AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Isu Semasa » Earth Hour Malaysia 2012

Earth Hour Malaysia 2012

31/03/2012 Anarm 7 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Hari ini, Sabtu, 31 Mac 2012, satu kempen alam sekitar yang dipanggil Earth Hour akan disambut oleh seluruh manusia satu dunia. Kempen Earth Hour ini dijayakan dengan cara mematikan kesemua peralatan elektrik atau sumber elektrik tepat pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam iaitu selama 60 minit.

Tujuan kempen yang dianjurkan oleh WWF ini adalah bagi menyedarkan kita semua tentang masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Earth Hour Malaysia 2012

Bumi kita sekarang ni dah semakin teruk ‘dikerjakan’ oleh tangan-tangan manusia. Dengan kempen Earth Hour ini diharap dapat menyedarkan kita tentang perubahan iklim dunia yang berlaku sekarang. Ada tak kita fikir betapa pentingnya bumi yang kita duduki sekarang?

Earth Hour diadakan setiap tahun pada hari sabtu terakhir dalam bulan MAC.

Lihat bencana alam yang berlaku seluruh dunia hari ini. Semuanya berpunca daripada kerakusan manusia itu sendiri yang merosakkan bumi. Bukit dikorek atau diratakan untuk tujuan pembangunan. Pokok-pokok ditebang atas nama pembangunan. Kilang-kilang yang didirikan menjadi punca pembuangan sisa toksik yang mencemarkan sungai-sungai, dan asap yang dikeluarkan mencemarkan udara.

Bakar pokok

Banyak lagi kalau nak disenaraikan memang tak larat nak taip. Kesemua kerosakan ini mengakibatkan bencana alam. Memang betul bencana alam semuanya kerja Allah S.W.T., tapi ada tak terlintas di fikiran kita apa yang Allah buat tu semuanya ujian untuk mengingatkan kita akan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini?

Earth Hour ada orang cakap tak berkesan bila dilakukan hanya selama 60 minit. Terpulang. Kalau rasa nak tolong bumi, boleh tutup lampu selama 60 jam atau 60 hari, silakan. Ada juga yang cakap tak semua orang akan tutup lampu, tutup komputer. Adakah kita dapat tengok orang-orang di negara lain tu buat atau tak buat kempen Earth Hour ni?

Fikir positif. Bayangkan kalau berjuta-juta, berbillion-billion manusia dalam dunia ni semuanya menjayakan kempen Earth Hour, apa agaknya sumbangan yang dapat kita bagi pada bumi? Sejuk sikit bumi kita ni. Bil elektrik kita pun boleh jimat untuk 60 minit.

Marilah sama-sama kita menjayakan kempen Earth Hour. Best apa duduk dalam gelap. Tambah-tambah bagi yang dah berkahwin. 1 jam dah lebih dari cukup kot. Hehe.. Aku pun rilek je hari-hari duduk dalam gelap. Sebab lampu bilik aku sejak dari mula masuk rumah ni lagi memang lampu dah tak boleh nyala.

Pledge to Live Green, be a Conservation Hero – WWF Earth Hour 2012

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Isu Semasa Keyword : bencana alam dunia, bumi sakit, cara jimat elektrik, earth hour 2012, kempen alam sekitar, kempen wwf, malaysia earth hour, pelihara alam sekitar

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Aktiviti Menarik di Cameron Highlands
Next article:
Makanan Sedap di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

7 Comments

  1. reezluv says

    29/08/2013 at 10:56 AM

    aku tak bape minat…bosan je aku tgk trailer :dizzy:

    Reply
  2. kulanz says

    03/04/2012 at 12:46 AM

    Earth Hour ni selain daripada kempen menyelamatkan bumi, dapat juga menimbulkan kesedaran kepada orang yang boleh berfikir.. sekurang-kurangnya dapat merasai keperitan orang lain yang duduk di kampung, yang tiada elektrik, atau ada elektrik tapi bekalan tidak mencukupi

    Reply
  3. Jebeng Otai™ says

    01/04/2012 at 11:50 PM

    sy tertarik dgn gambar hutan terbakar tu..pkok itu pokok sequioa

    mengikut kajian pokok sequoia memerlukan api untuk melepaskan biji benih ke tanah..sbb bahang api ni menyebabkan buah nya mengembang..dan biji2nya akan jatuh ketanah..

    kulit pokok tu sgt tebal dan mempunyai ‘tanin’..bahan yang merencatkan pembakaran..sbb tu cara pembiakan pokok itu kene bakar hutan secara semulajadi..spt panahan petir dan sbgainya.. :)

    Reply
  4. Naziman says

    31/03/2012 at 10:37 PM

    tadi masa 1 jam tu saya keluar p makan. kat kedai tu tak tutup lampu. haha

    Reply
  5. titan says

    31/03/2012 at 2:46 PM

    ok. jom tutup 1 jam..masa tu, aku gi jogging kejap. leh hilang deat 500 kalori. haha.. :devil:

    Reply
  6. akubiomed says

    31/03/2012 at 11:42 AM

    1 jam tutup lampu tidak besar significantnya tetapi kalau seluruh dunia melakukannya tentu ada impak. :-)

    Reply
  7. incik says

    31/03/2012 at 11:14 AM

    malam ni semua offline! hehe

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy