Dinar Emas Untuk Perkahwinan

Aku baru baca entri pasal perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah. ‘Tertinggal bas’. Huhu.. Menarik juga sebab mas kahwin yang diberi adalah 3 Dinar Emas!

Jarang kita dengar mas kahwin guna dinar emas, kan? Biasanya orang sekarang guna wang kertas je. Mungkin tak ramai lagi yang tahu keistimewaan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin (mahar) dalam sesebuah perkahwinan.

mas kahwin dinar emas

Banyak kelebihan apabila menggunakan dinar (dan dirham). Selain ingin kembali kepada tradisi Islam, harganya juga sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dan boleh digunakan pada saat-saat kecemasan.

Tapi orang sekarang lebih kepada penggunaan wang kertas. Sepatutnya sebagai umat Islam perlulah menyebarkan dakwah Islam dalam akad nikah dengan menggunakan dinar sebagai mas kahwin.

Mungkin kita tak mampu buat seperti para pendakwah yang menyebarkan agama Islam, tetapi dengan menggunakan dinar emas dalam perkahwinan kita ada cara tersendiri untuk berdakwah memperkenalkan dinar sebagai satu usaha untuk menghidupkan sunnah Nabi.

Ia juga mampu menjauhi kita dari sistem riba yang banyak memberi kesan buruk kepada sistem ekonomi dan juga kewangan.

Penggunaan Dinar Emas Dalam Perkahwinan

Penggunaan dinar emas dalam perkahwinan adalah lebih digalakkan kerana:

  • Dinar ialah matawang Islam yang digunakan sejak zaman para Nabi.
  • Penggunaan dinar adalah antara sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Mempunyai kenaikan nilai dalam jangka masa panjang.
  • Dapat menyimpan emas sebagai pelaburan jangka panjang.
  • Dapat menaikkan lagi martabat matawang Islam.
  • Setiap dinar emas mempunyai tulisan Jawi di atasnya yang melambangkan dinar sebagai matawang Islam.
dinar emas
Dinar Emas

Dinar emas yang digunakan semasa berkahwin insyaAllah akan meningkat nilainya pada tahun-tahun akan datang.

Sebagai contoh perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah dengan mas kahwin 3 dinar emas berharga RM2,220. Sekarang ni harganya mungkin masih sebanyak tu. Tahun-tahun akan datang harganya bukan lagi RM2,220 tapi akan meningkat kerana purata kenaikan harga emas adalah lebih kurang 30% setahun.

Wang kertas boleh meningkat nilai macam tu? Makin susut nilai ada la. Ditambah pula dengan harga barang naik, kejap minyak pulak naik harga, lepas tu harga tol pulak naik. Duit yang kita kumpul lama-lama jadi semakin kurang nilai dan tak cukup untuk tampung belanja kenaikan harga semua tu.

Rahsia Jutawan Emas Terbongkar!

Kos Perbelanjaan Kahwin

Sekarang ni nak kahwin memang banyak perlu keluar duit. Tiap-tiap tahun kos untuk berkahwin rasanya memang asyik meningkat je. Kalau dulu-dulu lebih kurang RM2,000 dah cukup untuk belanja kahwin. Sekarang ni duit belanja kahwin dah jadi RM20,000. Ada sesetengah tu sampai RM30,000.

Itu pon ada jugak yang kata tak cukup, kena tambah lagi. Belanja tinggi sangat memang ramai la tak mampu nak berkahwin sebab tu banyak berlaku kes zina dan beranak luar nikah sebab ‘tak tahan’. Huhu..

belanja kahwin

Kalau ikut cara Islam berkahwin tak perlu kot keluar duit banyak macam tu. Tapi orang kita sekarang ni dah terlalu kuat ikut adat dan budaya yang bermacam-macam dan menyusahkan sampai kita yang nak berkahwin pun terasa macam satu bebanan.

Banyak nak kena buat itu ini bila nak berkahwin. Duit keluar pun laju je macam air terjun.

Guna Dinar Emas Untuk Belanja Kahwin

Untuk selesaikan masalah belanja kahwin yang banyak tu, dinar emas dapat bantu kita.

Katakan kita bercadang nak kahwin dalam tempoh 5 tahun lagi iaitu pada tahun 2017 dengan bajet sebanyak RM25,000. Ikut standard sekarang kot banyak ni. Susah juga nak kumpul.

Jadi, kita gunakan keistimewaan dan kelebihan yang ada pada dinar emas untuk dapatkan belanja kahwin sebanyak RM25,000 tu siap boleh kurangkan kos lagi.

Anggaran Harga Dinar Tahun 2017

Harga 1 dinar emas sekarang RM740 (ambil contoh harga dinar emas perkahwinan Irma dan Redza). Berapa dinar emas agaknya diperlukan untuk kahwin pada tahun 2017 yang berjumlah RM25,000?

(Andaian purata kenaikan harga emas 30% setahun)

= (harga 1 dinar X 30% X 5 tahun)

= (RM740 X 30% X 5 tahun) + (Nilai pokok RM740)

= RM1,850 ~ harga 1 dinar pada tahun 2017

= RM25,000 / RM1,850

= 13.51 @ 14 dinar emas berjumlah RM25K untuk belanja kahwin tahun 2017

 
Itu anggaran saja kalau purata kenaikan 30% setahun. Kalau kurang lagi perkara biasa sebab harga emas ada turun naik. Tapi kalau tengok untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa naik. Sekarang kita kira pula berapa harga + penjimatan yang kita dapat kalau kita beli 14 dinar emas tu bermula dari sekarang.

= RM740 X 14 dinar emas

= RM10,360

= RM25,000 – RM10,360

= RM14,640 penjimatan belanja kahwin!

 
Nampak tak macam mana dinar emas dapat bantu kita kumpul duit belanja kahwin?

Dengan mengeluarkan modal RM10,360 hari ni kita dapat biayai kos perkahwinan pada tahun 2017 yang berjumlah RM25,000. Penjimatan sebanyak RM14,640!

Nak kahwin nanti guna 2 dinar tu untuk mas kahwin, 12 dinar lagi tukarkan kepada wang kertas (jual balik) untuk hantaran, belanja kenduri, cetak kad kahwin, sewa khemah, katering dan sebagainya. Entah-entah boleh kahwin awal kot. Best laa!

Seeloknya perkahwinan tu buatlah secara kecil-kecilan lagi bagus. Ikut apa yang disarankan oleh Islam bukan ikut adat atau budaya.

Belanja kahwin pula jangan guna duit pinjaman sebab ada orang cakap dalam duit pinjaman ada unsur riba. Riba adalah haram dan takut perkahwinan jadi tak berkat. Sebab tu meminjam dan meletakkan wang hantaran yang tinggi tak digalakkan dalam Islam.

Kalau terpaksa meminjam juga hendaklah berpada-pada dan tak menyusahkan hidup kita kelak. Ambil pembiayaan peribadi cara Islam yang membabitkan akad jual beli atau sewa berbanding dengan membuat pinjaman biasa melalui bank yang membabitkan riba.

20 Comments

  1. ada seorang kenalan menggunakan dinar emas sebagai mas kawin utk isterinya… time tu harga murah lg kot.. sekarang ni mahal jgk kalau tgk harganya…. untung sapa yg dh beli awal… :)

    • @zie fauzi, betul tu.. memang untung sape2 yg beli awal.. beli emas memang takkan rugi.. kalau dulu orang perempuan je gila dengan emas @ barang kemas.. sekarang ni laki pon dah boleh jadi gila tgk barang kemas.. hehe.. sebab ramai yg dah nampak potensi emas.. untuk pelaburan..

    • @ProfHariz, kumpul duit sikit2 untuk dapatkan 1 dinar rasanya tak jadi masalah.. tapi kalau rasa belum mampu lagi, tak jadi masalah.. buat ikut kemampuan jangan sampai terseksa diri.. tapi kena ingat, lambat2 nanti harga dinar @ emas akan semakin naik.. hehe..

  2. Rasa macam ‘woah!’ bila dengar orang guna dinar emas sebagai hantaran kahwin. Jarang dibuat dek orang. Hehe.

  3. Salam bro,
    Menarik artikel ini bro..
    Kalau untuk simpanan bagus tapi untuk kawen kalu kaya takper..Islam pun menyuruh umatnya agar bersederhana dalam perkahwinan..kawen mahal2 tapi akhirnya bercerai lagi hampeh.. :) sekadar bagi pendapat jek :)

    • @Suhaimi Ismail, waalaikumussalam.. betul tu.. Islam memang galakkan kita bersederhana dalam semua hal termasuk perkahwinan.. tapi sekarang ni susah nak jumpa orang yang boleh bersederhana dalam bab kahwin.. kalau ada pun, mesti akan berlaku campur tangan orang lain atau ibu bapa dan akhirnya berkahwin jadi ikut standard harga macam budaya skrg.. bagi yang dapat elak semua tu, alhamdulillah..

      ini daripada pengalaman sendiri yg sedang saya lalui sekarang.. ikutkan nak buat biasa2 je untuk perkahwinan saya 2 bulan lagi tapi bila ada orang lain dah campur tangan, jadi terikut budaya perkahwinan sekarang yg kena guna banyak duit.. :cwy:

      sebab tu saje nak berkongsi cara kumpul duit kahwin ikut standard harga skrg dengan gunakan kaedah dinar emas ni.. kot2 boleh bantu sape2 yang ‘terpaksa’ berkahwin dgn harga macam tu..

  4. kalau sebagai hantaran tu mungkin boleh la kot.. tapi kalau belanja kahwin tu aku agak yakin mak bapak aku tak setuju haha

    • @topo, mak bapak aku pon tak setuju guna dinar.. aku kawin nanti pon guna duit biasa je.. hajat guna dinar tak kesampaian.. sedih.. :cwy: tapi takpe boleh teruskan kumpul emas lepas kahwin.. yeahh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *