Nampak ramai kawan dah pun tukar nama akaun Facebook guna nama sebenar. Dah tak guna nama samaran atau nama glamour dah.
Kenapa ramai tukar nama Facebook?
Dengar cerita pihak Facebook sedang buat operasi nak hapuskan mana-mana akaun yang guna nama pelik-pelik. Ada juga yang beritahu profile guna gambar orang lain (bukan gambar sendiri) pun akan kena.
Pihak Facebook akan padam semua akaun ‘fake’ secara berperingkat. Jadi, tolong ikut peraturan Facebook.
Mungkin sebab terlalu banyak report tentang akaun palsu yang dicipta menggunakan nama samaran, curi guna gambar orang lain, menyamar sebagai orang tu, buat aktiviti scam sana sini, stalking, buli siber dan sebagainya.
Setahu aku polisi ‘nama sebenar’ di Facebook ni daripada dulu lagi dah ada. Pengguna memang tak dibenarkan guna nama yang tidak sah. Hanya boleh guna nama yang dibenarkan oleh Facebook.
Setakat ni aku takde terima apa-apa arahan daripada Facebook untuk tukar nama. Lagipun nama ‘Khairul Anam‘ yang aku guna untuk akaun Facebook memang nama aku yang sebenar.
Pihak Facebook mesti ada cara tertentu nak kenalpasti nama yang digunakan tu nama manusia ataupun bukan. Yang guna nama pelik dan aneh mungkin Facebook akan minta sahkan identiti, atau mungkin juga akaun terus dipadamkan.
Facebook Minta Pengesahan Identiti
Dah ada ramai pengguna Facebook yang dapat arahan tukar nama. Antaranya rakan blogger ‘Cik Sepet‘.
Katanya aplikasi Facebook dia ter-log out dengan sendiri dan tak dapat nak log in. Lepas tu keluar ayat minta sahkan identiti.
Untuk buat pengesahan identiti akaun Facebook perlu submit Nama, Surname, dan kena attach gambar ID — guna lesen memandu, passport, kad pengenalan / IC (tutup nombor IC dan alamat), atau jenis dokumen pengenalan diri yang lain.
Ada juga akaun Facebook kawan yang dah kena delete oleh Facebook tanpa sebarang notis atau amaran.
Cuba bayangkan kalau kena macam tu pada akaun Facebook kita. Tambah pula akaun Facebook yang kita guna untuk cari makan, yang dah banyak jana pendapatan secara online.
Bila akaun Facebook kena delete, apa akan jadi? Dah tentu ada data-data penting akan hilang. Facebook pages yang dah link dengan akaun FB kita pun akan hilang juga.
Kalau ada Admin lain untuk Facebook page tu mungkin boleh diselamatkan lagi.
Nak buat akaun Facebook baru? Boleh je.. Tapi, aplikasi-aplikasi yang kita dah link dengan akaun Facebook sebelum ni semua nak kena setting semula. Banyak kerja pulak nak kena buat.
Kena mula balik daripada zero. Sanggup ke?
Sebagai langkah selamat, lebih baik tukar je nama akaun Facebook guna nama sebenar. Tak perlu tunggu dapat arahan baru nak tukar nama. Itupun kalau pihak Facebook ada bagi ‘warning’ awal.
Buatnya pihak Facebook terus delete akaun tanpa sebarang notis, macam mana? Masa tu nak menyesal pun dah tak berguna.
Ada ke kawan-kawan Facebook belum tukar nama sebenar? Atau ada yang berkeras tak nak tukar?
Nama sebenar lebih memudahkan orang nak cari kita sebenarnya. Dunia FB dah makin meluas sekarang.
Memang di internet ni kena lebih berhati hati. Kalau kita tak pakai fb, nanti orang menyamar jadi kita
.
Susah juga kan
Dah lama guna nama sebenar. Apa pun ini semua untuk kebaikan.
memang skrg facebook sangat ketat, nama harus dengan nama asli
Benar sekali, kini peraturan facebook semakin ketat, harus menggunakan nama dan gambar asal
Alhamdulillah saya dah tukar nama. Dulu panjang sebab nama campur nama anak. Sekarang nama sendiri aje.
Betul sekali, algoritam google terus diperbaharui dan kini kita harus menggunakan nama asli kita di facebook, tidak boleh menggunakana nama samaran.
guna nama sebenar lebih memudahkan orang untuk cari kita terutama kawan lama yang lama berpisah.
hehehe lea tak tukar pown sebab dah berzaman guna nama tu.. Maleh le tuko.. Anggap le itu nama sebenar.. Haha..
Lea singgah sini ye.. dah follow G+… Nak follow blog tp button follow nan-hadoo..
Sebelum ni guna nama campur saya ngan anak2. La ni dah kene tukar..maka tukar lahh..huhu
bagus juga mark buat cmni..tp yg kelakarnya semua pakat ikut…kadang eh betul ke aku ade fren ngn org ni…pdhal guna nama lain sblm ni..hehehe
Yang bagusnya kita pun takdelah terkena tipu sama.
Yang tak bestnya ada ‘pihak’ yang sedang simpan semua maklumat peribadi kita.
Hmmm…layankan aje.
Nasib baik dari awal dulu dah pakai nama sebenar :)
Semoga tenang extremist thinker. Acc dah padam. Ini semua salah cytros najib
masih ada beberapa akaun aku tak guna nama betul.
tapi tu takpe kalau kena padam.
hoho..
Aku pun ada akaun lain yang belum tukar nama. Saje nak tunggu dapat warning dari Facebook.
Nasib la dari azali guna nama ni.
Banyak kat Facebook nama tak kenal lepas tukar. Haru la nak kena stalk profile baru taw sapa :D
Tiba-tiba je muncul ramai kawan baru. Bila tengok profile, rupanya kawan lama.
Tapi ada jugak ter-unfriend beberapa orang hari tu. Haha.
Nasib baik dah tukar nama sebenar sebelum kena apa2.
Seram tengok garismasa bila ramai yang kena tu yang nekad tukar juga walaupun sedih…
Tau takpe.. Sebelum kena, baik tukar jela nama sebenar.. Takut akaun kena delete je..
bahaya jugak yg kes menyamar ni.. nasib baik dah guna nama penuh
Memang banyak kes menyamar kat Facebook.. Sebab tu Facebook suruh guna nama sebenar.. Tak boleh menyamar dah la..