Gaji Minimum Pekerja Swasta RM900

Gaji Minimum Pekerja Swasta RM900Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan gaji minimum untuk pekerja swasta sebanyak RM900 sebulan (RM4.33 sejam) untuk di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak ditetapkan RM800 sebulan (RM3.85 sejam).

Katanya kadar minimum gaji swasta ini dibuat sebagai hadiah Hari Pekerja dan akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ia dikuatkuasakan serta dijangka akan memanfaatkan kira-kira 5 juta tenaga kerja.

Kerajaan turut menyediakan mekanisme perlaksanaan supaya penetapan gaji minimum tu tak membebankan majikan dan tak merugikan pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam kiraan gaji minimum.

Bagaimanapun untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuatkuasa bagi kategori tu ialah 12 bulan dari tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

— Bernama

* * * * * * * * *

Baguslah dah ditetapkan gaji minimum sebanyak RM900 untuk pekerja swasta. Rasanya satu perkara gembira untuk para pekerja sektor swasta. Harap majikan dapat patuhi apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pekerja pun kenalah tingkatkan produktiviti dan kualiti kerja, serta rancang kewangan dan perbelanjaan dengan bijak supaya tak timbul masalah gaji tak cukup.

Tapi aku rasa macam ada pro dan kontra dalam isu ni. Bagi sesetengah orang mungkin berita gaji minimum ni satu berita gembira. Bagi sesetengah orang yang lain pula, kita tak tahu.

Rasanya tak semua majikan dapat bayar pekerja dengan kadar gaji minimum RM900. Mungkin akan ada majikan tak ikut arahan. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku.

Satu lagi, kenapa untuk pekerja Sabah Sarawak ditetapkan RM800, kurang RM100 berbanding gaji minimum di Semenanjung? Orang Sarawak marah nanti.

Bila sebut pasal gaji teringat kata-kata Ustaz Don Daniyal yang ditulis di Facebook beliau:

Jika gaji kita RM5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah SWT akan berikan beza RM15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2,000, beza RM3,000 itu Allah akan tarik sama ada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya.

SELAMAT HARI PEKERJA!

p/s: Pemegang sijil Diploma, Degree start kerja dapat gaji RM900 juga macam mana agaknya?

24 Comments

  1. percuma pun gaji besik kami naik…pasai pa plak??/pasai kami punya kilang banyak sgt nak buat peraturan…mcm di buat gaji harian…..kilang lain pun x mcm tu,kami nk mempertanyakan dengat pejabat buruh

  2. mmmm gaji tu untuk orng tempatan yg bekerja swasta ke pekrja pendatang pun naik gaji jugk ??
    sye datng dari Jakarta Indonesia , sye bkerja kt petrol stesyen . cmne tu ??

  3. hmmmm..ssh nak ckp…. mcm mna kalo org kje kat industri perhotelan… cra pngiraan gaji menggunakan service point… kalo2 lar service point 2 x fix,.. boleh kaya staff kja kat hotel ni…hahhah… 1 point RM600X3=1700+900= TOTAL PER MONTH RM2600…HOOOOO…bnyak tuu…. tp sedihnya kalo point fix 1 point rm300x3=900+900=1800-kwsp 100=rm1700..huhuh..kena citizen arab..mampus..memang besar kerugian… :w00t:

  4. Bagus juga penetapan gaji minimum ni, sekurang – kurangnya yang berkelulusan tidaklah dibayar sesuka hati sebab yang minimum pun dah RM 900

  5. huhu, maksudnya kalo dapat keje kat sektor swasta konpem dapat lebih 1k la yer.. huhu nice2… aku harap byk lagi kenaikan gaji yang dilakukan pasnie.. sebab aku dah nak grad dah nie.. huhu

  6. kalo kite kerja kerana Allah,inshallah rezeki ada dimana2 sahaja.

    Terima kasih diatas “kata-kata Ustaz Don Daniya”.

  7. kdg2 kene ikut kemampuan kompeni gak..

    cth mcm sy..mmg syarikat dri jepun..tp gaji utk degree mmg rendah dari standard..sbbnya bisness kompeni kecil2an shja..

    idea gaji minimum ikut kelulusan tu bagus la..

  8. salam,
    900 itu sgt berpatutan…
    biar bermula rendah jgn bermula tinggi utk populis tp akhirnya kena tanggung beban

  9. Gaji RM900 tidak tinggi mana kalau tinggal dikawasan bandar kerana 90% digunakan untuk membayar sewa rumah. Harapkan elaun dan kerja lebih masa untuk tampung kekurangan tersebut.

    • @yanmie, waalaikumussalam.. untuk surirumah macam kak yan kira dah masuk dalam kategori ‘businesswoman’.. tak perlu gaji minimum.. dah banyak dapat duit dari blog.. kalau nak bonus lebih sikit mintak dengan cik abang.. hehe..

  10. slllllrrrpp, aku lagi 2 -3 minggu nak habis Diploma, insyaallah
    dengar kata dari senior, kalau Diploma gaji minimum belah utara sekitar tu je, tak sampai RM900/1000 mcm tu berbanding kawan aku yang sedang latihan industri di Selangor, gaji basic RM1500 keatas. itu tengok juga kepada company mana yang dia kerja..hehe walhal serius kat tempat aku latihan industri sekarang gaji pekerja habis minimum RM600-700 gitu tak termasuk elaun. Depa cakap *taukey kedekut memang susah la..kita tengok perkembangan ni nanti..majikan nk bayar banyak tu ke tidak.. :pinch:

    • @syahrilhafiz, semuanya bergantung pada company tempat kita kerja tu.. ikut pengalaman aku, dengan kelulusan diploma ke degree ke kalau company tu jenis berkira bab duit, memang sikit je gaji yang dia offer kat kita..

      gaji memang tak ikut standard kelulusan yang kita ada.. sepatutnya ditetapkan diploma gaji minimum banyak ni, degree gaji minimum banyak ni, dan seterusnya.. baru puas hati..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *