan Qayyim says

    27/01/2014 at 3:56 PM

    ramai plak guna genesis ni… jelezzzz plak….

    dari segi ciri2 nya nampak hebat… mesra SEO….

    Reply
  24. NotaKembara says

    27/01/2014 at 11:53 AM

    Baru nak mula explore Genesis ni. Berminat dengan theme Magazine Pro dan Metro tu. Harap2nya sesuailah dengan konsep travel/photography blog ni. Huhu

    Reply
  25. cik amal says

    26/01/2014 at 11:35 PM

    baru tahu benda ni… terima kasih untuk infonya

    Reply
  26. fendy says

    26/01/2014 at 10:17 AM

    macam menarik je…genesis ni…kena buat research lagi ni kalau nak guna n beli…

    Reply
  27. fauzie says

    26/01/2014 at 8:14 AM

    Genesis memang best recommended themes, dulu pernah pakai juga

    Reply
  28. ejam says

    26/01/2014 at 6:56 AM

    Ni yang buat rasa hati nak pakai genesis juga.
    Kena study juga ler nampaknya.
    Kalau tak faham juga upah orang jeler edit child theme..hehe.

    Reply
  29. akubiomed says

    26/01/2014 at 12:41 AM

    Theme Genesis antara terbaik dan boleh kurangkan penggunaan plugin.

    Reply
    • Anarm says

      26/01/2014 at 1:21 AM

      Yup.. Betul.. Boleh kurangkan penggunaan plugin bila pakai Genesis.. Cuma jangan dibuang pulak plugin SEO.. Walaupun fungsi SEO dah tersedia dalam Genesis, tapi masih perlukan support dari plugin untuk kuatkan lagi SEO..

      Reply
  30. sohoque says

    25/01/2014 at 10:54 PM

    aku start minat untuk guna genesis ni bila baca entri problogger la. dia siap bg comparison dengan thesis.

    Reply
    • akubiomed says

      26/01/2014 at 12:42 AM

      Theme Genesis pun mantop juga bro. Biasalah ramai yang promote Thesis.

      Reply
      • Anarm says

        26/01/2014 at 1:16 AM

        Genesis dan Thesis dua2 mantap dari segi SEO.. Tapi sekarang ramai dah tukar ke Genesis sebab latest update Thesis ramai cakap menyusahkan pengguna.. Sebab tu diorang tukar guna Genesis.. Lebih mudah..

        Reply
        • iAwani says

          29/01/2014 at 11:00 PM

          saya setuju yang tu sebab Thesis 2.0 sungguh mengecewakan.

          Reply
  31. eXplorasa says

    25/01/2014 at 10:52 PM

    waaahhhh… ada eXplorasa disebut. tq bro.. nnti belanja cendol..

    tp header eXplorasa tu…???? errrr… hmmmm..

    Reply
    • Anarm says

      26/01/2014 at 1:12 AM

      Yeayy.. Dapat cendol.. Header tunggu aku free nanti boleh tolong buat..

      Gravatar untuk eXplorasa jangan lupa buat bro.. Komen eXplorasa takde keluar gambar gravatar ni.. Gravatar penting jugak untuk branding blog..

      Reply
  32. Bahrain says

    25/01/2014 at 10:51 PM

    nampaknya memang ramai yang tukar genesis ni. Bukan blog ni genesis, buka blog sana genesis. Satu fenomena ni. haha

    Reply
    • Anarm says

      26/01/2014 at 1:09 AM

      Kira fenomena dunia blogging la ni.. Semua pakat tukar guna Genesis pulak.. Dulu masing2 gila dengan Thesis..

      Reply
  33. Hanif Menhad says

    25/01/2014 at 7:17 PM

    tahniah bro…. aku ni bila la nak tukar ke domain berbayar…. lambat lg kot

    Reply
    • Anarm says

      26/01/2014 at 1:07 AM

      Tukar je bro ke domain berbayar. Domain murah sekarang ni.. Domain .my pun boleh dapat harga RM13 setahun.. Bro langgan untuk 5 tahun terus.. RM65 je untuk 5 tahun..

      “hanifmenhad.my” – kan smart tuu…

      Reply
      • FiuzzHafiz says

        13/03/2014 at 1:28 AM

        mana nak dapat yang rm 13 setahun tu bro..hehe

        Reply
        • Anarm says

          13/03/2014 at 11:29 AM

          RM13/year dah takde.. Tawaran dah tamat..

          Reply
  34. AUC says

    25/01/2014 at 6:59 PM

    ada guna utk blog saya satu lagi, memang mooth…

    Reply
  35. Syahril Hafiz says

    25/01/2014 at 5:51 PM

    Yeah! Aku pun baru tukar tadi. Malas nak edit lagi. Main hook je , tu pun lain gila dari Thesis. Untuk aku genesis ni bagus untuk orang yang suka perkara rumit. Keh3

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 6:19 PM

      Perghh.. Dah tukar Genesis.. Mantap! Mantap! Bagi aku, takde la rumit sangat guna Genesis..

      Reply
  36. Affan says

    25/01/2014 at 4:02 PM

    Thanks for the mention.
    Maybe aku antara org terawal guna Genesis kat Malaysia. Haha. Dulu takde siapa heran, masa era ramai guna Thesis.

    Ramai pengguna Thesis pindah ke Genesis sbb Thesis 2.0 nampak sgt complicated.
    Apa2 pun guna framework mcm Genesis ni ada learning curve, banyak benda nak kena belajar, mcm loop hook, shortcode etc. Most of the time, nak buat custom chils theme, guna style.css dan functions.php file pun dah cukup.

    Rasanya aku dah guna hampir 3 tahun dan still byk benda baru aku jumpa kalau develop custom theme. Hehe.

    Kalau ada apa2 soalan blh roger kat twitter, kut2 blh bantu ke hehe.

    Ps: kalau kat twitter tu rajin2 la tgk hashtag #genesiswp

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 4:18 PM

      Aku pun rasa bro antara yang terawal pakai Genesis kat blog.. Memang banyak lagi nak kena belajar tentang Genesis Framework ni.. Masa mula2 nak try edit theme, otak aku dah blank sebab ada fail style.css dengan functions.php je.. Tak tau nak buat apa. Hahaha..

      Kalau ada apa2 soalan tentang Genesis boleh la tanya dgn bro ek.. Nak tengok hashtag #genesiswp dulu kot2 ada ilmu baru boleh dapat..

      Reply
      • Afiq Aimannaaim says

        25/01/2014 at 10:11 PM

        Daripada perbualan ini, aku terus update blog pasal Genesis Framework haha.

        Reply
    • Hafiz Rahim says

      30/01/2014 at 10:27 AM

      Aku mula2 kenal Genesis bila masuk blog affan, kujie dengan denaihati..tapi jatuh cinta pandang pertama bila masuk blog affan ni..minimalist..tapi lama tak update bro..ape cer. hehehe

      Reply
  37. Mohd Shubhi says

    25/01/2014 at 2:57 PM

    Saya memang blur sangat dengan semua bab theme ni…ambil saja satu theme dan guna…habis takat tu saja…mungkin nak masuk kelas kot…atau tak perlu…ada nasihat?

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 4:11 PM

      Rasa macam tak reti pulak nak bagi nasihat.. Hehe.. Nak belajar bab theme boleh aje. Tapi sebelum tu kena tengok pada Tujuan, Minat dan Keperluan jugak kot..

      – Tujuan kita belajar tu untuk apa?
      – Kita berminat ke nak belajar?
      – Perlu ke kita belajar benda tu?

      Kalau memang berminat dan rasa perlu belajar benda tu untuk capai tujuan, apa salahnya masuk kelas dan belajar..

      Tengok theme blog bro nampak dah power.. Design simple, cantik.. Memang sesuai dengan nama domain “HidupRingkas”..

      Reply
      • Mohd Shubhi says

        25/01/2014 at 4:46 PM

        Betul jugak tu…apa tujuan nak belajar, nak buat apa bila dah pandai tentangnya. Rumusannya…tak perlu rasanya setakat ini. Terima kasih tuan…

        Reply
  38. Izzuddin Fauzi says

    25/01/2014 at 2:09 PM

    Awesome bro… Join us hahahaha….

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 3:22 PM

      Ok.. Nanti join.. Child Theme tak siap edit lagi ni..

      Reply
  39. Mohd Isa says

    25/01/2014 at 2:07 PM

    ada juga blog aku yang lain guna genesis, not bad dia punya SEO. but aku still setting gunakan WordPress SEO by Yoast. tak perlu kot nak edit framework ni, just guna je child theme yang ada. sempoi. :p

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 2:15 PM

      Yup.. Framework memang tak perlu edit.. Nanti ada update baru kang habis hilang semua yang dah edit.. Better edit kat child theme je..

      Aku guna All-in-One SEO Pack je sekarang.. WordPress SEO by Yoast pernah jugak try sebelum ni tapi SEO blog jadi kelaut.. Tak tau kenapa..

      Reply
  40. Fadhil says

    25/01/2014 at 1:35 PM

    Aku tengah pakai genesis juga sekarang. Pakai child theme yang free dulu. Tengah setting yang berbayar yang baru beli hari tu. Senang juga setting genesis ni.

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 1:52 PM

      Ha’ah.. Senang jugak nak setting n customize theme Genesis.. Aku tak try lagi child theme yang berbayar.. Guna yang free dulu kot.. Itupun tak siap edit lagi..

      Reply
  41. farid laham says

    25/01/2014 at 1:19 PM

    tgu gua punya blog plak update theme genesis haha

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 1:49 PM

      Orait.. Akan tunggu.. Blog ni mungkin bulan 2 nanti baru tukar theme Genesis..

      Reply
  42. Firdaus Azizi says

    25/01/2014 at 1:10 PM

    Tak sabar nak tengok design baru bro Anarm nanti :)

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 1:48 PM

      Design theme baru mungkin tak jauh beza sangat dengan design theme sekarang. Kalau boleh nak cuba kekalkan design macam theme sekarang ni sebab dah puas hati dah.. Tengah study lagi macam mana nak customize theme Genesis ikut susun atur yg sama..

      Reply
  43. anuar says

    25/01/2014 at 1:00 PM

    Lepas ni bila dah ramai rakan blogger menggunakan genesis framework, tentu persaingan dalam contest seo menjadi semakin sengit. . Blogger yang menggunakan platform blogspot seperti saya, semakin jauh ketinggalan. .

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 1:44 PM

      Tak jugak bro.. SEO bukan bergantung sepenuhnya pada framework atau theme yang kita guna kat blog.. Teknik SEO dalam penulisan sebenarnya yang main peranan lebih untuk SEO sesebuah blog..

      Kalau tahu cara penulisan yang penuh ciri-ciri SEO, guna Blogspot atau WordPress takde beza sangat.. Blogspot dan WordPress cuma pilihan platform untuk kita blogging..

      Reply
  44. Afiq Aimannaaim says

    25/01/2014 at 1:00 PM

    Harian Post sedang menggunakan Sixteen Nine + Genesis. Sangat best!

    Terima kasih kepada ahli jemaah Genesis hehe…

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 1:35 PM

      Mantap! Cuma blog Harian Post tu kena banyakkan update lagi. Nama pun “Harian Post”.. maknanya kena update setiap hari.. Baru blog bertambah power..

      Reply
  45. MK Kimi says

    25/01/2014 at 12:58 PM

    wah…lately ramai bloggers tukar ke genesis. Sy pernah pakai dulu, tp skrg lebih selesa dgn template skrg

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 1:30 PM

      Template “FOTOBesar” pun power jugak tu..

      Reply
  46. titan says

    25/01/2014 at 12:54 PM

    yap. tak dinafikan.

    cuma aku lebih suka guna yang percuma.

    bab seo tu, teknik, skill dan gaya penulisan yang banyak main peranan. guna premium atau theme berbayar, lebih kepada short-cut.

    apapun, mana-mana pun boleh guna. Takde hal. hoho..

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 1:28 PM

      Yup. Setuju.. Betul tu.. Teknik, skill dan gaya penulisan memang main peranan lebih dalam bab2 SEO ni..

      Reply
  47. Nizarazu says

    25/01/2014 at 12:51 PM

    genesis memang mantap..

    Reply
  48. zie fauzi says

    25/01/2014 at 12:46 PM

    ramainya yang bercerita pasal theme ni… tp bila sebut bab edit2 ni mmg tak reti la… teringin jgk nak pakai bila dah ramai yg bercerita..

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 1:24 PM

      Bab edit2 tu bagi blogger yang mahir edit theme je. Kalau tak reti pun boleh pakai Genesis. Banyak theme dia memang dah sedia cantik. Tak edit pun takpe..

      yang suka edit2 theme ni biasanya nakkan design theme yang lebih unik.. kalau ramai pakai theme yg design sama je rasa tak best plak kan..

      Reply
  49. Farisya Anastasyia says

    25/01/2014 at 12:43 PM

    Genesis Terbaik :)

    Reply
  50. boni kacak says

    25/01/2014 at 12:40 PM

    pergh.. nampak mantap.. memang perasan ada yang cakap pasal benda ni..

    Reply
  51. Farzli says

    25/01/2014 at 12:33 PM

    blog kawe biar cam tu je dulu.. sb slesa, lagi pun load tak lame sgt..

    penah gak terpikir nak gune genesis..

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 12:35 PM

      Blog demo power dh takpe la.. Huhu.

      Reply
      • Farzli says

        25/01/2014 at 12:40 PM

        power sb awek dtg baca blog.. kalo tak, bese2 ja.. hahaha

        Reply
        • Anarm says

          25/01/2014 at 1:20 PM

          Nak kena berguru ni belajar macam mana nak bagi ramai awek masuk blog ni jugak. Haha..

          Reply
  52. berita terkini says

    25/01/2014 at 12:30 PM

    huhuuh..tak reti nak edit framework ni..bleh la buat tutorial nanti

    Reply
    • Anarm says

      25/01/2014 at 12:33 PM

      Framework tu tak perlu edit. Cuma edit kat Child Theme je.

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy