Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan

Kesan daripada arahan duduk di rumah (Perintah Kawalan Pergerakan) berkuat kuasa mulai 18 Mac – 31 Mac 2020 ialah penggunaan elektrik yang akan meningkat secara mendadak.

Maklum sajalah bila semua dah duduk di rumah, mesti akan guna lebih banyak elektrik untuk TV, phone, PC, laptop, lampu, kipas, aircond dan lain-lain.

Oleh itu, kerajaan mengumumkan diskaun bil elektrik akan diberi untuk tempoh selama enam (6) bulan bermula 1 April hingga 30 September 2020.

Pemberian diskaun bil elektrik ini bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar ketika ini berikutan kesan penularan wabak koronavirus COVID-19.

Tenaga Nasional Berhad

Diskaun Bil Elektrik 2% dan 15%

Diskaun bil elektrik sebanyak 2% diberikan kepada pengguna kategori domestik atau rumah kediaman.

Diskaun 15% diberikan kepada 6 sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

Bagi pengguna komersial, industri dan pertanian selain daripada 6 sektor itu pula akan menikmati diskaun sebanyak 2 peratus bagi penggunaan elektrik sepanjang tempoh tersebut.

Diskaun bil elektrik sektor perniagaan
Diskaun bil elektrik rumah kediaman

Kos pemberian diskaun elektrik ini ditampung oleh kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi semenanjung. Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula adalah di bawah tanggungan Kerajaan Persekutuan.

Sumber: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

2 Comments

Leave a Reply