Fantech Hellscream GS201 Speaker Murah dan Berkualiti

Aku baru saja beli speaker Fantech Hellscream GS201 untuk ganti speaker lama yang aku guna di PC. Speaker murah je. Beli online.

Speaker lama tu dah mula buat hal. Bila guna dengan volume rendah, bunyi dia ok lagi. Tapi bila tinggikan volume, terus keluar bunyi ‘pecah’.

Jadi tak best dah nak guna untuk dengar lagu dan layan movie dengan bunyi speaker yang macam tu.

X-Mini ME Speaker

Ini dia speaker yang bunyi ‘pecah’ tu.

Speaker ‘X-mini’ ni aku dah guna sejak tahun 2014. Saiz dia yang kecil memudahkan aku untuk tukar-tukar guna di PC, di laptop, dan boleh juga cucuk di phone.

Walaupun bersaiz kecil, hasil bunyi dia memang best. Sebelum dia mula buat hal beberapa minggu lepas. Sekarang ni hasil bunyi dia dah tak sedap didengar.

Bila aku check, rupanya punca masalah tu disebabkan cone yang bergetar dan menghasilkan bunyi pada speaker tu dah terkoyak. Sebab tu dia keluarkan bunyi ‘pecah’.

Jadi, terpaksalah aku beli speaker baru untuk ganti speaker X-mini tu.

Beli secara online lebih mudah dan murah. Beli di Shopee la, mana lagi..

Speaker Fantech Hellscream GS201 Beli di Shopee

Tengah tengok-tengok pelbagai jenis speaker yang ada dijual di Shopee, aku ternampak speaker Fantech Hellscream GS201 ni. Harga dia RM19.90 je termasuk penghantaran (kempen RM19 free shipping).

Sesuai sangat dengan bajet aku. Memang tengah mencari speaker yang murah je.

Product Ratings pun ramai yang bagi 5 bintang.

Fantech Hellscream GS201 Gaming Speaker

Baca feedback dari pembeli lain sangat penting bila nak beli barang secara online di Shopee. Supaya kita tak tersalah beli barang yang bermasalah atau servis yang teruk daripada penjual.

Speaker Fantech Hellscream GS201 ni ada 2 warna pilihan – hitam dan putih.

Mata aku lebih tertarik dengan warna putih tu sebenarnya. Tapi aku pilih yang warna hitam sebab nak samakan dengan warna PC aku.

Sebelum beli, aku tengok dulu video-video review yang ada di YouTube untuk pastikan speaker ni ok ke tidak. Dari video buka kotak (unboxing), sampailah ke ujian bunyi yang diorang buat.

Dengar macam best juga sound dia.

Lepas dah tengok semua review yang ada di YouTube, barulah rasa yakin sikit nak beli.

Orang yang buat video review tu pun bagitau speaker ni cukup bagus walaupun harganya murah.

Fantech Hellscream GS201 Gaming Speaker
Fantech Hellscream GS201 Gaming Speaker yang dibeli dari Shopee

Proses penghantaran melalui Pos Laju ambil masa 2 hari je untuk sampai depan pintu rumah aku.

Puas hati dengan cara penjual di Shopee tu uruskan barang yang dibeli. Penghantaran pantas. Bungkusan pun kemas, siap dengan bubble wrap.

Spesifikasi Speaker Fantech Hellscream GS201

  • Bass Resonance Membrane
  • 360° surround lossless pure sound
  • Compact design, with a small size, portable and convenient
  • 3.5mm plug, widely used in computer, phone, tablet and other music player device. Use it anywhere you wish
  • Extended power cable, USB powered, direct from computer or powerbank
  • Inline volume control, easily can adjust the volume
  • Output power: Max 3W
  • SNR (Signal to noise ratio): 80db
  • Total harmonic distrotion plus noise: 0.11% – 0.15%
  • Output Noise: 100 – 150uV
  • Efficiency: 90%
  • FSW: 260KHz
  • Static Current: 8-16mA
  • Product Dimension: 6.8 x 6.5 x 9.3 cm
  • Package Dimension: 17 x 8 x 10 cm
  • What is in the box: 1 x Fantech HellScream GS201 USB Wired Speaker

Buka Kotak Speaker Fantech Hellscream GS201

Bila aku buka kotak dan keluarkan speaker Fantech Hellscream GS201 ni, rasa sangat tertarik dengan rekaan dia. Saiz dia pun aku suka. Tak besar sangat dan tak kecil sangat.

Paling aku suka, dia punya sound. Bunyi bass dia memang terbaik! Boleh dikatakan speaker ni setanding dengan speaker yang berharga lebih mahal.

Fantech Hellscream GS201 Speaker unboxing

Kualiti Bunyi Speaker Fantech Hellscream GS201

Bunyi dari speaker Fantech GS201 ni boleh tahan kuat juga. Aku ada buat sound test dan cuba ‘lawan’ dengan speaker Edifier yang isteri aku guna di PC dia.

Speaker Edifier tu aku beli 6 tahun lepas. Harga dekat RM200 kalau tak silap. Dah lupa harga sebenar.

Hasil bunyi kedua-dua speaker macam lebih kurang sama kuatnya. Tapi, bila kuatkan lagi volume dia, memang kalah teruk speaker Fantech ni. Bergegar rumah dengar bunyi dari speaker Edifier.

Harap jiran tak marah masa aku tengah buat sound test tu. Haha.

Speaker mahal dah tentu ada kelebihan tersendiri berbanding speaker murah.

Bagi kategori speaker murah, pada pendapat aku, Fantech Hellscream GS201 ni sangat berbaloi untuk dimiliki.

Fantech Hellscream GS201 Gaming and Music Speaker

Secara keseluruhannya aku sangat puas hati dengan speaker Fantech Hellscream GS201 yang aku beli di Shopee. Produk dia berkualiti dan bunyi yang dihasilkan dari speaker ni juga sangat bagus.

Siapa tengah mencari speaker murah, Fantech Hellscream GS201 ni boleh masukkan dalam senarai pilihan.

 
Baru aku perasan rupanya aku dah guna beberapa produk jenama Fantech – Gaming mouse, mouse pad, keyboard, gaming headset, dan yang terbaru ni speaker pula.

Kiranya ok juga lah produk-produk Fantech ni.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *