Sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2019, pihak MYNIC menawarkan harga promosi untuk domain .MY atau .COM.MY dengan harga hanya RM20 setahun!
Promosi MY20SALE ini terbuka kepada semua pendaftaran nama domain BARU sepanjang bulan Ogos, bermula dari 01/08/2019 hingga 31/08/2019.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Cara Daftar Domain .MY
Pendaftaran nama domain .MY dan .COM.MY boleh dibuat melalui mana-mana Reseller MYNIC seperti Yeahhost, Internet Webhosting, DomainPlus, GBNetwork, dan lain-lain.
Atau boleh beli terus dari MYNIC melalui ICHOOSE.MY.
Carian Nama Domain
Sebelum mendaftar, anda perlu buat carian nama domain pilihan anda terlebih dahulu dan semak untuk pastikan sama ada nama domain tersebut belum didaftarkan lagi atau sudah dimiliki oleh orang lain.
Jika domain .MY pilihan anda masih belum didaftar oleh sesiapa, anda boleh terus beli dan daftar nama domain tersebut dengan harga RM20 sahaja.
Dokumen Diperlukan Untuk Daftar Domain .MY
Domain .MY hanya boleh didaftar oleh penduduk tetap rakyat Malaysia. Jadi, anda kena sediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk tujuan pengesahan.
Untuk pendaftaran domain .MY perlu bagi dokumen IC / MyKad (pendaftaran individu). Pendaftaran domain .COM.MY pula perlu bagi dokumen SSM (daftar atas syarikat).
Lepas dah buat bayaran beli domain dan bagi dokumen diperlukan, tunggu sehingga nama domain yang anda beli tu diaktifkan. Biasanya sekejap je.
Bila nama domain dah aktif, boleh la guna untuk blog atau laman web milik anda.
Tawaran Hebat Domain .MY Hanya RM10
MYNIC menawarkan domain .MY pada harga promosi RM20 untuk setahun. Tetapi ada tawaran yang lebih hebat daripada itu.
ZenPipe (Reseller MYNIC) menawarkan domain .MY dengan harga RM10 sahaja! Gunakan kod promosi 62MERDEKA di halaman ‘Checkout‘ untuk dapatkan harga diskaun RM10!
Murah betul domain .my.. kalau nak renew boleh dapat harga tu juga tak?
Dah ada 2 domain dot my.. aku xmampu nak renew walaupun harganya murah… Sebab maybank aku tak bernyawa Uwahhhhhh
Sejak itu.
Aku dah stop beli domain dah