AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Diskaun 50% Bayar Saman Trafik PDRM Secara Online Bermula 18 Januari 2020

Diskaun 50% Bayar Saman Trafik PDRM Secara Online Bermula 18 Januari 2020

18/01/2020 Anarm 2 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

PDRM (Polis Diraja Malaysia) sekarang ni sedang menawarkan diskaun 50% bagi pembayaran saman trafik terpilih kepada para pengguna jalan raya yang ingin menjelaskan saman mereka.

Pembayaran saman trafik PDRM boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MyEG atau RILEK.com.my bermula dari 18 hingga 22 Januari 2020.

Siapa ada tunggakan saman boleh segera langsaikan saman trafik PDRM tu dan nikmati diskaun 50% yang ditawarkan untuk masa terhad.

Jangan lepaskan peluang ini!

Diskaun 50 peratus saman trafik PDRM

ISI KANDUNGAN hide
1 Jenis Saman Yang Tidak Boleh Menerima Diskaun
2 Bayar Saman Trafik PDRM Secara Online
3 Cara Bayar Saman Trafik PDRM melalui MyEG

Jenis Saman Yang Tidak Boleh Menerima Diskaun

Tawaran diskaun 50% ini untuk kesalahan trafik yang tertentu sahaja. Jenis saman trafik yang TAK BOLEH terima diskaun:

  • Saman Kemalangan
  • Saman Op Selamat Tahun semasa
  • Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
  • Saman Berstatus Mahkamah
  • Saman Berkaitan Kenderaan Lori

Saman trafik PDRM

Aku pun ada beberapa saman yang belum bayar. Koleksi saman trafik yang aku dapat kebanyakannya sebab ‘speeding‘. Aku memang suka pandu laju. Haha..

Kadang-kadang aku tak faham had laju yang ditetapkan. Kononnya untuk elak kemalangan tak boleh bawa kereta laju-laju atas jalan raya. Tapi pandu kereta perlahan juga boleh jadi punca kemalangan jalan raya.

Disebabkan dah kena saman, nak taknak terpaksa bayar juga lah.

Dengan adanya tawaran diskaun 50% sempena Tahun Baru Cina, inilah masanya untuk bayar semua saman trafik tu. (Kalau cukup duit la..)

Bayar Saman Trafik PDRM Secara Online

Kaedah bayar saman trafik PDRM secara online ni lebih mudah sebab kita tak perlu beratur panjang di kaunter dan buang masa berjam-jam tunggu giliran.

Aku biasa guna perkhidmatan MyEG untuk bayar saman trafik secara online. RILEK tak pernah try lagi. Tadi cuba login akaun RILEK, rasa slow sangat web dia. Mungkin ramai tengah guna nak bayar saman.

Web MyEG laju je.

Diskaun 50 peratus bayar saman trafik PDRM bermula 18 Januari 2020

Cara Bayar Saman Trafik PDRM melalui MyEG

  • Buka laman web MyEG – https://www.myeg.com.my
  • Log masuk menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ni (jika belum daftar sebagai pengguna, sila daftar dulu)
  • Pilih “Polis Diraja Malaysia” dari senarai perkhidmatan.
  • Bayar saman trafik PDRM melalui MyEG

  • Tekan butang “SEMAK & BAYAR SAMAN PDRM”.
  • Buat carian menggunakan Nombor IC atau Nombor Kenderaan.
  • Senarai saman trafik akan dipaparkan.
  • Tandakan pada saman yang ingin dibayar dan tekan butang “Proceed“.
  • Semak saman trafik PDRM melalui MyEG

  • Jumlah yang perlu dibayar akan terpapar, termasuk caj E-Service (RM2 bagi setiap saman) dan caj SST.
  • Tekan “Proceed to Payment” untuk buat bayaran.
  • Caj bayaran saman trafik PDRM melalui MyEG

  • Pilih kaedah pembayaran menggunakan Online Banking (FPX) atau Kad Kredit / Debit.
  • Kaedah pembayaran saman trafik PDRM melalui MyEG

  • Lepas dah buat bayaran, MyEG akan bagi resit yang diiktiraf oleh PDRM sebagai bukti pembayaran. Boleh download / print resit tu untuk disimpan.
  • Selesai.

 
Saman yang dah dibayar akan tunjukkan status “Processing” dan mengambil masa sehingga 48 jam untuk transaksi dikemaskini pada server PDRM.

Bila dah siap dikemaskini, saman yang dah dibayar akan dikeluarkan dari senarai.

Selain bayar saman melalui laman web MyEG, boleh juga guna aplikasi MyEG di telefon bimbit.

Aplikasi MyEG untuk smartphone Android

Korang dah semak ke saman trafik? Ada berapa banyak saman? Jangan lupa bayar..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Informasi Keyword : myeg, pdrm, rilek, saman trafik

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Mesin Basuh Toshiba AW-A820MM Tak Berpusing, Ganti Drain Motor Rosak (DIY)
Next article:
Wahed Invest – Pelaburan Patuh Syariah Dengan Modal Serendah RM100

2 Comments

  1. Aida Azrin says

    03/03/2020 at 10:57 AM

    Terima kasih atas info, nak kena check. Macam hari tu ada bawa lebih had laju di kawasan yang ada kamera AES ?

    Reply
  2. Cetusan Suara says

    24/01/2020 at 2:38 AM

    baru tadi check saman.. takde yang dapat diskaun.. T_T

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy