Duit Gaji Tak Pernah Cukup

Hari tu member kepada rakan serumah aku ada datang singgah teratak bujang kitorang. Aku pun join sekali la berborak, dengar cerita-cerita diorang tentang kerja masing-masing.

Aku jadi pendengar dan menyampuk sekali sekala je. Hebat-hebat belaka kerja dia. Masing-masing gaji beribu-ribu. Aku dengar pun rasa best je.

Tiba-tiba terkeluar topik duit gaji tak pernah cukup. Gaji dah banyak ribu pun tak cukup lagi? Pelik betul.

Kalau dah kahwin, ada anak tu kira logik jugak. Yang hidup bujang pon tak cukup dengan gaji beribu-ribu setiap bulan?

Kerja Gaji Tak Cukup

Kehendak dan Keperluan

Ni mesti sebab asyik melayan kehendak lebih daripada keperluan. Takpon sebab pergi enjoy. Baik lepak kat rumah, baring-baring sambil layan movie, atau baca al-Quran. Ada juga faedahnya.

Bila diberi pilihan kehendak dan keperluan, rasa-rasa yang mana satu patut kita dahulukan?

Bagi mereka yang ada banyak duit boleh la penuhi kedua-kedua kehendak dan keperluan. Bagi yang bekerja dengan gaji biasa-biasa je, aku rasa tak payah layan sangat la kehendak hati tu. Pilih perkara atau benda yang betul-betul diperlukan je, baru la tak timbul masalah gaji tak cukup.

Tak rugi apa-apa pon kalau kita korban kehendak tu untuk penuhi keperluan kita. Jangan jadikan kehendak sebagai keperluan dah la. Nanti hidup jadi kucar kacir.

Dulu aku pernah bekerja di KL dengan gaji RM600 sebulan. Ramai yang tanya (pelik kot) macam mana aku boleh hidup di KL dengan gaji kecil. Masa tu, setiap bulan lepas dapat gaji aku kena buat bajet kewangan.

Bajet untuk keperluan didahulukan berbanding kehendak.

Kehendak hati tu memang ada nak beli macam-macam tapi terpaksa buang jauh-jauh dulu. Lagipun kehendak tu tak diperlukan sangat buat masa tu. Dah nama pun KEHENDAK. Lawan dugaan nafsu tu.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pernah juga seminggu tak makan apa-apa sementara tunggu duit gaji masuk. Minum air kosong je hari-hari.

Masa tu, makanan dah jadi seperti kehendak dan minuman pula jadi keperluan sebab badan manusia ni perlukan air lebih daripada makanan. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

Duit yang ada baki pun dah bajet untuk keperluan minyak motor dan kalau-kalau berlaku kecemasan macam tayar motor pancit ke motor rosak ke, atau sebagainya.

Keinginan Manusia Itu Tidak Pernah Cukup

Sebagai manusia, kita memang takkan pernah rasa puas dan cukup dengan apa yang kita ada. Setiap hari kita berdoa kepada Allah minta dilimpahkan rezeki.

Tapi bila dah diberi rezeki, kita nak rezeki yang lebih lagi. Begitulah seterusnya. Tak pernah cukup dengan apa yang dah sedia ada.

Dari Ibnu ‘Abbas, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Seandainya manusia memiliki lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan harta yang banyak semisal itu pula. Mata manusia barulah penuh jika diisi dengan tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.” (HR. Bukhari no.6437)

Syukur Alhamdulillah, Tuhan dah beri aku rezeki yang aku rasa cukup setakat ni. Jika diberi rezeki yang lebih lagi, kira sebagai bonus la tu.

Utamakan Keperluan Melebihi Kehendak

Sehingga ke hari ni juga aku masih utamakan keperluan lebih daripada kehendak. Berkat amalan macam tu aku dah boleh sediakan sedikit duit untuk mak abah aku.

Balik kampung hari tu rasa sayu je bila tengok mak abah aku duduk di kerusi Tesco sementara tunggu aku bayarkan barang-barang dapur yang dibeli.

Bayangkan mak abah kita dulu susah payah cari duit, sanggup lupakan kehendak sendiri semata-mata untuk penuhi keperluan dan kehendak kita sebagai anak.

Nanti kita pun akan buat macam tu juga untuk anak-anak kita. Jadi, buat persiapan awal supaya kelak dapat dipenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.

Semoga Allah SWT menjadikan kita sebagai hamba yang memiliki sifat yang sentiasa merasa cukup dan puas hati dengan nikmat harta yang telah Allah berikan. InsyaAllah.

53 Comments

  1. Berdoa adalah satu kekuatan dan usaha…Dapat pendapatan…zakat…monitor kewangan…baca surah alwaqiah tu memang sgt setuju…dan sembahyang taubat dan dhuha serta doanya…insyallah…..pernah sekali tu seronok betul dok baca kelebihan surah alwaqiah so terlebih baca sampai subuh baca, maghrib isyak dan dlm keretapun pasang cd sampai hafal lah ceritanya…. tup tup terkejut tiba-tiba nak sgt benda idaman dari discount 1,000 jadi discount 5,000……happy sgt….tulah keberkatannya Allah bagi dan izinkan insyallah….dgn Allah kalau nak berdoa kena complete….n yakin Allah tak akan hampakan kita ……sure dia bagi tanpa disangka-sangka…..sembahyang 5 waktu jangan dilewatkan kerana urusan harian dan makbul doa pun lambat kalau kita abaikan…..

  2. tu lah..aku pun tiap2 bulan duit msti x cukup..adoooyai..
    kalau kira tiap2 bulan dah tulis semua bajet u bayar tu bayar ini..
    tp still x ckup.. cne nak buat ek//plessssssssssssssss

  3. Style aku klu nak gaji cukup sampai hujung bulan mcm ni. Bila dpt gaji yg utama kena simpan dulu yg tu penting, lepas tu bayar utk brg2 keperluan, list budget wajib ada cthnya duit makan, minyak kereta, sewa, entertainment, ptptn etc smua aku dah buat list. Yg last skali bab2 joli, makeup, baju benda2 pelik yg aku teringin ni aku tunggu sampai hujung bulan bila nk dapat gaji bulan lain baru aku beli . Cuba try buat camtu gaji mesti cukup. Tapi kena sabar jerla tahan nafus supaya tak berjoli bila dpt gaji. Coz kadang2 bila dpt gaji ni mcm2 yg kita nak. Tapi aku bujang bolehla aku buat budget mcm ni klu dah ada family mungkin style lain pulak.

  4. Saranan Ummi kalau nak rezeki tu sentiasa cukup, sebagai seorang muslim, jgn lupa solat lima waktu, lepas solat mohon doa agar Allah cukupkan rezeki. Dan, yang ni penting juga, cuba amalkan baca surah Al Waqiah, tak banyak pun cuma dalam 96 ayat. Amalkan hari2, dan yakin. Anda akan terkejut, rezeki tidak akan putus, malah duit berlebih, boleh simpan. Kalau nak rajin lagi, amalkan solat sunat Duhha 7.30 – 11.00 pagi atau lebih. Lagi nampak kesannya. Wahai anak-anak Ummi…jika anda semua istiqamah baca surah al waqiah dan amalkan solat sunat duha, percayalah gaji korang akan berlebih….aminnn..

  5. I setuju dengan post ini, needs always come 1st. Mestilah ingat, sediakan payung sebelum hujan, duit yang disimpan, ataupun jimat-cermat sebernanya memang satu amalan yang baik, sebab kita pun tahu bila akan hujan, dengan simpanan ini sebernanya akan menjadi satu bantuan kepada kita. Selalu bersedia, motto yang dipelajari semasa berpengakap dulu C: C:

  6. Orang tua-tua ada kata,besar periuk besar keraknya..
    Tak kira berapa banyak pun gaji kita,bila kehendak sudah melebihi limit,memang tak cukup la jawapnya…=)

  7. Rezeki yang kita dapat datangnya daripada Allah yang maha esa. So, gaji tu adalah sumber rezeki dari Allah juga. Kalau tak cukup tiap-tiap bulan, kena tengok balik di mana silapnya. Mungkin ada silap kita dalam mengharungi hidup kita seharian. Jadi, kalau nak rezeki kita lebih berkat dan sentiasa cukup, janganlah kita lupa yang maha esa. Selalu beribadah dan mohon perlindungan darinya. Amin

  8. Kalu yg dh gaji besar pun belanja xpernah cukup..camaner plak yg gaji kecik..kdg2 pelik bila tgk yg gaji kecik tuh ada yg xmengeluh pun sbb gaji xcukup..maybe sbb terdpt keberkatan kpd hasil titik peluh mereka..siapa tahu kan..

  9. student pn selalu je tak cukup.. ada yg macam bro beritahu lebihkan kehendak dari keperluan.. tapi ada juga yang memang sepenuhnya keperluan bila tak mahu minta ibu bapa duit sebab tak nak susahkan mereka.. betul,kasi sejuta pn boleh habis sehari kalau semua nak buat.. godaan..tahan godaan.. :getlost:

  10. aku pun kadang2 duit tak bah cukup gak, kalo teringin sesuatu simpan dulu, jgn ikut nafsu sgt n jgn berhutang….sebab mesti liat nak bayar kalo dah berhutang…byk org cam tu..

  11. manusia memang macam tu, bila dah dapat gaji besar, lagi besar nafsu dan kemahuan dia… kena belajar urus wang denga bijak dan bersifat wasatiah dalam kehidupan :D

  12. Gaji memang selalu tak cukup,dah dapat duit kat tangan mula la berkira-kira bayar hutang itu ini,macam-macam bil,apa yang penting kita kena pandai menyimpan sedikit demi sedikit untuk kegunaan pada waktu tertentu

  13. sokong… duit xpernah cukup…bila dpt bonus / naik gaji, msti ada je benda yg nak. mmg betul, manusia tidak pernah puas…tapi puasla kalau tak manjakan diri dgn hasil penat lelah bekrja.

  14. sifat utamakan keperluan dari pendapat memang satu amalan yang bagus. dengan cara tu, kita dapat mengawal nafsu kehendak. tapi jangan lupa bagi yang dah bekerja tu, bantulah ibu bapa yang susah. fikirlah kesusahan ibu bapa kita semasa membesarkan kita dahulu, barulah berkat duit gaji :cool:

  15. keperluan memang patut diutamakan. kehendak pula kalau dituruti boleh membinasakan diri. kena fikir sebaik mungkin sebelum berbelanja.

  16. :cheerful: betu laa..kdg kehendak melebehi keperluan itu yang buat tak cukup tu……nafsu oh nafsu…bila dh ada anak br nak berhemah

  17. bro benda nie standard la..
    memang kerja kat malaysia gaji 4,5 ribu kalau anak 7,8 org
    memang xdan duit 2, kejap2 je habis, 2 baru beli benda keperluan..
    xbeli benda mengarut lagi

  18. biasa la 2,
    aku xsalahkan kawan2 kita kalau gaji xcukup
    sebab rakyat malaysia dengan gaji degree hanya cukup untuk keperluan asas je
    nak beli pelik2 xmampu la jawabnya…

  19. manusia memang tak pernah cukup..itu memang realiti… Aku pun ramai kawan-kawan yang aku tengok tak pernah cukup dengan apa yang ada… Nak kata aku gaji besar, aku rasa gaji aku biasa je kalau nak dibandingkan dengan mereka. Tapi aku cukup je siap boleh simpan untuk pelaburan dan haji lagi bulan-bulan.

    “Harta dunia tidak akan cukup bagi mereka yang tidak pernah rasa bersyukur” Setuju?

  20. Gaji memang selalu tak cukup bila menuruti hawa nafsu bila berbelanja. Kesudahannya, belum cukup bulan, poket sudah kosong.

  21. Macam bro kata perlu membuat bajet dan keberkatan itu penting. Lihatlah ada keluarga anak ramai dan gaji pun kecil tapi cukup untuk sara satu keluarga. Jangan lupakan keluarkan zakat pendapatan untuk yang berhak.

    • @akubiomed, ha ah.. aku ada sorang member yang hidup dia boleh dikatakan susah jugak la.. adik beradik ramai btol.. tapi mak ayah dia rilek je boleh sara semua ahli keluarga.. walaupun tak dapat hidup mewah, tetap ada cukup rezeki yang dapat bantu untuk terus hidup..

      zakat tu wajib.. tapi rasanya ramai jugak kot yang jenis tak bayar zakat.. fikir perut sendiri je.. semoga dibuka pintu hati mereka-mereka tu.. amin..

  22. “Duit gaji memang takkan pernah cukup”… tanyalah sape2 pun itu jelah jawabnya. Makin besar gaji,.. makin besar jugaklah expenses. Rumah nak besar, keta nak besar,… semua besarlah. Paling penting kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan usaha… jangan putus asa.

    • @shraqs, yes.. betul sangat-sangat.. bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan dah bagi buat masa sekarang ni.. yang ada duit berlebih lebih tu tak kisah sangat la sebab diorang mampu.. beli apa-apa pun ada lagi duit lebih banyak.. yang jadi masalahnya bila ada sesetengah orang tu yang nakkan sesuatu tapi benda tu lebih daripada kemampuan.. tak ukur baju di badan sendiri..

      • @Anarm, Ramai bro yang macam tu,.. tambah plak sekarang senang sangat nak dapat duit,.. semua bank bagi pinjaman personal, kad kredit ada,.. last2 main gali lubang tutup lubang la jawabnya… :tongue:

  23. Terima Kasih atas nasihat yang diberikan, kagum aku…rupanya anak mudah sekarang ni lebih bijak menguruskan kewangan…kalaulah zaman muda aku macam kao ni, nescaya dah hidup senang dah aku sekarang ni :pouty:

    ::harap masih belum terlambat untuk aku menguruskan kewangan dengan lebih bijak :blush:

    • @mohzam, rasanya masih belum terlambat.. selagi nyawa masih ada, selagi itu lah pintu rezeki terbuka untuk kita.. aku dah pernah rasa hidup susah giler.. bila dapat rezeki lebih sikit sekarang ni, jadi sayang pulak nak guna untuk benda yang tak perlu.. rasa macam membazir.. kadang2 rasa takut ujian susah macam dulu akan berlaku balik.. harap2 tak terima ujian macam tu dah.. huhu.. rezeki yang berlebih tu lebih baik simpan untuk kegunaan masa akan2 datang.. :wink:

  24. Saya setuju, andaikata gaji bulanan tak cukup mungkin bermakna kita tak pandai menuruskan kewangan dengan baik

    Dan juga mungkin ada yang tak betul dengan duit yang kita terima itu. Wallahu ‘Alam (mohon di jauhkan)

    • @faizul, betul jugak tu.. duit dari hasil yang tak berapa elok ni walau macam mana sekalipun kita berjimat dan rancang perbelanjaan, tetap tak akan cukup.. sebab apa yang kita terima tu tak diberkati Allah.. wallahu’alam..

  25. kalau pandai bajet… lebihkn keperluan dr kehendak dan bersyukur serta punca rezeki tu 100% dijamin halal, InsyaAllahh akan lebih dr cukup…. utamakn yg Utama dulu… yang lain2..kemudian pun xpe…jnji kita tak sampai berhutang sana sini kan… sikit yg berkat lg baik dr banyak yg tak berkat :)

    • @eiyda, betul tu, biar duit sikit tapi berkat Insya’ Allah bertahan selama sebulan. Tuhan itu maha kaya, kalau diizinkanNya memang cukup sekeluarga.

      • @faizul, banyakkan juga amalan bersedekah.. pasti pintu rezeki terbuka setiap kali kita memberi sedekah.. semakin banyak kita bersedekah, insyaAllah rezeki semakin bertambah..

  26. Masa aku ada anak sorang gaji rm 1500,cukup kalau pandai dahulukan mana keperluan dan kehendak.Bila anak bertambah rezeki bertambah.Mmmg betul gaji 1juta pun kalau tak tahu uruskan mmg tak cukup.

    • @azman, rezeki bertambah lepas dapat anak tu orang cakap rezeki tu bukan kita punya.. tapi anak kita punya.. untuk beli susu dia, pakaian dia, mainan dia..

  27. Kalau duit gaji tak pernah cukup mesti ada something wrong…contohnya keje nak ngulor je :biggrin:

    kena sentiasa bersyukur dan dekatkan diri dgn Allah SWT

    • @Shahrul, memang bermasalah kalau kerja asyik nak ngulor je.. kalau dah kerap sangat ngulor, mungkin lama2 nanti boleh jadi takde duit langsung.. sebab kena buang kerja.. haha..

      kerja juga satu ibadah.. lakukan dengan sebaik mungkin, ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab.. insyaAllah terjamin segala nikmat yang Allah bagi kat kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *