Anugerah DiGi WWWOW 2014 Internet For All

DiGi WWWOW Awards kembali lagi. Kali ni agak berbeza berbanding tahun-tahun lepas.

Pencalonan DiGi WWWOW Awards 2014 tahun ni hanya ada 3 kategori yang akan dipertandingkan iaitu kategori E-Niaga (Commerce), Karya Digital (Content) dan Komuniti (Community).

Penyertaan dan undian bermula pada 1 April hingga 31 Mei 2014.

DiGi WWWOW Awards 2014

Pihak #DGWWWOW telah menetapkan syarat pencalonan bagi setiap kategori. Daftar penyertaan sekarang dan pilih kategori WWWOW yang sesuai dan layak untuk anda.

Rasa macam susah sikit tahun ni. Lebih mencabar.

Kategori E-Niaga (Commerce)

  • Anda mestilah memiliki perniagaan online untuk produk atau perkhidmatan
  • Perniagaan anda telah wujud melebihi 3 bulan
  • Menampilkan daya tarikan yang original, unik dan berkonsepkan tempatan
  • Menggunakan platform media sosial yang releven (contohnya blog, Facebook, Twitter atau mana-mana media interaktif yang lain)
  • Mengintegrasikan perniagaan dengan penggunaan pelbagai media sosial

Kategori Karya Digital (Content)

  • Anda memiliki karya digital sama ada secara individu atau berkumpulan
  • Kandungan karya digital mestilah original, unik dan berkonsepkan tempatan
  • Mestilah menampilkan inovasi dan kepakaran anda (seperti pengendalian kamera, lampu, bunyi atau suntingan)
  • Skrip dan/atau jalan cerita mestilah kreatif dan ditulis dengan baik
  • Karya anda mestilah mendapat sambutan dari segi bilangan pengikut

Kategori Komuniti (Community)

  • Memiliki perniagaan/organisasi secara online dengan tujuan kemasyarakatan
  • Menjalankan kempen/pertubuhan dana dengan online untuk misi kemasyarakatan
  • Menunjukkan hasil dan kesan utama tentang projek/perniagaan tersebut
  • Menggunakan pelbagai platform media sosial (seperti blog, Facebook, Twitter atau mana-mana media interaktif yang lain bertujuan mempromosikan projek komuniti secara inovatif)
  • Semestinya original, unik dan berkonsepkan tempatan. Juga mengintegrasikan perniagaan/projek dengan penggunaan pelbagai media sosial
  • Objektif memenuhi/melebihi matlamat melalui bantuan Internet

Kategori pencalonan DiGi WWWOW Awards 2014

Cara Penyertaan DiGi WWWOW Awards 2014

  1. Daftar online melalui Facebook, Twitter atau Google+
  2. Pilih Kategori dan hantar penyertaan/cadangan anda
  3. Tunggu email pengesahan daripada pihak DiGi WWWOW
  4. Peserta yang layak boleh mengakses Jurnal online WWWOW. Jawab soalan untuk setiap Kategori dan ubah serta lengkapkan penyertaan sebelum tarikh tutup
  5. Kongsikan penyertaan di media sosial untuk dapatkan undian daripada rakan-rakan
  6. 10 peserta akhir akan diumumkan dan setiap penyertaan/cadangan yang layak akan ke peringkat seterusnya
  7. Peserta akhir berpeluang membentangkan idea mereka kepada panel hakim yang juga merupakan pakar dalam industri ini
  8. Malam Anugerah akan diadakan bagi meraikan pemenang utama bagi setiap Kategori

Penyertaan DiGi WWWOW Awards 2014

Hadiah WWWOW Yang Bernilai

Hadiah yang bakal menanti pemenang DiGi WWWOW Awards 2014 memang best seperti pakej penginapan 3 hari 2 malam, hadiah wang tunai dan elaun pelaburan tunai bernilai RM5000, Samsung GALAXY Note 3 serta hadiah-hadiah lain.

Jom join DiGi WWWOW Awards 2014. Jangan lupa undi rakan-rakan blogger lain yang turut bertanding.

25 Comments

  1. makin lama makin giler anugerah wwoww nie.kah2.

    cukup2lah dgn apa aku terkena dgn digi WWWOW yang tidak WOW sgt ni. Gud laklah sape2 join :D

  2. okeh, mmg lain berbanding tahun sebelumnya dan lebih tough! ni bukan sekadar menang award malah dpt promosikan idea/bisnes. menarik

    • Betul.. Awards kali ni pun bukan sekadar dapatkan vote je.. Finalis akan berdepan dengan panel pakar untuk bentangkan idea tu..

      • Begitu ketat sekali setiap peserta perlu dinilai dan diadili, sampaikan kena buat pembentangan di depan juri lagi. Apapun gua join sekadar nak supaya ada yang mengenali blog pecisan ini je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *