Durian Crepe Sedap

Akhirnya dapat juga rasa makan Durian Crepe. Sedap jugak. Terima kasih isteri tercinta sebab tolong belikan. Dia beli kat Mid Valley. Kebetulan tempat kerja dia kat situ.

Durian Crepe

Hari tu aku dah pergi Mid Valley cari Durian Crepe ni tapi tak jumpa pulak gerai yang jual. Merata aku jalan kat level LG dalam Mid Valley tu sebab kawan-kawan Facebook cakap Durian Crepe ada jual kat situ. Rasa hampa bila tak jumpa cari.

Tapi wife aku cari jumpa pulak. Mungkin sebab aku cari pakai perut kot sebab tu tak jumpa. Haha. Wife aku cakap gerai jual Durian Crepe tu ada kat The Gardens. Rasanya aku dah jalan kat situ tapi kenapa takde nampak pun. Pelik!

Makan Durian Crepe
Makan durian crepe sambil online depan laptop

Dah makan habis dah Durian Crepe ni. Harga RM10 dapat 6 bijik. Ingatkan besar Durian Crepe ni rupanya kecik cinonet. Rasa macam tak berbaloi je beli.

Wife aku nak try buat sendiri nanti. Resepi durian crepe banyak dikongsi kat blog-blog rakan blogger. Boleh rujuk situ je nak buat nanti.

Kalau buat sendiri boleh la buat saiz ikut suka nak besar mana. Puas hati sikit bila makan.

p/s: Macam mana nak sebut ‘Crepe’? Adakah disebut Kerip? Keripi? atau Kerepek?

31 Comments

  1. macam mana rasa dia? ramai yg cari durian crepe ni tapi sampai sekarang tak pernah rasa.

  2. Durian crepe ni sebenarnya “lempeng durian berkerim”…..namanye je yang glamour….. :biggrin:

  3. Sampai sekarang masih belum dapat merasalagi Durian Crepe nie.. waduh2.. mengidam plak rasanya.. hehe :tongue:

  4. belum cuba ni, kat mana tempat ada jual?

  5. isteri saya beli rm10 utk 10 biji. memang kecil cinonet.

    kemudian kami beli durian secara borong, isteri saya buat sendiri durian crepe. jauh lagi besar

  6. memang sedap, akak dapat beli di ikano, akak borong semua 20 bungkus yang tinggal sebab nak bagi kawan2 rasa, lepas akak borong ramai mai jadi hampa, duh jadi kasihan lah pulak tapi tuan kedai kata akan datang lagi… akak letak di tempat beku di peti ais pun sedap jugak jadi ice cream… hehe :tongue:

  7. Belum pernah merasakan durian crepe..jadi ingin mencicipinya apalagi sebagai “teman” online

  8. Salam perkenalan..
    musim ni,.. mmg ramai sedang memperkata akn durian crepe.. jom terjah blg saya ttg durian crepe ni.. kt tempat saya RM10 dapat 5 biji. tapi saiz besar.. mmg puas jugak la.. tapi mmg berbeza org buat berbeza lah saiznya kn..

  9. kedai tu tutup la tu kot time bro datang..sebab nampak mcm bahaya je,cari guna perut..hehe =)

  10. Ramai sgt yang cerita pasal crepe ni, sampaikan bini aku pun duk cerita gak. Suruh dia buat je la, nak membelinya cam tak berbaloi jak.

  11. aku rasa orang makan sebab ramai orang sibuk pakat-pakat makan benda nih..

    aku tak suka benda ada krimmm..tak sedap. better lempeng tuuuu..terus letak durian dalam tu..sejukkan kejap dalam peti sejukk..makan terus. lagi sedappp rasanya..

    • @titan, Setuju, kalau dah selalu jadi sebutan maka ramai lah yg mencarinya sbb nak merasa. Dah macam trend twitter lak. Sedap ke tak itu belakang cerita.

    • @titan, betul tu.. ramai yang mencari.. aku dah rasa.. sedap tu memang sedap.. tapi pasni taknak dah.. macam tak berbaloi dgn harga dia.. buat lempeng macam ko cakap tu lagi sedap.. bende2 krim ni tekak jadi muak..

      • @Anarm, even kek yang ada krim ni..memang aku buang. makan isi aje. aku tak faham mengapa ada orang rasa krim ni sedappp. tekak diorang masalah kot. haha..

        harga plak tak berbaloi. serius mahal. baik aku makan cendol. tiap-tiap hari leh makan. semangkuk singgit aje.leh mintak kacang lebih lagi tuuu..

  12. Yang bro punya tue. Kawan sewad dia yang buat. Satu kotak RM10 ada dalam 8 kot.

  13. Pernah makan sekali.. Tapi mahal sangat…
    Satu box kedai tue jual rm10… Ada 6 je… he he..

    Aku punya sebutan KRE-PE bukan Krep… ha ah

  14. dlm forum apa ak tgk ada jual…nmpak cam best..

  15. Baru semalam dapat merasa memang sedap. :-)

  16. benda makan sikit sedap, tp makan lebih sikit dah rasa muak :D

Leave a Reply