Domain .MY Harga Promosi daripada ichoose.my

Sejak dua menjak ni ramai blogger dah menggunakan domain “.my” untuk blog mereka. Mungkin sebab ingin jadi sehebat blog Amanz.my atau Denai.my.

Tapi disebabkan harganya agak mahal, tak semua blogger mampu untuk langgan domain .my.

.MY merupakan country code top-level domain (ccTLD) bagi negara Malaysia. Domain .my diuruskan oleh MYNIC.

Pembelian domain .my pula boleh dibuat dengan reseller yang kebanyakannya adalah penyedia hosting dan domain di Malaysia. Kadang-kadang, ada sesetengah reseller menawarkan domain .my dengan harga yang murah pada tempoh masa tertentu.

Dapatkan harga promosi domain .my daripada ichoose.my

Bagi blogger yang ingin memiliki domain .my untuk digunakan di blog, sekarang ni ichoose.my ada buat tawaran harga promosi domain .my hanya RM30 setahun dan RM50 untuk 2 tahun.

Harga biasa adalah RM120 setahun. Peluang baik untuk beli domain .my dengan harga murah. Paling bagus, langgan untuk 2 tahun terus. Bayar RM50 je.

Selain domain .my, ichoose.my juga menawarkan harga promosi untuk domain “.com.my” dan “.org.my” yang biasanya digunakan sebagai domain URL untuk laman web syarikat atau organisasi.

Tawaran hebat ini sah sehingga 31 Disember 2013.

Harga domain .my murah di ichoose.my

Contest RM10,000 anjuran ichoose.my

Selain dapat tawaran harga domain murah, mereka yang telah melanggan domain .my daripada ichoose.my juga layak untuk join kontes yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 dan domain percuma untuk setahun.

RM10 ribu tuu..

Contest anjuran ichoose.my menawarkan hadiah RM10,000

Untuk join contest anjuran ichoose.my apa yang perlu dibuat adalah:

  1. Dapatkan atau langgan domain .my untuk blog anda di www.ichoose.my.
  2. Tulis sebuah entri di blog beserta keyword “blogger”, “ichoose.my” dan “MYNIC” dengan jumlah perkataan minimum sebanyak 200 patah perkataan. Jangan lupa juga masukkan link “www.ichoose.my” dalam entri blog tersebut.
  3. Hantarkan Nama, Nombor Telefon, Alamat Email dan URL Entri ke ichoose@mynic.my dengan subjek “#ichoose”.
  4. Penyertaan akan ditutup pada 31 Disember 2013 (Selasa), jam 11:59 malam.

ichoose.my di event Blogrrr : Blogger Most Wanted 2013

Booth ichoose.my di perhimpunan blogrrr

Di perhimpunan blogrrr hari tu aku sempat singgah sekejap di booth ichoose.my dan juga booth MYNIC. Tak buat apa-apa pun, saja singgah tengok-tengok.

Di booth ichoose.my mereka sediakan perkhidmatan untuk mendaftar langganan domain .my dengan harga promosi. Lepas dah langgan, layaklah untuk join contest.

Terlupa pula aku nak pergi tanya tentang contest ichoose.my dengan lebih lanjut. Mana tahu kot-kot ada tips untuk menang contest hadiah RM10 ribu ni.

19 Comments

  1. Kenapa tiba2 rasa mcm best je domain .my ni.. mgkin sbb akan jadikan blog kita beridentitkan malaysia.. walaupun ada je hosting yg promo domain murah tp sbb renew nanti harga asal dan agak mahal dan juga tanpa id protection, so tak jadi nak guna.. mungkin lain kali..

  2. Kalau di kurs-kan dengan rupiah masih terhitung murah, harganya jadi sama dengan domain .com, padahal harga umumnya kalau tak salah beberapa kali lipatnya ya
    Nice price :)

  3. Dah ada domain .my tapi tak ada idea nak buat apa. kalau dapatkan 1 lagi yang murah ni pun ok gak kan.. tapi tahun ke 3 dan seterusnya tu harga kembali ke RM120 ke bro?

  4. Itulah ada tanya Amanz kelmarin pasal harga, rupanya tahun berikutnya .my kembali harga standard ta jadi ambik la.. Haha tak baloi, kalau mcm aku yang suam suam kuku main blog ni.. Kekeke

  5. Dah kira murah dah tu kalau RM30 setahun. Ditambah pulak ngan ada lagi contest yang disediakan oleh ichoose. Para blogger yang tegar tu boleh la join, aku xtegar mana hehe.

  6. pernah dapat domain .my dari GA tp tak sampai 2 bulan blog dah problem. Mcm serik je dah nak guna domain lain… huhu…

  7. Peluang menarik ni.. Langgan domain.my pada harga RM30 untuk membolehkan kita dapat wang tunai RM1000… In Shaa Allah akan saya usahakan… ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *