AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Dapat Duit dari Telekom Malaysia (TM)

Dapat Duit dari Telekom Malaysia (TM)

09/10/2014 Anarm 23 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Semalam aku check peti surat tengok ada sepucuk surat bertulis “Private & Confidential” di sampul. Ingatkan surat apa. Rupanya dapat cek dari Telekom Malaysia (TM). Cek bagi pemulangan baki kredit berikutan penamatan akaun Streamyx.

Aku baru tutup akaun Streamyx bulan lepas sebab rumah takde infra TM. Tiba-tiba dapat cek ni tak pasti pulak aku terlebih bayar bil ke? Rasanya setiap bulan tepat-tepat je aku bayar bil Streamyx, takde lebih takde kurang. Banyak kali juga aku tengok dan semak bil terakhir akaun Streamyx yang dapat bersama cek.

Cek pemulangan baki kredit Telekom Malaysia (TM)

Rupanya bukan sebab terlebih bayar bil, tapi duit bayaran balik bagi cagaran atau deposit yang aku bayar dulu. Lepas TM tolak deposit dengan caj bil semasa, ada baki dan dipulangkan balik. Alhamdulillah. Walaupun cuma RM33.30 dah cukup untuk beli topup prepaid atau isi minyak kereta.

Sejak tiada internet Streamyx kat rumah, aktiviti online jadi terbatas sekejap sebelum ni. Nasib baik aku dah jumpa pengganti Streamyx dengan plan internet murah. Apa yang penting internet yang aku guna sekarang lebih menjimatkan.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Tutup Akaun Streamyx

Kategori : Santai Keyword : bayaran balik tm, booster internet, cek telekom malaysia, deposit streamyx, internet tanpa had, pemulangan baki kredit, plan internet murah, tutup akaun streamyx, wang cagaran

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Tukar dari Postpaid Celcom ke Prepaid Celcom
Next article:
Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2015

23 Comments

  1. Adib says

    23/12/2019 at 11:34 PM

    Aku dapat gak 17+,++ . Nak keluarkan dia cmana? Step by step. Aku firsttime ni haha

    Reply
    • Anarm says

      24/12/2019 at 1:09 AM

      Tulis maklumat akaun bank kat belakang cek tu. Ada bahagian untuk isi nama, nombor akaun bank, nombor telefon.

      Kalau nak masukkan duit tu ke Maybank (contoh), isi maklumat akaun Maybank. Kalau CIMB, tulis maklumat akaun CIMB. Ikut bank mana nak masukkan duit tu.

      Lepas tu pergi mesin deposit cek kat bank, masukkan je cek dalam mesin.

      Ada mesin deposit cek yang kena isi maklumat akaun dan amaun kat skrin mesin. Ada juga mesin yang tak perlu tekan2 skrin, dia guna maklumat yang dah ditulis kat belakang cek.

      Lepas tu dapat slip/resit. Tunggu dalam 1-3 hari duit akan masuk akaun bank. Resit simpan sampai dah confirm duit tu dah masuk akaun bank.

      Pastikan nama atas cek tu sama dengan nama kat akaun bank.

      Ambil gambar cek sebelum bank in sebagai langkah berjaga-jaga.

      Reply
  2. nor hazmira says

    08/01/2017 at 7:21 PM

    Oh…penamatan. ingat kan tm ada promo cash back kalau guna tm.

    Reply
  3. aLiXaL says

    21/02/2015 at 5:54 PM

    2 angka pun jadilah bro…. sape nak bagi…. hehe…

    Reply
  4. Aqashah Jabbar says

    18/02/2015 at 5:24 PM

    Macam mana nk claim duit tu? Aku pun ada dapat gak.

    Reply
    • Anarm says

      18/02/2015 at 6:12 PM

      Pergi bank, masukkan je dalam mesin cek deposit..

      Reply
      • Aqashah Jabbar says

        18/02/2015 at 6:27 PM

        Oh, camtu je..ok thanks.

        Reply
  5. Yuzz says

    29/10/2014 at 3:29 PM

    Kalau pakai Unifi lagi terbaik bro, laju berdesup..

    Reply
    • Anarm says

      29/10/2014 at 3:57 PM

      Sekarang dah tak pakai apa2 servis daripada TM sebab area rumah sekarang takde infra TM..

      Reply
  6. Devy Mitchel Edwin says

    22/10/2014 at 10:51 AM

    terima kasih atas perkongsian yang berguna.

    Reply
  7. Cetusan Suara says

    11/10/2014 at 5:59 PM

    untung laaa dapat duit dari telekom.. boleh belanja topup? haha..

    Reply
  8. JAWATAN KOSONG TERBARU says

    10/10/2014 at 11:20 PM

    Tak dapat line atau tak de internet langsung? Kalau gangguan tu kita bayar ke? Maksudnye nanti Telekom bayar kat pelanggan hari yang takde line internet tu?

    Reply
    • Anarm says

      11/10/2014 at 11:17 AM

      Kalau ada gangguan internet boleh mintak rebet dgn TM ikut berapa hari gangguan tu berlaku. Tapi kena report dulu la. Biasanya diorang akan bagi. Jimat sikit bil internet. Kalau tak, nak kena bayar jugak walaupun internet problem. Rugi la..

      Reply
  9. jannah ps low says

    10/10/2014 at 12:39 AM

    He he sy tutup akaun strramyx dgn TM dulu, siap kena bayar ratus2 (coz tunggakkan) :p

    Reply
  10. reezluv says

    09/10/2014 at 2:02 PM

    aku dapat rebet sebab seminggu takde internet jek..jadi la..:P

    Reply
    • Anarm says

      10/10/2014 at 10:03 AM

      Seminggu takde internet memang patut dapat rebet.

      Reply
  11. akubiomed says

    09/10/2014 at 1:40 PM

    Saya pula dapat rebet dari TM gara-gara perkhidmatan yang kurang memuaskan. Dikira cukup untuk 2 bulan tanpa bayaran.

    Reply
    • Anarm says

      10/10/2014 at 10:01 AM

      Kalau perkhidmatan tak memuaskan memang patut dapat rebet. Kalau tak dapat pun boleh mintak dengan TM. Aku pernah beberapa kali mintak rebet sebab internet asyik problem je sebelum ni.

      Reply
  12. Aslam says

    09/10/2014 at 1:25 PM

    bro guna internet apa sekarang?

    Reply
    • Anarm says

      10/10/2014 at 9:59 AM

      Guna internet Celcom 1 Malaysia. Internet murah. Jimat..

      Reply
      • Cetusan Suara says

        10/10/2014 at 6:15 PM

        kau pakai internet celcom 1 malaysia tu boleh booster ke bagi laju internet dan unlimited? aku dengar ramai cakap pasal booster 1 malaysia ni berdesup laju dia.. teringin nak pakai jugak kalau betul macam apa yang orang kata tu..

        kau beli berapa rm simkad 1 malaysia tu? mahal tak?

        Reply
  13. titan says

    09/10/2014 at 1:13 PM

    wahh..

    dapat komisen dari telekom malaysia.

    hehe..

    Reply
    • Anarm says

      10/10/2014 at 9:58 AM

      Affiliate Telekom Malaysia? Haha..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy