Floria Putrajaya 2013

Floria Putrajaya 2013 merupakan acara tahunan terbesar di Putrajaya. Setakat ni sudah menarik pengunjung seramai 600 ribu pengunjung ke pesta yang cukup meriah ni.

Pesta Flora yang berlangsung selama 9 hari bermula dari 22 Jun sehingga 30 Jun 2013 ini ternyata telah berjaya menarik minat pencinta-pencinta flora dari dalam negara mahupun luar negara untuk datang ke sini.

Ianya mempamerkan produk landskap komersial reka bentuk taman dan pameran bunga daripada industri landskap dan hortikultur yang terbaik.

floria putrajaya 2013

Tema Floria Putrajaya 2013

Bertempat di Pesisiran Tasik Presint 2 Putrajaya, Floria Putrajaya 2013 dihiasi dengan 5,000 pokok bunga Orkid daripada pelbagai jenis spesis yang disusun dan dihias dalam bentuk taman dan gubahan.

Bertemakan Bunga Orkid – Khazanah Tropika (Orchid – Tropical Treasure), Floria Putrajaya 2013 juga mempamerkan lebih dari 200 spesies kultivar dan hybrid pokok bunga orkid yang sebahagiannya jarang dapat dilihat.

pesta flora putrajaya 2013

malaysia book of records floria putrajaya 2013

Semalam aku sempat pergi sekejap ke Pesta Floria Putrajaya 2013. Banyak betul bunga kat situ. Rekaan hiasan taman dia memang sangat superb.

Rata-rata pengunjung yang datang ke situ (termasuk aku) rasa terpukau dengan landskap dan keindahan bunga-bunga yang dipamerkan.

taman bunga floria putrajaya

pesta floria putrajaya 2013

bunga pesta floria putrajaya

Walaupun rasanya seperti agak berjerebu sedikit keadaan di Floria Putrajaya 2013, para pengunjung tetap masih ramai yang datang untuk melihat kecantikan bunga-bunga yang dipamerkan di sini.

Anak-anak kecil pun nampak gembira je dapat tengok bunga, berlari-lari, dan sudah semestinya ada juga aktiviti bergambar untuk dijadikan kenangan terindah.

taman hiasan flora putrajaya 2013

taman bunga putrajaya malaysia

rekaan taman hiasan floria putrajaya

bunga floria putrajaya 2013

taman bunga floria putrajaya 2013

Pameran Bunga dan Taman Berbentuk Festival

Floria Putrajaya merupakan pameran bunga dan taman berbentuk festival yang dianjurkan oleh PPj semenjak tahun 2007. Ianya dijadikan acara tahunan semenjak tahun 2009 kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung.

Festival ini mempamerkan produk-produk komersial dari industri hortikultur dan landskap, pertunjukan taman, demonstrasi oleh pereka taman dan pertunjukan bunga dari dalam dan luar negara di mana kesemua tarikan ini dipersembahkan di dalam suasana taman.

Seronok pergi Floria Putrajaya 2013. Rasa macam nak pergi lagi hari ni.

FLORIA Festival Bunga dan Taman 2013

Tarikh: 22-30 Jun 2013
Lokasi: Presint 2, Pesisiran Putrajaya
Tema: Orkid – Khazanah Tropika

Waktu Operasi:
9.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Khamis)
9.00 pagi- 12.00 tengah malam (Jumaat – Ahad)

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *