Filem The Avengers Best Giler

Aku baru je pergi tengok filem The Avengers bersama cik tunang hari tu. Sebelum pergi GSC Alamanda, aku check seat yang masih available guna GSC Mobile App (Android).

Nasib baik ada banyak lagi seat kosong. Terus ‘book’ tiket pukul 9 malam.

Best giler cerita The Avengers ni. Walaupun dah dapat agak jalan cerita dia lepas ni jadi apa, lepas tu jadi apa sebab dah familiar sangat tapi tetap rasa best.

Scarlett Johansson seksi. Hehe..

Filem The Avengers

Superhero The Avengers

Dalam banyak-banyak superhero yang digabungkan dalam filem The Avengers ni aku suka Hulk (Bruce Banner) yang dilakonkan oleh Mark Ruffalo sebab watak dia kelakar dan juga ‘cool’ bagi aku.

Tony Stark (Iron Man) pula asyik permainkan dia untuk bagi dia marah supaya dia bertukar jadi Hulk.

Tunang aku cakap dia menyampah betul tengok perangai Tony Stark. Haha..

Walau apapun, Tony Stark tetap the real hero sebab aku tengok dia paling banyak lawan penjahat makhluk asing. Peluru berpandu yang dilancarkan tanpa izin untuk musnahkan penjahat tu pon Iron Man berjaya alihkan.

Gila ke apa guna peluru berpandu semata-mata nak musnahkan penjahat tapi sampai sanggup bunuh orang awam yang ada kat kawasan tu.

Nasib baik Iron Man berjaya tarik peluru berpandu tu dan halakan ke kapal angkasa penjahat.

Lepas kapal angkasa penjahat meletup, semua makhluk asing tu pun mati. Happy ending…

Siapa belum tengok lagi cerita The Avengers ni memang kena pergi tengok. Serius sangat best. Rating aku bagi untuk cerita ni 5/5 bintang. Bukan senang nak buat movie yang boleh hiburkan penonton, betul tak?

Aku dah cukup terhibur. Sekarang tunggu link download The Avengers yang gambar lawa sikit. Nak tengok lagi sekali.

“Dewa lembik”, kata Hulk lepas belasah Loki. Haha.. Sampai sakit perut aku gelak tengok babak tu.

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  1. aku tgk cerita ni 2 kali. versi 2d dan versi 3d. kepada yang belum tgk, tgklah versi 2d untuk lebih kepuasan. :lol:

  2. dah lama tak tengok wayang sejak kahwin dan ada anak ni…kena tunggu anak besar sikit lah baru boleh masuk wayang

  3. Yup, memang best cite nie. Saya dah 2 kali tengok, hehe.

    Sekuel dia, Avengers 2 dah confirm tengah buat sekarang. Harap2 akan sebest dengan yang 1st nie. :cheerful: