AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Isu Semasa » Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan

Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan

19/03/2020 Anarm 2 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Kesan daripada arahan duduk di rumah (Perintah Kawalan Pergerakan) berkuat kuasa mulai 18 Mac – 31 Mac 2020 ialah penggunaan elektrik yang akan meningkat secara mendadak.

Maklum sajalah bila semua dah duduk di rumah, mesti akan guna lebih banyak elektrik untuk TV, phone, PC, laptop, lampu, kipas, aircond dan lain-lain.

Oleh itu, kerajaan mengumumkan diskaun bil elektrik akan diberi untuk tempoh selama enam (6) bulan bermula 1 April hingga 30 September 2020.

Pemberian diskaun bil elektrik ini bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar ketika ini berikutan kesan penularan wabak koronavirus COVID-19.

Tenaga Nasional Berhad

Diskaun Bil Elektrik 2% dan 15%

Diskaun bil elektrik sebanyak 2% diberikan kepada pengguna kategori domestik atau rumah kediaman.

Diskaun 15% diberikan kepada 6 sektor perniagaan terpilih iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

Bagi pengguna komersial, industri dan pertanian selain daripada 6 sektor itu pula akan menikmati diskaun sebanyak 2 peratus bagi penggunaan elektrik sepanjang tempoh tersebut.

Diskaun bil elektrik sektor perniagaan
Diskaun bil elektrik rumah kediaman

Kos pemberian diskaun elektrik ini ditampung oleh kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi semenanjung. Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula adalah di bawah tanggungan Kerajaan Persekutuan.

Sumber: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • COVID-19 | Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Hingga 31 Mac 2020

Kategori : Isu Semasa Keyword : covid-19, diskaun bil elektrik, tenaga nasional

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Astro Tawarkan Saluran Filem Percuma Dari 18 – 31 Mac 2020
Next article:
Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet

2 Comments

  1. Islamku says

    16/04/2020 at 11:50 PM

    Alhamdulillah…dapatlah mengurangkan sedikit beban untuk bayar bil-bil utiliti ni

    Reply
  2. Wan Zawawi says

    24/03/2020 at 11:51 PM

    Alhamdulillah..sekurang-kurangnya dapat ringankan beban bagi mereka yang bercuti tanpa gaji

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy