Elysium – Dunia Ciptaan Manusia

Memang terbaik movie “Elysium” yang aku tengok semalam. Jalan cerita dia menarik jugak. Siapa belum tengok lagi rasanya kena cepat-cepat pergi tengok sebab best!

Elysium mengisahkan tentang kehidupan manusia pada tahun 2154. Pada zaman tu manusia dipisahkan kepada 2 golongan – kaya dan miskin.

Orang kaya hidup di sebuah penempatan ciptaan manusia dipanggil “Elysium” dengan kehidupan yang serba mewah, manakala orang miskin hidup di bumi yang dah terlebih penduduk dan penuh dengan jenayah.

elysium movie 2013 review

elysium movie earth

Review Filem Elysium

Max Da Costa (Matt Damon) seorang anak yatim yang membesar di bumi dalam keadaan hidup serba kekurangan menyebabkan dia terjerumus dalam aktiviti jenayah.

Tapi akhirnya dia keluar dari dunia jenayah dan meneruskan hidup dengan bekerja di sebuah kilang membuat droid – robot yang digunakan di Elysium.

Malangnya, satu hari dia ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terdedah pada radiasi tinggi. Akibat daripada tu, Max disahkan akan mati selepas 5 hari.

Bila dapat tahu dia mampu hidup selama 5 hari je, Max nekad untuk ke Elysium sebab di sana ada alat perubatan yang boleh sembuhkan apa saja jenis penyakit.

elysium medic house

Tapi nak ke Elysium bukan satu perkara mudah kerana penduduk bumi dilarang masuk ke kawasan Elysium. Hanya penduduk Elysium je yang bebas keluar masuk dengan pesawat yang berdaftar.

Jika ada yang cuba ceroboh masuk, pesawat mereka akan diletupkan.

Max meminta bantuan daripada seorang rakannya, Spider (Wagner Moura) untuk diseludup masuk ke Elysium. Oleh kerana tiada wang, Spider meminta Max melakukan satu tugas jenayah sebagai ganti kos untuk ke Elysium.

Max diarah mencuri data daripada seorang penduduk Elysium yang ada di bumi dan perlu upload data tersebut terus ke dalam otak.

elysium 2013 movie review

elysium droid ninja fighter

Tapi data yang dicuri tu bukan data yang diinginkan. Data yang dicuri tu merupakan program untuk ‘overwrite‘ seluruh sistem Elysium. Menteri Pertahanan Delacourt (Jodie Foster) yang nakkan data tu mengarahkan Agent Kruger (Sharlto Copley) memburu dan menangkap Max.

elysium secretary defense delacourt

Dengan data program tu, Max berupaya untuk menyelamatkan seluruh penduduk bumi daripada kemiskinan dan penyakit dengan cara reset sistem Elysium dan mendaftarkan mereka sebagai rakyat Elysium.

Ini membolehkan seluruh penduduk bumi turut dapat keistimewaan seperti penduduk Elysium.

elysium movie review agent kruger

elysium droid fight

elysium 2013 movie review

Jalan cerita Elysium seterusnya korang kenalah tengok sendiri. Berbaloi keluar duit beli tiket wayang. Cerita tak membosankan. Menarik!

Aksi-aksi yang ditunjuk dalam movie Elysium memang best. Aku suka tengok watak jahat Agent Kruger walaupun watak dia tu buat aku rasa macam nak bagi penampar je. Haha.

Elysium Movie Trailer

17 Comments

  1. wah bintang yg banyak untuk movie ni, kena tunggu versi cerah-cantik untuk disedutlah nampaknya.
    sebahagian jalan cerita ni boleh jadi kebenaran jika perjanjian TPP dimuktamadkan.

  2. Dah lama tak tengok wayang ni… Kalau panggung wayang dekat boleh pergi tengok filem ni sekarang juga… Tapi apakan daya, nak tengok wayang pun jauh…

  3. ok.. esok nak download.. hahahha..
    ganu punya wayang 3 jam baru smpai.. baik download je.. jimat minyak.. ehhee

    • Agaknya yang buat cerita ni memang suka shoot view macam tu kot. Cerita District 9 yang dia buat pun lebih kurang sama. Nasib baik cerita dia best.

      • District 9 adalah genre Mokumentari.. so berbazer..
        dia x boleh buat nature view kat cerita serius mcm ni.. kesimpulannya kena hentam teruk..

    • Orang kaya kat Elysium takkan tua dan takkan ada penyakit. Tak masuk akal langsung! Haha. Tapi nasib baik jalan cerita dia best. Aksi tembak2 dan lawan2 pun best jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *