Aku baru berpeluang tengok filem Fast & Furious 6 petang semalam. Nasib baik sempat booking tiket guna e-payment kat laman web GSC. Tiket memang cepat giler terjual.
Masa sampai GSC Alamanda nampak berderet orang beratur nak beli tiket wayang. Aku rilek je jalan pergi collect tiket kat kaunter tanpa beratur.
Itulah kelebihannya beli tiket wayang online. Seat pun boleh pilih kedudukan paling best untuk menonton.
Fast & Furious 6 Filem Aksi Terbaik
Filem lakonan Vin Diesel (Dominic Torreto), Paul Walker (Brian O’Conner), Dwayne Johnson / The Rock (Luke Hobbs) dan pelakon-pelakon lain sememangnya terbaik dan tak mengecewakan.
Sangat berbaloi juga bagi mereka yang beratur panjang beli tiket, apatah lagi yang beli tiket online dengan ada caj tambahan sebanyak RM0.50 sen untuk setiap tiket.
Dari mula sampai tamat filem Fast & Furious 6 ni penuh dengan aksi-aksi mencemaskan, hebat dan terbaik.
Diselit juga dengan lawak-lawak sengal daripada watak Roman Pearce (lakonan Tyrese Gibson). Tiba-tiba aku jadi minat dengan watak Roman. Hahaha..
Sinopsis Filem Fast & Furious 6
Fast & Furious 6 mengisahkan Luke Hobbs (The Rock) memerlukan bantuan sekumpulan penjenayah di bawah pimpinan Dominic Torreto (Vin Diesel) untuk memburu penjenayah profesional yang dipimpin Owen Shaw (Luke Evans).
Pada mulanya Dom menolak permintaan Hobbs sebab dia dan rakan-rakannya yang lain dah ‘cuci tangan’ dan menikmati hidup mewah hasil rompakan $100 million yang lepas.
Tapi akhirnya Dom terima jugak untuk bekerjasama dengan Hobbs kerana salah seorang penjenayah yang nak diburu tu adalah Letty, awek dia yang dikatakan dah mati rupanya masih hidup.
Dengan bantuan rakan-rakan yang lain diorang akhirnya bersetuju untuk bantu memburu geng Owen Shaw setelah dijanji oleh Hobbs untuk hapuskan segala rekod jenayah diorang.
Di samping tu, Dom nak dapatkan kepastian yang Letty memang betul-betul masih hidup dan kenapa Letty join geng jahat Owen Shaw.
Dalam movie Fast 6 ni best betul dengar bunyi enjin kereta diorang. Kereta pun semuanya smart. Cuma kereta yang Owen Shaw punya je pelik sikit, nampak macam besi buruk, tapi power giler baqhang!
Tengok scene kejar-mengejar antara geng Dom dengan geng Shaw memang gempak habis.
Paling gempak masa scene kejar-mengejar lepas Shaw hijack kereta kebal. Nasib baik ada si Roman (lakonan Tyrese Gibson) yang sengal tu.
Akhirnya dapat jugak diorang tewaskan Shaw yang memandu kereta kebal habis dilanggar semua kereta orang awam. Jahat giler watak Shaw.
Babak Dom lompat dari kereta untuk selamatkan Letty yang tercampak dari kereta kebal pun terbaik. Sanggup bahayakan diri untuk selamatkan awek yang dia sayang.
Nasib baik dalam movie. Kalau realiti rasanya takde kot yang sanggup lompat macam Dom buat.
Ada banyak lagi babak menarik dalam Fast and Furious 6. Termasuk babak meletupkan kapal terbang besar yang mesti ditonton. Jalan cerita pun memang best.
Secara keseluruhan aku bagi 5/5 bintang untuk filem Fast & Furious 6. Tunggu keluar link downlod movie ni pulak nanti boleh layan lagi sekali.
Siapa belum tengok filem Fast & Furious 6 harus pergi serang pawagam berdekatan dengan korang. Confirm puas hati dengan cerita dia.
Diingatkan, bila movie dah habis sila tunggu sekejap sebelum keluar sebab ada sedikit scene di TOKYO yang menunjukkan ada sambungan siri ke-7 Fast & Furious!
Fast and Furious 7 nanti ada mamat “The Transporter” yang pegang watak sebagai Ian Shaw, abang kepada Owen Shaw. Fast and Furious 7 akan ditayang di pawagam pada 11 Julai 2014.
Tak sabar nak tengok.
citer yg ku tggu2 :happy:
cter ni mmg power…lebih power dari yg sblomnya
mmg terbaik cita nie…
best gler…
rugi klu xtgk…
Ramai yang selepas menonton beri maklum balas positif.
Betul tu.. Sebab movie Fast 6 ni tak mengecewakan.. Memang sangat best..
He…23x Jom layan dekat Rawang la.. malam pertama tayangan je tak sesak, datang dan beli dekat kaunter je.
Asalkan datang awal boleh dapat seat yang ok
Hari ni plan nk tgk..biar tgk masa org tak ade dlm panggung..hahaha.. :biggrin: :biggrin:
belum tengok lagi…teruja ler..story yang menarik….
memang best gilr…..link download dah lama kuar bro….sebelum ditayangkan kat malaysia lagi..tp quality biasa jer lah..
Tengok review mmg gempak, belum cuba tengok kat pawagam lagi. Nak tengok nanti tunggu sedut file versi dvdrip. hehe.. :devil:
Cheq nak p wayang tak ada masa. Jadi dah download tengok cam punya tak puas. Habis macam mana ni ?
memang best…excited je tgk 5 bintang jgk kasi
peh, best la korang. dapat tengokkk..
Kalau malas nak gi tengok wayang kena la tunggu link download.. Hehe..
Haaaa… memang terbaik kan?? Sambungannya mesti ada.. sung kang tu aku rasa tak mati kut. Sempat keluar.
Aku rasa dia mati.. Sebab yang last kereta Sung Kang meletup tu babak dalam Tokyo Drift.. Dalam Tokyo Drift boleh tgk kereta dia kena langgar dengan kereta Mercedes.. dan yang drive kereta Mercedes tu adalah mamat “The Transporter”.. Hohoo..
Dalam Tokyo Drift dia terus tunjuk kereta meletup.. Ending Fast 6 baru dia tunjuk “Transporter” keluar dari kereta pastu call Dom, dan kereta Sung Kang meletup.. Kiranya cerita Tokyo Drift tu berlaku selepas Fast 6..
Pandai orang yg buat filem Fast and Furious ni main teka-teki..
Aiseyyy.. sung kang mati. Abis lah wataknya.. harap ada watak baru laa nnt.
Aku tengok kat web IMDb, watak Han (Sung Kang) ada untuk filem Fast & Furious 7.. Agak2 camne pulak jalan cerita Fast 7 nanti.. Jeng jeng jeng..
Tapi aku tak puas hati awek Sung Kang mati.. Dah kurang awek hot dalam cerita tu.. Hahaha..
Tudiaaa… Pakai e-Payment kene berapa ye tiket penah try kene caj RM11 – mahal… -_-
Beli tiket online tengok Fast 6 ni kena RM12.. Pastu ada caj tambahan 50 sen untuk setiap tiket.. Biasa aku beli tiket wayang harga lebih kurang je.. Bayar lebih sikit pun tak kisah sangat sebab movie dia memang puas hati..
Sama laaa.. dua orang, rm25 je. Hihihi
Kira OK la tu kan RM25 tengok 2 orang.. Dah tak payah beratur panjang beli tiket.. Buang masa.. E-payment ada, guna je sistem yang memudahkan urusan kita.. Kih3..