Dropbox Simpan Fail Secara Online

Rasa stress sikit sekarang ni sebab segala kerja yang aku dah buat tak sempat nak finalize untuk bagi kat big boss. Fail-fail kerja hilang sekelip mata bila laptop masuk ‘bengkel’ hari tu.

Technician Asus Centre boleh pulak pergi format semua benda dalam laptop aku ni tanpa tanya aku dulu.

Sejak ada laptop sendiri, tu je pertama kali aku hantar repair laptop di pusat servis. So, aku tak tahu cara-cara betul yang perlu aku buat. Nak tanya apa, nak jawab apa, nak bagitau apa, atau sebagainya.

Sebelum ni bila laptop buat hal aku hantar repair di kedai komputer biasa je.

Dropbox simpan fail online

Sekarang ni untuk langkah berjaga-jaga takut kalau berlaku lagi perkara macam tu, aku langgan akaun Dropbox untuk simpan fail secara online.

Bagi yang tak tahu lagi Dropbox tu benda apa, ianya merupakan satu servis menyimpan fail secara online yang berasaskan ‘cloud storage’. Ia juga membolehkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain melalui internet.

Fungsi Dropbox

Sebagai contoh, kita ada miliki 3 gadget yang selalu kita guna setiap hari – Ultrabook Toshiba Portege Z830, iPhone 4S dan Samsung Galaxy Tab.

Katakan kita ada 1 fail penting yang tersimpan di folder Dropbox dalam laptop Toshiba tu.

Tiba-tiba laptop tu rosak, tak boleh ON. Kebetulan masa tu kita sangat perlukan fail penting yang ada di dalamnya.

Apa yang bagus kat sini kita masih boleh akses ke fail tersebut dengan menggunakan iPhone 4S yang kita miliki atau menggunakan Samsung Galaxy Tab tu kerana fail tersebut berada di dalam ‘cloud storage’ Dropbox.

Yang penting kesemua gadget tu ada dipasang aplikasi Dropbox untuk sync akaun Dropbox dengan gadget-gadget tersebut.

Cara Dropbox berfungsi
Fail dalam Dropbox dan gadget berhubung antara satu sama lain

Sekarang ni aku menggunakan Dropbox pada laptop Asus dan Samsung Galaxy S yang aku miliki.

Semalam aku download satu software installer melalui telefon. Kemudian fail installer tu aku letakkan dalam folder Dropbox yang ada dalam telefon aku.

Pagi tadi aku buka laptop tengok fail installer yang aku save dalam telefon semalam dah ada dalam laptop juga. Senang je nak transfer fail masuk laptop. Bagus kan?

Berbaloi rasanya aku langgan akaun Dropbox Pro 50GB. Harga cuma USD$99.00 je setahun. Boleh buat simpan fail banyak-banyak.

Lihat lagi fungsi Dropbox yang ditawarkan.

Cara Menggunakan Dropbox

  • Daftar akaun Dropbox kemudian download aplikasi Dropbox dan install ke dalam komputer
  • Pilih directory dalam komputer untuk jadikan folder Dropbox semasa proses installation
  • Login ke akaun Dropbox korang menggunakan aplikasi Dropbox tu
  • Masukkan apa saja fail atau dokumen ke dalam folder Dropbox yang korang tetapkan di komputer, kemudian aplikasi ni akan upload fail-fail tersebut ke akaun Dropbox korang secara automatik

Dapatkan Akaun Dropbox PERCUMA 2GB

Dropbox ada beberapa pakej yang boleh kita langgan. Bagi korang yang nak cuba-cuba dulu bolehlah daftar akaun Dropbox percuma dengan saiz storan sebesar 2GB. Lepas tu install aplikasi Dropbox tu dan rasai sendiri kehebatannya.

Kalau nak saiz storan yang lebih besar sikit, boleh invite rakan-rakan. Nanti dapat extra space. Atau boleh juga upgrade guna akaun berbayar. Macam yang aku guna akaun Dropbox Pro 50GB, cuma perlu bayar lebih kurang RM300 je setahun.

Pakej langganan akaun Dropbox
Pakej-pakej akaun Dropbox yang boleh dilanggan

Daftar Dropbox sekarang! Jangan sampai berlaku perkara yang sama macam yang aku kena. Dah kena baru nak menyesal sebab tak buat backup fail-fail kerja.

Yang menariknya juga, kita boleh buat macam-macam lagi dengan menggunakan Dropbox. Ada banyak tricks boleh kita buat dengan Dropbox.

Keadaan cemas guna Dropbox
Pengguna Dropbox tak perlu cemas bila komputernya rosak kerana failnya selamat di Dropbox

*External hardisk yang beli hari tu boleh guna untuk simpan movie. Terbaik!

22 Comments

  1. ok.. dah faham.. ..tq for the info….=).. banyak maklumat dapat kat sini.. alhamdulillah..ilmu lagi..

  2. Saya dah langgan dropbox untuk setahun. memang best dropbox ni. Sebelum ni saya gunakan 4shared. Apapun kredit pada dropbox

  3. aku jarang guna dropbox ni, pasni nak kena gunalah. senang skit, ini tidak. asal nak guna file penting. nak kena cucuk pendrive sana sni..last2 pendrive aku gak yg ilang…sub2…

  4. salam..
    masih tak percaya storage luar nih
    selamat ke..?ada nampak icon
    di ipad2 saya tapi kurang percaya
    la pulak..tapi heran icloud by Apple
    tu saya guna pula..sama ke erk..? :wink:

  5. Mula2 bila kawan aku guna, aku tak heran. Tapi bila dah cuba, perghh, memang terbaik. Kalau ada group assignment, buat satu private file, invite group members hehe. Even kat kanada ni dropbox popular, aku buat lab report pun ada private file utk group aku.

    Btw, ko dah try ke yg blh increase storage secara percuma tu? Aku tak ingat kat forum mana entah

    • @Affan Ruslan, yang tambah storage tu dulu aku guna cara invite2 orang tu je.. dulu guna yg free 2GB dapat tambah sampai jadi 8GB.. skrg dah upgrade guna paid account.. ada space 50GB..

      ada cara lain lagi ke nak increase storage? kat forum mana ada ajar?

  6. Inilah kehebatan cloud computing… Memudahkan penyimpanan data :D

    Cuma ada sesetengah pengguna yang mementingkan privasi data tentunya tidak suka menggunakan perkhidmatan ini.

    • @anif, kalau data yang perlukan privasi tu tak perlu la masukkan kat situ.. takpon boleh je setkan security dulu pada data tu baru masukkan kat situ.. kuasa di tangan pengguna..

        • @anif, betul tu.. sebab tu kalau boleh jangan guna untuk letak barang2 personal atau fail2 yg perlukan privasi kat situ.. sedangkan server google pon tiada depan mata, tapi ramai je yang guna email google buat hantar fail2 rahsia dan sebagainya.. use the services at your own risk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *