Dulu Bujang Sekarang Dah Kahwin

Tinggal sikit je lagi barang-barang di rumah sewa lama yang nak kena pindah masuk ke rumah sewa baru. Dah berkahwin kena la pindah rumah untuk duduk berdua.

Dari bulan puasa hari tu lagi aku dan isteri dok angkut barang. Barang-barang aku dah angkut semua dah cuma tinggal barang-barang isteri je beberapa kotak lagi.

Terima kasih kepada Kak Nik (teman serumah isteri) dan Jaws Ismail sebab bagi pinjam kereta untuk angkut barang. Aku takde kereta lagi. InsyaAllah sikit masa lagi ada la..

rumah sewa baru

Minggu ni aku dan isteri dah start kerja balik setelah lama bercuti jadi ‘raja sehari‘. Bermula sekarang nampaknya aku akan sampai awal kat ofis sebab pagi-pagi dah kena hantar isteri tercinta pergi kerja.

Lepas tu aku terus merempit pergi ofis. Boleh sarapan pagi dulu kat restoren bawah ofis sebelum naik buat kerja. Isteri tak sempat lagi nak buatkan sarapan sebab barang-barang masih dalam kotak belum kemas lagi.

Dulu bujang sekarang dah kahwin rasa macam ada banyak perubahan dalam hidup aku. Pagi-pagi dah ada “alarm clock” tolong kejutkan. Kain baju ada “mesin basuh” tolong basuhkan. Aku tolong sidai je.

Nak makan nak minum ada “chef dan pelayan”. Tidur pun dah ada “bantal peluk”. Betul lah apa yang Denaihati bagitau aku sebelum ni. Menyesal tak kahwin awal. Hehe.

Tapi.. Walaupun kahwin tu best, setiap nikmat yang Allah beri pasti ada tanggungjawab yang perlu dipikul atau dilaksanakan.

Orang cakap tanggungjawab suami dan isteri dalam rumahtangga ni berat. Mungkin masa awal-awal kahwin ni macam takde apa-apa lagi. Esok lusa tak tahu apa akan jadi. So, nak kena bersiap sedia dari sekarang untuk pastikan ‘rumah’ yang dibina akan terus kekal utuh sampai bila-bila. Apa yang penting, kerjaasamaa…

Kalau masing-masing bagi kerjasama rasanya boleh kot pikul segala tanggungjawab tu.

p/s: Member-member yang dah lama kahwin tu tolong-tolong la kongsi tips ek..

42 Comments

    • @mohd luthfi, terima kasih.. terima kasih jugak sebab datang majlis aku hari tu..

      tak mampu lagi tu maknanya belum diizinkan oleh-Nya.. insyaAllah sampai masa nanti Allah akan permudahkan segala urusan perkahwinan tu..

  1. emm semoga anarm dan isteri akan terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan bersama..tiada apa yang dapat sy katakan bila membaca entri ni..semua dah sempurna…emm..

  2. Bro pun menyesal juga tak kahwin awal walaupun perancangannya memang nak kahwin awal.

    Jodoh tiada, mungkin dengan kali ini akan berkekalan.

    Bro masih lagi mencari rumah sewa. Kalau tidak, jadi husband & wife hujung minggu je la. Itupun kalau dia tak kerja pada hujung minggu.

    Amboi. Jadi raja sehari. tapi cutinya punyalah lama ek

    • @Bro Framestone, takpe, yg penting sikit masa lagi akan kahwin jugak.. kita merancang, tapi hanya Allah yang menentukan jadi ke tak perancangan kita tu..

      tak jumpa rumah lagi ke? try la cari rumah kat Mudah.my.. rumah aku tinggal sekarang ni pun aku cari kat Mudah..

      cuti kahwin baru ni amik 2 minggu je.. seminggu cuti kat rumah mertua.. seminggu lagi cuti kat rumah parent.. kalau duduk kejap sangat rasa tak best plak.. tak sempat nak kenal2kan wife dengan sedara mara.. bila dah start kerja memang susah dah nak balik kampung..

  3. Sekarang dah menjadi suami orang,
    Segala tingkah laku diperhatikan,
    Nak ramaikan keluarga mulai dari sekarang,
    Barulah hidup berumahtangga ada keindahan.

  4. selamat pengantin baru bro. best kan kawin!!!
    klu nak petua2 rumahtangga, blh tanya dkt Saudara Yusdi..dia banyak petua tuu..petua tahan lama pun ada sekali..hehehe…

  5. Tahniah kerana telah berjaya mengikut sunnah. Semoga berkekalan hingga ke akhirat. Cabaran rumah tangga ni lain skit. Kadang-kala perkara yang kecil pun boleh menjadi besar. Petua paling mudah untuk kebahagiaan adalah “cuba sedaya-upaya tunaikan permintaan/keperluan isteri”. Seseorang pernah berkata pada saya, keluarga yang bahagia adalah berpunca dari isteri yang sentiasa gembira :)

  6. Selamat pengantin baru semoga bahagia selamanya.
    hanya ini tips dari aku. kalau ko dah berumahtangga, kene lah berubah jadi macam orang dah berkahwin, jangan ingat ko masih bujang lagi..

    • @aizuddin, terima kasih.. takde la kahwin senyap2 sangat.. ada jugak aku bagitau kat twitter kat facebook.. kawan2 online pun ramai gak aku invite datang majlis aku..

  7. tahniah bro dah kawin. untung kawin cepat, semua ada orang tolong jadi reminder. nak lagi best, cepat2 la timang anak. berbaloi-baloi. ceria je rumah.

  8. dah lame2 nnti blh buat posting ttg tips rumahtangga plak..tips dr sy terima psgn seadanya,setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan.

  9. Selamat pengantin baru.. Ehee, bile dah masuk alam rumah tangga ni, fasa demi fasa hang akan tempuh. automatik hang duk belajor jugak. Lagipun ang ketuo keluarga.. Bimbing isteri ke jalan Allahh.. InsyaAllah, bahagia idop ang ehe..

  10. Tips dari org yg belum kahwin mcm aku:

    1. Suami isteri kena bertolak ansur, kena saling mengalah.
    2. Lelaki ni ego tinggi sikit. Tapi bila dah kahwin, ego tinggi dgn isteri pun tak guna.

    Sekian.
    Hehehehhe

    ps: Amboi rumah tema warna pink :tongue:

  11. Tips #1: Cakap Bila Perlu, Diam Bila Perlu.

    Bila ada isu timbul walaupun kecil jangan bawa kepada bertengkar, sekiranya salah seorang tidak dalam mood yang baik dan sedang membebel maka dengar dengan baik dan jawab bila perlu, jangan cakap banyak kerana masa itu tidak sesuai.

    Waktu paling sesuai untuk bincang dengan baik berkaitan isu itu bila dua-dua dah tenang. Masanya ialah ketika dua-dua sedang baring bersama.

    Tips #2: Kepercayaan.

    Letaklah kepercayaan yang tinggi kepada pasangan, jangan disangsi tidak tentu pasal. Bertanya baik-baik bila ingin tahu bukan menyoalsiasat kerana ianya akan mencetuskan suasana yang tegang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *