AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Duit BR1M 2014 Baru Masuk Akaun

Duit BR1M 2014 Baru Masuk Akaun

20/03/2014 Anarm 17 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

Sebelum ni tengok orang lain seronok je update blog bagitau dah dapat duit BR1M. Ingatkan aku dah takde harapan nak merasa duit BR1M macam orang lain. Rupanya duit tu dah pun masuk akaun.

Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Hehe.

Bayaran BR1M 2014

Duit BR1M aku masuk pada 18 Mac 2014, tapi baru semalam aku dapat tahu. Itupun terkejut beruk dulu sebab masa nak keluarkan duit dari mesin ATM Maybank tiba-tiba rasa duit macam bertambah.

Risau ada orang tersalah transfer duit je. Pernah berlaku dulu.

Duit Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2014

Lepas ambil duit aku terus pergi kat kereta. Dalam kepala masih berfikir dan rasa pelik lagi macam mana duit boleh bertambah.

Terus aku buka Aplikasi Android Maybank2U dalam smartphone untuk check. Tengok rekod transaksi memang ada duit masuk.

Bila tengok ‘description‘ baru nampak ada tertulis “BR1M 2014“. Yeayy..

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Duit BR1M aku dapat RM450 (bukan RM650 ke?). Banyak benda juga boleh beli dengan duit RM450 tu. Belum fikir lagi nak guna untuk apa.

Ingat nak transfer ke akaun bank isteri aku. Biar dia jela buat keputusan nak guna untuk apa. Asalkan jangan guna untuk benda-benda merepek dah la.

Duit BR1M 2014 masuk akaun Maybank

Zaman sekarang ni duit RM450 sekelip mata je boleh habis, kan?

Bajet untuk diri dan keluarga pun kadang-kadang tak jadi seperti yang dirancang.

Dengar cerita BR1M 4.0 akan dibayar secara bulanan atau 3 bulan sekali, betul ke? Ada tak kawan-kawan yang masih belum dapat duit BR1M?

Facebook Twitter WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Duit Gaji Tak Pernah Cukup
  • Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014
  • Dapat Dekoder Percuma daripada MYTV

Kategori : Santai Keyword : bajet keluarga, bajet terbaik 2014, bantuan rakyat 1malaysia, br1m, duit bantuan rakyat, rancang kewangan

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Status Halal Coklat Pepero
Next article:
David Correy, Penyanyi Lagu Piala Dunia FIFA 2014 Coca-Cola

17 Comments

  1. Faizal Fredley says

    27/03/2014 at 7:29 PM

    syoklah dpt brim…saya x dpt tahun nih…sedih tol..

    Reply
  2. iAwani says

    25/03/2014 at 10:47 AM

    wah! tahniah Anarm sebab dapat duit BRIM ni

    Reply
  3. Pendekar Berkuda says

    25/03/2014 at 12:06 AM

    Aku dah dapat. Hehehe

    Reply
  4. Eizil says

    23/03/2014 at 2:03 AM

    Syioklah dapat duit br1m… hehehe… :D

    Reply
  5. Melastik Bintang says

    21/03/2014 at 6:14 PM

    aku pun baru masuk 2 hari lepas.. lambat juga tunggu..ingat kan tak lepas…

    Reply
  6. Doctor Blogger says

    21/03/2014 at 6:13 PM

    bersyukur dapat duit brim… =)

    Reply
  7. titan says

    20/03/2014 at 10:16 PM

    tak dapat plak brim tahun ni. waa..

    Reply
  8. hasrul hassan says

    20/03/2014 at 8:34 PM

    Uhh dapat BR1M gak ke?

    Reply
  9. Hazman Fadzil says

    20/03/2014 at 1:41 PM

    Hurmmm….. saya la ngan aku…. pun masih tak dapat lagi…. walaupun status bujang kan…. huhuhu

    Reply
    • Anarm says

      20/03/2014 at 6:05 PM

      Bujang dapat RM300.. Banyak jugak tu.. Boleh buat rayuan kalau tak dapat lagi..

      Reply
  10. profhariz says

    20/03/2014 at 1:27 PM

    Tahniah bro. Saya masih belum dapat. huhuhu

    Reply
    • Anarm says

      20/03/2014 at 6:04 PM

      Kalau belum dapat boleh buat rayuan..

      Reply
  11. Lizz says

    20/03/2014 at 12:53 PM

    kawan aku pun pelik sebab dia dapat rm450 jugak. sepatutnya lebih rasanya.

    Reply
    • Anarm says

      20/03/2014 at 1:14 PM

      Kan? Kan? Takpe lah.. Dapat RM450 pun kira ok lah.. Cuma pelik sebelum ni cakap lain, dapatnya lain..

      Reply
  12. Anuar says

    20/03/2014 at 12:06 PM

    Bestnya bro dapat BR1M… RM450 banyak juga tu… Boleh buat

    Reply
  13. hafiz says

    20/03/2014 at 8:43 AM

    Dah lama dah abis bro…

    Reply
    • Anarm says

      20/03/2014 at 8:49 AM

      Owhh.. Dah habis ek.. Aku baru merasa dapat duit BR1M..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy