Ramai pengguna smartphone sekarang ni menggunakan phone jenis dual-sim yang boleh masukkan 2 simkad dalam 1 phone.
Oleh sebab ada 2 nombor, dah tentu pengguna nak kedua-dua nombor tu boleh digunakan terutamanya untuk WhatsApp.
Tapi aplikasi WhatsApp hanya membenarkan 1 akaun atau 1 nombor sahaja digunakan dalam 1 phone.
Aku pernah tulis tentang aplikasi WhatsApp untuk nombor kedua yang boleh digunakan bersama aplikasi WhatsApp official.
Tapi pihak pembangun WhatsApp official sekarang ni dah buat operasi bagi menghapuskan semua aplikasi 3rd party untuk WhatsApp.
Aplikasi WhatsApp tu pun dah tak boleh guna dah sekarang ni. Pembangun aplikasi tu juga dah hentikan kemaskini aplikasi.
Bila OGWhatsApp dah tak boleh guna, ada beberapa orang contact aku tanya macam mana nak guna 2 nombor whatsapp dalam 1 phone. Ada aplikasi lain yang boleh buat whatsapp berfungsi untuk 2 nombor?
Aku pun kelam kabut juga bila OGWhatsApp tiba-tiba tak boleh guna.
Kedua-dua nombor telefon yang aku ada memang perlukan fungsi WhatsApp untuk berhubung dengan kawan-kawan dan dengan pelanggan-pelanggan Simkad ONEXOX yang aku jual.
Nasib baik aku dah jumpa pengganti OGWhatsApp yang boleh digunakan untuk nombor kedua dalam phone. Aplikasi tu nama dia DISA (masih di peringkat Beta).
Fungsi Aplikasi Disa
Aplikasi Disa ni dia boleh satukan fungsi SMS, Facebook Messenger dan juga WhatsApp dalam satu aplikasi.
Selain tu ada banyak lagi fungsi-fungsi lain yang akan ditambah di masa akan datang seperti untuk Line, Skype, Tango, Telegram, Twitter, WeChat dan lain-lain.
Dalam entri ni aku cuma nak kongsikan cara guna whatsapp dengan aplikasi Disa. Boleh guna untuk nombor kedua whatsapp bagi pengguna phone dual-sim. Nombor pertama guna whatsapp official.
Cara Guna WhatsApp Dengan Aplikasi Disa
- Download aplikasi Disa.
- Install dalam phone dan jalankan aplikasi Disa.
- Tambah perkhidmatan WhatsApp di aplikasi Disa. Caranya di Settings aplikasi Disa > Add service > pilih WhatsApp. Atau boleh install plugin WhatsApp untuk Disa menggunakan QR Code.
- Jalankan service WhatsApp dalam aplikasi Disa.
- Isi nama dan nombor telefon (nombor kedua)
- Kod pengesahan akan dihantar.
- Sahkan nombor telefon menggunakan kod pengesahan tu.
- Fungsi WhatsApp dalam aplikasi Disa dah boleh digunakan.
Bila dah siap setting, whatsapp boleh digunakan macam biasa cuma dengan antaramuka yang sedikit berbeza. Tapi berfungsi sama macam whatsapp biasa.
*Sebarang risiko atas tanggungjawab sendiri.
Tq bro… Mmg terbaekk! Setel masalah. 1 fon, 2 simcard, 2 wasap…. Yeayy!!
Tq bro…try semalam… Terbaekkk!! So far so good… Da x pening now.. 1 fon, 2 simcard…2 whatsapp…!
U r d best bro…!
Firstly tq kongsi app ni…selesai masalah sy utk guna 1 phone utk WhatsApp sahaja…Cuma nak tanya dia tak ganggu WhatsApp yg asalkan? Contohnya mcm msg dlm WhatsApp yg asal
Tapi dia suruh uninstall WhatsApp lama
Bro nk tnya kit..whatsapp yg lama ty nk biar kekal kn atau uninstall?
Whatsapp boleh kekalkan..
Wahh. Tq sgt sgt. Tahu dh la cara nk buat lpas ni hehe
memandangkan OG WhatsApp pun dah tak leh nak pakai sangat kan, aku nak try DISA nie lak. harap² tak kena block. nak try n error, tapi takut try n blocked. seram…
sebuah hal baru yang sangat berguna bagi pengguna whatasapp terimakasih
Info yang sangat berguna, selama ni pakai lenovo yang dual sim tak pernah tahu ada app yang boleh bagi kita pakai dua2 nombor untuk whatsapp, penat je bawak 2 handphone kehulu kehilir. adui
Dah buat tp dkt add service xda whatsapp mcm mn
Dalam Disa ada fungsi untuk scan QR Code. Sebab tu saya masukkan gambar QR Code dalam entri ni. Boleh scan QR Code guna fungsi tu nanti dia auto install plugin whatsapp dalam Disa..
Atau.. boleh bukak entri ni guna phone, klik kat gambar QR Code dan ikut arahan yang akan dia tunjuk.
tapi kenapa kita guna simcard dalam henset dual simcard sebagai hotspot ke laptop, data internet cepat habis?
tapi kenapa bila guna dua simcard dan 1 simcard tu di buat hotspot ke laptop, data internet cepat habis?
Hotspot ke laptop memang akan cepat habis data sebab kat laptop dia punya proses untuk automatik update driver, software, windows dan sebagainya akan guna data yang lebih banyak. Penggunaan data laptop dan smartphone tak sama.
Data hotspot dari phone tu juga laptop akan detect sebagai wifi, sebab bila kita buat hotspot bermakna phone kita dah berfungsi macam modem wifi dan bukannya sebagai mobile data. So, laptop akan jalan semua proses yang guna data wifi tu.
Cara nak jimat data yang hotspot dari phone, setting laptop offkan semua automatik update. Offkan terus semua tu.
tqvm untuk info ni. saya bookmark page ni ye =)
Baru-baru ini tercari-cari juga aplikasi yang boleh run 2 nombor whatsapp. Sekarang dah jumpa, boleh try DISA. Info berguna.
Buat masa ni saya guna satu nombor je untuk whatsapp guna satu phone tapi tak tahula akan datang kalau nak guna dua nombor dalam satu phone untuk whatsapp.
baru tau pasal ni..betul2 tak tau oh sebelum ni.tq share
setakat ni tak perlukan 2 akaun wassap lagi. instagram alhamdulillah dah setel guna 2 akaun :D
InsyaAllah blh dijadikan rujukan bila dh ada smartphone yg 2 simkad..mmg brcadang nak beli pun cuma blm mengizinkan..hehhe
Adehh.. kawe satu akaun Whatsapp pun tak larat nak layan.. adehh ini kalau dua. :D
Ni utk pengguna WA tegar je
terima kasih ata sinfo..saya guna dual simcard, tapi tue lah, cuma boleh guna satu ej akaun WhatsApp. mungkin boleh cuba buat utk satu lagi nombor. :)
waaahhh… macam-macam pula aplikasi ni.. kali ini Disa pula untuk dua whatsapp..
saya tak berapa paham sangat dengan whatsapp ni..jarang2 guna.semata2 untuk whatsapp suami je..install pun baru je lagi..jadi tak berapa nak paham..hari tu saya tukar simkad kat enpon pun,saya terkejut sebab saya tetap boleh terima whatsapp dari orang..heheheh..jakun betul benda2 gini..hahahh
Orang berniaga online
Memang elok pakai aps ni.
Tak perlu pakai 2 3 handphone
Tayar Alza boleh merekah teruk macam tu ya. Dah berapa lama pakai tu?
Terima kasih sebab share, dah lama saya cari app yg bole buat whatsapp utk dual sim..alhamdulillah, saya dah jumpa…:)
nasib baik telefon aku cuma ada satu simkad..kena cari telefon dual simkad jugak la macam nie,,,hehehe
tu dia..
tak boleh guna satu cara, guna cara yang lain. hoho..
PERKONGSIAN TORBAIK .. TP DEQ KALAU GUNA 2 SIM .. PENING . HAHAHA . T TERTUKAR ..
harap pasni tak kena ban lagi dengan whatsapp pasni.
kebelakangan ni ramai kata wassup dorang ada masalah agaknya kenapa ye. walau apa pun wassup memang sangat bermanfaat pada MJ kerana urusan dengan kastemer selalu dibuat melalui wassup
Thorbaiklah bro sudah ada alternative.
Rajin bro buat kajian…Anyway ini memang dapat membantu terutamanya usahawan yang menggunakan 2 sim termasulah orang rumah aku.. Terima kasih bro Anarm….
kenapa wsap sy x dpt2 verify walaupun bnyk kali dh try..dah remove wasap asal