Entri panjang atau entri pendek.. Korang rasa mana satu paling bagus untuk penulisan di blog?
Kalau tanya aku, perkara macam ni aku rasa bergantung pada situasi dan keadaan, serta bagaimana seseorang blogger tu menjelaskan apa yang nak disampaikan melalui entri blog. Cuma ianya akan ada kelebihan dan juga kekurangan yang tersendiri.
Entri pendek lebih mudah ditulis. Betul tak? Kelebihan tu memudahkan kita untuk tulis tentang sesuatu topik ringkas. Tak perlu nak fikir banyak sangat apa yang nak ditulis dalam blog.
Tapi jika terlampau pendek mungkin pembaca akan rasa kekurangan dari segi info yang nak disampaikan atau yang nak dikongsikan oleh kita atau mana-mana blogger.
Ada sesetengah blogger juga biasa menulis entri yang panjang-panjang. Bagi aku, entri panjang ni susah sikit nak tulis sebab perlu fikir macam-macam pengisian supaya entri tu mampu menarik minat pembaca.
Rasanya, rata-rata pembaca blog mengambil masa lebih kurang 2 minit je untuk fokus baca sesebuah entri blog. Bila dah lepas 2 minit tapi entri yang dibaca masih berkisar tentang sesuatu yang “kalau tak tulis pun takpe“, pembaca akan rasa bosan.
Tapi ada sesetengah entri memang perlu ditulis dengan panjang lebar. Contohnya entri tentang SEO, tutorial blog, entri ilmiah atau sebagainya yang perlu dijelaskan secara lebih terperinci dan mendalam.
Entri jenis macam tu memang tak boleh tulis pendek-pendek. Entri panjang sebegitu juga mampu beri impak trafik yang hebat bila ianya melibatkan topik yang penting.
Bila menulis panjang tentang SEO contohnya, orang tetap akan datang baca berulang kali walaupun entri tu panjang kerana topik yang ditulis tu berguna sepanjang masa.
Oleh itu, blogger kena pandai tentukan entri mana perlu ditulis dengan panjang, dan entri jenis macam mana perlu ditulis dengan pendek. Kemudian tulis dan olah dengan penuh menarik. Kita sebagai blogger kenalah pandai tarik minat pelawat untuk baca hasil penulisan kita dalam blog. Setuju atau tidak? Ada pendapat lain?
* * * * * * * * *
PS: Tengah cuba belajar menulis entri yang pendek-pendek atau tak panjang sangat.
kalau topiknya yang dibahas hanya sedikit dan tidak bisa dibuat panjang saya akan membiarkannya tetap pendek toh kalau diperpanjang tidak akan membuatnya bagus
semua tergantung dari topiknya, bila bisa dipanjangkan maka akan membuat entry yang panjang :biggrin:
entri panjang memang senang hilangkan minat pembaca.
nak2 pula zaman internet skarang yg attention span kita makin kurang. selalunya pembaca yg cari info akan skimming keywords yg penting saja.
tp bagi saya kalu nak tulis entri panjang kena ada punch line utk teruskan minat pembaca.just my 2 cents. saya pun newbie lagi dalam dunia blog ni.
di akhirnya nanti semua akan setuju panjang satu2 entri tue bergantung pada tajuk entri tue..aku pon ada sentuh benda pasal nie..hehe
ringkas dan padat lebih baik, tiadalah yg meleret2..
Aku setuju. Entri kena menarik barulah pelawat tak boring. Ye sokong 100%. Ilmu yang sangat berguna tambah-tambah aku orang baru dlm dunia blog..
Jikalau entri pendek, kena ada link yang boleh buat pengunjung stay lama sikit. Kalau tak dapat high bounce karang…. :(
Setuju dengan pendapat pamjang atau pendek bukan persoalannya tapi apa yg mahu disampaikan
@razifredz, cuma kalau tulis panjang2 akan ada pembaca yang malas nak baca.. kecuali entri tu diolah dengan penuh menarik..
Kalau entry panjang, selalunya yang berkaitan tutorial, jangan start dengan ayat meleret-leret. Kalau saya perenggan pertama utk pengenalan, it’s OK. Tapi ada aku tengok blogger buat tutor, dua perenggan die dok citer dah lama tak tulis tutor, ada orang tanya soalan berkaitan tutor yang sedang ditulis dan perkara-perkara lain yang takde kaitan. Selalunya aku skip je lah, tengok kod2 yang berkenaan, baca sikit penerangan sebelum dan selepas kod tu, sudah memadai :D
Bro suka entry pendek…
Straight to da point dan x meleret sangat….
Sebab bro tahu, blog bro bukan blog karangan budak nak amik UPSR.. hanya 120 patah perkataan dengan 3 isi ditemani pendahuluan dan penutup…
Apa yang bro tulis lebih dari itu…
Ada yang tulis panjang-panjang.. isi tiada, dan kadangkala tiada kaitan dengan tajuk
aku suka tulis pendek-pendek. hehe.. :whistle:
tulis yg x berapa panjang sgt..sedang2 jer tp padat dgn informasi.. :)
tulis entri panjang panjang.. nanti member member baca perenggan yang terakhir aje hehe :)
@rahman, haha.. betul tu.. tak semua orang suka baca entri panjang2..
entri dalam 150 to 200 adala paling sedap baca..pendek dan padat.. :biggrin:
Pendek lagi bagus tetapi menarik utk dibaca..
Kalau kuasa SEO perlu tulis artikel panjang tapi kalau tulis panjang bimbang ke laut. Saya setuju beberapa pendapat menulis kandungan yang orang mudah difahami.
Panjang atau pendek rasanya tak jadi isu, selagi apa yang nak disampaikan itu berjaya disampaikan, itu lebih penting.
Bukan semua mampu memberi penerangan yang pendek tetapi jelas, ada yang memerlukan penerangan yang panjang lebar agar apa yang ingin disampaikan itu jelas.
:D
kalau panjang & penuh dgn ayat je memang tak baca dah la.. kalau pendek sure baca samapi habis..
@zhazmi, kalau rasa panjang sangat dan penuh teks je, boleh selit2 dengan gambar sikit, baru la tak membebankan mata pembaca.. tapi gambar kena yang berkaitan la..
Bergantung pada blogger dan topik yang ingin disampaikan. Setuju kalau topik macam SEO kena panjang lebar tapi tak semua topik boleh panjang lebar macam tu hehe. :biggrin:
@Syafrizal, betul.. sesetengah topik je perlu ditulis panjang.. tapi kadang2 ada juga yang tulis sampai 2-3 topik berbeza dalam satu entri.. kalau dipecahkan dah boleh dapat 2-3 kali update blog..
setuju sangat :D
pendek dan padat lebih penting :biggrin:
setuju!
aku entri panjang ke pendek ke, kasi hentam ja, janji orang paham :whistle:
tak paham, nah ambik video senang nak terang secara detail kalau pasal tutorial la.. :)
@syahrilhafiz, setakat ni entri2 blog ko aku rasa semua senang faham.. walaupun ada yang panjang, tapi tetap boleh dibaca sampai habis.. ko kan blogger hebat.. :tongue: