AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Dinar Emas Untuk Perkahwinan

Dinar Emas Untuk Perkahwinan

06/07/2012 Anarm 20 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Aku baru baca entri pasal perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah. ‘Tertinggal bas’. Huhu.. Menarik juga sebab mas kahwin yang diberi adalah 3 Dinar Emas!

Jarang kita dengar mas kahwin guna dinar emas, kan? Biasanya orang sekarang guna wang kertas je. Mungkin tak ramai lagi yang tahu keistimewaan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin (mahar) dalam sesebuah perkahwinan.

mas kahwin dinar emas

Banyak kelebihan apabila menggunakan dinar (dan dirham). Selain ingin kembali kepada tradisi Islam, harganya juga sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dan boleh digunakan pada saat-saat kecemasan.

Tapi orang sekarang lebih kepada penggunaan wang kertas. Sepatutnya sebagai umat Islam perlulah menyebarkan dakwah Islam dalam akad nikah dengan menggunakan dinar sebagai mas kahwin.

Mungkin kita tak mampu buat seperti para pendakwah yang menyebarkan agama Islam, tetapi dengan menggunakan dinar emas dalam perkahwinan kita ada cara tersendiri untuk berdakwah memperkenalkan dinar sebagai satu usaha untuk menghidupkan sunnah Nabi.

Ia juga mampu menjauhi kita dari sistem riba yang banyak memberi kesan buruk kepada sistem ekonomi dan juga kewangan.

ISI KANDUNGAN hide
1 Penggunaan Dinar Emas Dalam Perkahwinan
2 Kos Perbelanjaan Kahwin
3 Guna Dinar Emas Untuk Belanja Kahwin
3.1 Anggaran Harga Dinar Tahun 2017

Penggunaan Dinar Emas Dalam Perkahwinan

Penggunaan dinar emas dalam perkahwinan adalah lebih digalakkan kerana:

  • Dinar ialah matawang Islam yang digunakan sejak zaman para Nabi.
  • Penggunaan dinar adalah antara sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Mempunyai kenaikan nilai dalam jangka masa panjang.
  • Dapat menyimpan emas sebagai pelaburan jangka panjang.
  • Dapat menaikkan lagi martabat matawang Islam.
  • Setiap dinar emas mempunyai tulisan Jawi di atasnya yang melambangkan dinar sebagai matawang Islam.
dinar emas

Dinar Emas

Dinar emas yang digunakan semasa berkahwin insyaAllah akan meningkat nilainya pada tahun-tahun akan datang.

Sebagai contoh perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah dengan mas kahwin 3 dinar emas berharga RM2,220. Sekarang ni harganya mungkin masih sebanyak tu. Tahun-tahun akan datang harganya bukan lagi RM2,220 tapi akan meningkat kerana purata kenaikan harga emas adalah lebih kurang 30% setahun.

Wang kertas boleh meningkat nilai macam tu? Makin susut nilai ada la. Ditambah pula dengan harga barang naik, kejap minyak pulak naik harga, lepas tu harga tol pulak naik. Duit yang kita kumpul lama-lama jadi semakin kurang nilai dan tak cukup untuk tampung belanja kenaikan harga semua tu.

Rahsia Jutawan Emas Terbongkar!

Kos Perbelanjaan Kahwin

Sekarang ni nak kahwin memang banyak perlu keluar duit. Tiap-tiap tahun kos untuk berkahwin rasanya memang asyik meningkat je. Kalau dulu-dulu lebih kurang RM2,000 dah cukup untuk belanja kahwin. Sekarang ni duit belanja kahwin dah jadi RM20,000. Ada sesetengah tu sampai RM30,000.

Itu pon ada jugak yang kata tak cukup, kena tambah lagi. Belanja tinggi sangat memang ramai la tak mampu nak berkahwin sebab tu banyak berlaku kes zina dan beranak luar nikah sebab ‘tak tahan’. Huhu..

belanja kahwin

Kalau ikut cara Islam berkahwin tak perlu kot keluar duit banyak macam tu. Tapi orang kita sekarang ni dah terlalu kuat ikut adat dan budaya yang bermacam-macam dan menyusahkan sampai kita yang nak berkahwin pun terasa macam satu bebanan.

Banyak nak kena buat itu ini bila nak berkahwin. Duit keluar pun laju je macam air terjun.

Guna Dinar Emas Untuk Belanja Kahwin

Untuk selesaikan masalah belanja kahwin yang banyak tu, dinar emas dapat bantu kita.

Katakan kita bercadang nak kahwin dalam tempoh 5 tahun lagi iaitu pada tahun 2017 dengan bajet sebanyak RM25,000. Ikut standard sekarang kot banyak ni. Susah juga nak kumpul.

Jadi, kita gunakan keistimewaan dan kelebihan yang ada pada dinar emas untuk dapatkan belanja kahwin sebanyak RM25,000 tu siap boleh kurangkan kos lagi.

Anggaran Harga Dinar Tahun 2017

Harga 1 dinar emas sekarang RM740 (ambil contoh harga dinar emas perkahwinan Irma dan Redza). Berapa dinar emas agaknya diperlukan untuk kahwin pada tahun 2017 yang berjumlah RM25,000?

(Andaian purata kenaikan harga emas 30% setahun)

= (harga 1 dinar X 30% X 5 tahun)

= (RM740 X 30% X 5 tahun) + (Nilai pokok RM740)

= RM1,850 ~ harga 1 dinar pada tahun 2017

= RM25,000 / RM1,850

= 13.51 @ 14 dinar emas berjumlah RM25K untuk belanja kahwin tahun 2017

 
Itu anggaran saja kalau purata kenaikan 30% setahun. Kalau kurang lagi perkara biasa sebab harga emas ada turun naik. Tapi kalau tengok untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa naik. Sekarang kita kira pula berapa harga + penjimatan yang kita dapat kalau kita beli 14 dinar emas tu bermula dari sekarang.

= RM740 X 14 dinar emas

= RM10,360

= RM25,000 – RM10,360

= RM14,640 penjimatan belanja kahwin!

 
Nampak tak macam mana dinar emas dapat bantu kita kumpul duit belanja kahwin?

Dengan mengeluarkan modal RM10,360 hari ni kita dapat biayai kos perkahwinan pada tahun 2017 yang berjumlah RM25,000. Penjimatan sebanyak RM14,640!

Nak kahwin nanti guna 2 dinar tu untuk mas kahwin, 12 dinar lagi tukarkan kepada wang kertas (jual balik) untuk hantaran, belanja kenduri, cetak kad kahwin, sewa khemah, katering dan sebagainya. Entah-entah boleh kahwin awal kot. Best laa!

Seeloknya perkahwinan tu buatlah secara kecil-kecilan lagi bagus. Ikut apa yang disarankan oleh Islam bukan ikut adat atau budaya.

Belanja kahwin pula jangan guna duit pinjaman sebab ada orang cakap dalam duit pinjaman ada unsur riba. Riba adalah haram dan takut perkahwinan jadi tak berkat. Sebab tu meminjam dan meletakkan wang hantaran yang tinggi tak digalakkan dalam Islam.

Kalau terpaksa meminjam juga hendaklah berpada-pada dan tak menyusahkan hidup kita kelak. Ambil pembiayaan peribadi cara Islam yang membabitkan akad jual beli atau sewa berbanding dengan membuat pinjaman biasa melalui bank yang membabitkan riba.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Wordless Wednesday #14 – Satu Dinar Emas

Kategori : Informasi Keyword : belanja kahwin, dinar emas, hantaran kahwin, harga dinar emas, mas kahwin dinar emas, pelaburan emas, pinjaman kahwin, purata kenaikan harga emas

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger Conference
Next article:
Kenapa Benci Hari Isnin?

20 Comments

  1. zie fauzi says

    12/07/2012 at 2:36 AM

    ada seorang kenalan menggunakan dinar emas sebagai mas kawin utk isterinya… time tu harga murah lg kot.. sekarang ni mahal jgk kalau tgk harganya…. untung sapa yg dh beli awal… :)

    Reply
    • Anarm says

      12/07/2012 at 2:42 AM

      @zie fauzi, betul tu.. memang untung sape2 yg beli awal.. beli emas memang takkan rugi.. kalau dulu orang perempuan je gila dengan emas @ barang kemas.. sekarang ni laki pon dah boleh jadi gila tgk barang kemas.. hehe.. sebab ramai yg dah nampak potensi emas.. untuk pelaburan..

      Reply
  2. Suraya says

    12/07/2012 at 1:06 AM

    bestnya kalau dapat dinar emas banyak macam dalam gambar tu..

    Reply
  3. daddydee says

    11/07/2012 at 10:29 PM

    wah menarik….dinar emas saya belum ada lagi..insyallah akan mula menabung ke arah itu selepas ini..

    Reply
  4. titan says

    10/07/2012 at 12:25 AM

    ok. esok nak cari dinar emas plakk. haha..

    Reply
  5. dennis says

    09/07/2012 at 9:19 PM

    Idea yang menarik. New knowledge…… huhu

    Reply
  6. eddie says

    09/07/2012 at 2:17 AM

    aku nak kahwin nnt pun pakai dinar…sudah siap beli awl2 hu3…aku pakai dinar kelantan

    Reply
    • Anarm says

      09/07/2012 at 4:13 AM

      @eddie, dinar kelantan pon ok je untuk perkahwinan.. nice!

      Reply
      • eddie says

        09/07/2012 at 1:09 PM

        @Anarm, mula2 tu ragu2 jugak nak pakai dinar sebab jarang orang buat…tapi tgok ramai dah orang yang buar mas kawin pakai dinar…aku dengan tunang aku on aje la…mak tunang aku pun dah setuju…

        Reply
  7. ProfHariz says

    09/07/2012 at 12:00 AM

    Sebenarnya aku target nak dapatkan dinar emas ni. Tapi masih belum mampu.

    Reply
    • Anarm says

      09/07/2012 at 4:12 AM

      @ProfHariz, kumpul duit sikit2 untuk dapatkan 1 dinar rasanya tak jadi masalah.. tapi kalau rasa belum mampu lagi, tak jadi masalah.. buat ikut kemampuan jangan sampai terseksa diri.. tapi kena ingat, lambat2 nanti harga dinar @ emas akan semakin naik.. hehe..

      Reply
  8. akubiomed says

    08/07/2012 at 9:56 PM

    Kalau hendak guna dinar emas boleh tapi pastikan nilai dinar emas tercatat pada dokumen. Kalau guna wang kertas senang hendak kira.

    Reply
  9. Jebeng Otai™ says

    06/07/2012 at 6:58 PM

    selain guna dinar boleh juga emas 999..kelebihannya boleh dipajak dimana2..xperlulah jual sbb ia leh digunkan utk tujuan lain kelak..huhu

    Reply
    • Anarm says

      06/07/2012 at 11:45 PM

      @Jebeng Otai™, Jual tu sebagai contoh je.. nak pajak pon boleh.. pajak adalah cara yang lebih bijak.. selain dinar, guna barang kemas pon ok jugak..

      Reply
  10. Fadzmie says

    06/07/2012 at 11:48 AM

    Rasa macam ‘woah!’ bila dengar orang guna dinar emas sebagai hantaran kahwin. Jarang dibuat dek orang. Hehe.

    Reply
    • Anarm says

      06/07/2012 at 12:03 PM

      @Fadzmie, tau takpe.. insyaAllah berkat perkahwinan tu sebab guna matawang Islam..

      Reply
  11. Suhaimi Ismail says

    06/07/2012 at 11:22 AM

    Salam bro,
    Menarik artikel ini bro..
    Kalau untuk simpanan bagus tapi untuk kawen kalu kaya takper..Islam pun menyuruh umatnya agar bersederhana dalam perkahwinan..kawen mahal2 tapi akhirnya bercerai lagi hampeh.. :) sekadar bagi pendapat jek :)

    Reply
    • Anarm says

      06/07/2012 at 12:01 PM

      @Suhaimi Ismail, waalaikumussalam.. betul tu.. Islam memang galakkan kita bersederhana dalam semua hal termasuk perkahwinan.. tapi sekarang ni susah nak jumpa orang yang boleh bersederhana dalam bab kahwin.. kalau ada pun, mesti akan berlaku campur tangan orang lain atau ibu bapa dan akhirnya berkahwin jadi ikut standard harga macam budaya skrg.. bagi yang dapat elak semua tu, alhamdulillah..

      ini daripada pengalaman sendiri yg sedang saya lalui sekarang.. ikutkan nak buat biasa2 je untuk perkahwinan saya 2 bulan lagi tapi bila ada orang lain dah campur tangan, jadi terikut budaya perkahwinan sekarang yg kena guna banyak duit.. :cwy:

      sebab tu saje nak berkongsi cara kumpul duit kahwin ikut standard harga skrg dengan gunakan kaedah dinar emas ni.. kot2 boleh bantu sape2 yang ‘terpaksa’ berkahwin dgn harga macam tu..

      Reply
  12. topo says

    06/07/2012 at 2:23 AM

    kalau sebagai hantaran tu mungkin boleh la kot.. tapi kalau belanja kahwin tu aku agak yakin mak bapak aku tak setuju haha

    Reply
    • Anarm says

      06/07/2012 at 2:29 AM

      @topo, mak bapak aku pon tak setuju guna dinar.. aku kawin nanti pon guna duit biasa je.. hajat guna dinar tak kesampaian.. sedih.. :cwy: tapi takpe boleh teruskan kumpul emas lepas kahwin.. yeahh..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy