Cara Forward Email Yahoo ke Gmail

tutorial forward yahoo mail ke gmail

Korang biasa guna Yahoo! Mail atau Gmail? Aku lebih suka guna Gmail. Mungkin sebab fungsi yang ada pada Gmail yang aku rasa lebih mantap berbanding Yahoo Mail atau servis-servis email percuma yang lain.

Yahoo Mail pun aku ada tapi dah jarang guna. Kat situ dah jadi tempat menternak email spam.

Aku dah tak nak gunakan Yahoo Mail untuk urusan-urusan email. Guna untuk login ke beberapa akaun internet je sekarang ni.

Tapi, masih ada beberapa orang yang masih contact aku melalui Yahoo Mail. Aku jarang buka email tu dan kadang-kadang tak tahu ada terima email yang sedikit penting.

Nak bagitau kat penghantar-penghantar email tu tentang penukaran email, aku rasa macam menyusahkan je. Lagi satu takut ter-spamming inbox orang.

Semalam aku ada tanya di Twitter macam mana nak forward email Yahoo, tapi tak dapat sebarang jawapan daripada followers. Mungkin ramai yang dah tidur kot time tu.

So, macam biasa… kaunter pertanyaan yang sentiasa dibuka 24/7 iaitu Google dah pun berikan jawapan bagi persoalan aku – Cara forward email Yahoo ke Gmail.

Yahoo Mail Plus
Fungsi forward email hanya untuk akaun Yahoo Mail Plus

Untuk forward email dari Yahoo ke email lain memerlukan korang upgrade Yahoo Mail korang kepada Yahoo Mail Plus. Upgrade dah tentu memerlukan bayaran. Standard la tu, kan?

Namun, masih ada cara percuma yang kita boleh buat. Tak perlu upgrade atau bayar.

Setting Forward Yahoo Mail Tanpa Upgrade Yahoo Mail Plus

  • Login ke akaun Yahoo Mail.
  • Klik pada ‘NAMA’ untuk drop down menu dan pilih ‘Account Info‘.
  • Tab baru akan terbuka. Masukkan password Yahoo Mail korang dan teruskan.
  • Di halaman Yahoo Account Info, scroll down ke bahagian ‘Account Settings‘.
  • Klik pada ‘Set language, site, time zone‘ untuk edit.

    edit Yahoo Account Setting

  • Di bahagian ‘Regional Site and Language‘, pilih YAHOO! ASIA atau YAHOO! MALAYSIA.
  • Save / Simpan.
  • Kini, Yahoo Mail korang dah boleh gunakan fungsi ‘POP and Email Forwarding‘.

Bagi sesiapa yang menggunakan email …@yahoo.com.my, korang tak payah buat setting ‘Regional Site and Language’ ni sebab akaun email korang memang dah disetkan pada Yahoo! Malaysia (atau boleh cuba check).

Cara Forward Email Yahoo ke Gmail

  • Klik ‘Options‘ pada email Yahoo korang dan pilih ‘Mail Options‘ atau ‘More Options
  • Pilih option ‘POP & Forwarding‘ dan korang akan nampak paparan seperti kat bawah ni.

    setting forward yahoo mail

  • Aktifkan pilihan ‘Forward your Yahoo! Mail‘.
  • Masukkan alamat email korang (Gmail) pada kotak yang disediakan.
  • Save / Simpan.
  • Verify akaun Gmail korang. – Login ke akaun Gmail dan klik pada link pengesahan yang dihantar oleh Yahoo! Mail.
  • Siap! Lepas ni, email yang dihantar ke Yahoo Mail korang akan diforward ke Gmail.

Akhirnya berjaya jugak aku forward email dari Yahoo ke Gmail. Lepas ni tak payah cek email kat Yahoo dah la. Semua email yang dihantar ke Yahoo Mail akan di-forward-kan ke Gmail.

Cuma ada satu perkara je aku tak pasti lagi. Adakah email yang tersalah masuk dalam folder spam kat Yahoo Mail akan di-forward jugak ke Gmail? Atau email tu akan tetap tersangkut dalam Yahoo Mail? Siapa tahu tolong jawab ek.. Terima kasih.

PS: Aku tak reti macam nak setting guna fungsi POP tu. Ada sesiapa sudi ajar?

Sumber: Snaphow.com

33 Comments

  1. “Anda tidak dapat meneruskan email ke alamat ini sebelum diverifikasi.
    Tidak dapat mengirim email verifikasi. Silakan coba lagi.”

    Gagal, bos. Forward email yahoo ke gmail saya :(

    :pinch:

  2. aku dah ceraikan yahoo talak 3 dah..lembab dan tak best.. :getlost:

    pakai gmail sahaja untuk kesemua urusan.. :whistle:

  3. terima kasih bro, patutlah nizam nak foward tak boleh sebelum ni.rupanya sebab regional jer. terima kasih banyak-banyak bro.. :)

      • @Anarm, alhamdulillah.. dah berjaya foward…hehehe…cuma sistem foward yahoo ni tak laju macam gmail punya… perasan tak?
        nizam perasan sebab sebelum ni foward dari gmail ke yahoo.. memang sekejap je sampai.. hehe..kesimpulannya gmail lagi bagus la kan.. ;)

        • @nizam, ha ah.. forward dari Yahoo ke Gmail memang lambat sampai.. Gmail ke Yahoo, sekejap je.. mungkin ada masalah dengan Yahoo..

          Gmail memang terbaik.. :heart:

  4. smer lar ngan sye…yahoo mail jadi YM…gmail sng nak pakai x berat cm yahoo mail

  5. dulu bukak jugak yahoo tapi macam susah jer terus tukar mana-mana benda yang sangkut paut ngan email yahoo tu tukar ke gmail. settle! hehe

    tp yahoo dah best sekarang. boleh link dengan akaun fb.. :D

    • @MuJE, tapi iklan yg penuh memang takleh lari aa.. yahoo mail banyak giler iklan.. sebab tu berat.. aku dah tinggal yahoo mail.. akaun yahoo buat online YM je..

  6. nice! aku lama jugak tak bukak, tapi kadang2 terpaksa jugak sebab ada yang email penting.. thanks!

  7. Salam bro,

    Terbaiklah tutorial ni.Saya pun ada akaun yahoo tapi dah lama juga tak buka.Saya juga lebih menyukai emel di gmail.Bolehlah saya guna tutorial di atas untuk forwardkan semua emel di yahoo ke akaun google.

    • @PakarBuahPinggang, waalaikumussalam.. ramai kot yang dah bertukar dari yahoo mail ke gmail.. kalau taknak tertinggal email penting di yahoo mail, boleh la guna cara forwarding ni.. tapi kalau boleh, sekali sekala tu cuba check juga yahoo mail kot2 ada email yang tersangkut.. mungkin email yang tersalah masuk ke folder spam..

  8. wah,terima kasih byk2….mmg malas dah nak masuk yahoo skrg ni tp kena jgk sbb byk email penting..bro, kalau nak integrate dua akaun gmail kepada satu boleh tak agaknya? :biggrin:

  9. weeehuu dh tak payah buka emel yahoo dh lepas ni khehehe

    sarat dgn eklan. loading berat sgt. antaramuka yg berserabut antara sbb utama aku tak suka yahoomail.

    akn aku kongsikn dgn kwn2 aku yg degil nk guna yahoomail gak tp hari2 komplen slow nk buka. suruh tukar guna gmail pun degil jugak. tp mungkin sbb ramai contact diorg guna yahoo nk buat cmna :getlost:

    • @zaryl, yahoo mail memang berat.. pakai gmail lagi best.. terbaik! aku rasa ramai yang pakai yahoo mail sebab dia unlimited.. gmail ada space 7GB je kalo tak silap aku.. tapi 7GB tu pon dah besar giler utk simpan email..

  10. terbaik ah bro. dah puas aku fikirkan cara nak forward email dari Yahoo nak pi gmail.. tapi dia suh upgrade.. takkan la nak bazirkan duit nak bayar dorang semata2 utk forward email kan?

    jutaaaannnnn terima kasih sebab dah bantu aku utk solve masalah aku ni.. heheh.. :D

    • @Nasih, sama2.. aku pon dah lama fikir.. nasib baik jumpa solution.. rupanya tukar setting Yahoo! Asia @Yahoo! Malaysia je, terus bleh forwardkan.. tapi email yang masuk spam folder tu aku tak tau dia akan forward sekali ataupun tak.. kalau kat Gmail, bleh setting kat filter.. Yahoo Mail aku tak tau, tak jumpa cara lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *