Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Entri ni berkisar sedikit motivasi untuk korang dan juga diri aku sendiri. Kalau tengok dan baca tajuk entri kali ni, “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan“, mungkin korang rasa macam takde apa-apa perasaan sebab kata-kata tu dah terlalu familiar, dah terlalu biasa korang tengok dan dengar. Right?

Tapi bagi aku ianya amat luar biasa walaupun aku pon sama juga macam korang, memang dah biasa sangat dengar kata-kata “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan“, “Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih“, dan macam-macam lagi kata-kata semangat yang lain.

Video Penceramah Motivasi

Sejak kebelakangan ni, aku selalu buka YouTube tengok video motivasi daripada penceramah yang cukup aku kagumi iaitu Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Aku kerap dengar motivasi beliau di YouTube untuk motivate diri aku yang boleh dikatakan down akibat terlampau banyak masalah.

Beberapa minggu yang lepas baru je melayang beberapa ratus ringgit sebab terlanggar kereta orang. Rasa nak mengamuk je sebab kebetulan time tu aku tengah takde duit, dapat pulak dugaan camtu kan. Rasa nak mengamuk laa.

Tapi apa boleh buat, benda dah jadi. Sabar jela.

Oh ya.. Thanks to sahabat-sahabat yang sudi menolong time aku down hari tu. Walaupun tak dapat tolong dari segi kewangan, korang tetap sudi dengar dan kongsi masalah aku. Thanks banyak-banyak. wink

Kat ofis, dengan kerja-kerja yang ‘tak berapa banyak’, aku luangkan masa sabarkan diri, dengar motivasi daripada pakar-pakar. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ni aku selalu jugak dengar ceramah beliau kat TV dan radio time ‘tanam anggur’ kat kampung dulu. Huhuu..

Apa yang menarik aku nak kongsi dengan korang kat sini, related videos di YouTube berkait dengan motivasi.

Nick Vujicic, Pakar Motivasi

Aku terjumpa satu video yang kebetulan aku pernah tengok kat satu seminar motivasi yang aku join dulu. Walaupun video ni pendek je, tapi apa yang disampaikan memang sangat-sangat mendalam dan memberi motivasi yang sangat-sangat berkesan.

Jom sama-sama kita tengok.

Orang dalam video tadi nama dia Nick Vujicic, seorang pakar motivasi berasal dari Melbourne, Australia dan sudah melawat 24 negara untuk memberi ceramah di depan kira-kira 110,000 orang!

Insan yang tiada kaki dan tangan, dahulunya pernah cuba membunuh diri sebab rasa hidup untuk orang sepertinya adalah sia-sia, tetapi kini telah berjaya buktikan dirinya setanding malah mungkin lebih berjaya daripada manusia yang sempurna macam kita.

Sangat-sangat menakjubkan!

Nick VujicicWalaupun lahir sedemikian rupa, dia masih mempunyai kaki kecil di satu pahanya yang banyak membantunya menjalani kehidupan seharian. Nick Vujicic menggunakannya untuk menaip, juga memegang pen untuk menulis.

Saya menggelarnya ‘paha ayam’. Hidup saya akan menjadi begitu rumit tanpanya. Apabila berada di dalam air, saya akan terapung kerana 80 peratus badan saya adalah paru-paru dan ‘paha ayam’ saya bertindak sebagai kipas untuk menggerakkan saya,” kata Nick yang mempunyai ijazah dalam bidang Perancang Kewangan dan Hartanah.

Masa lalu beliau sangat-sangat menyedihkan. Ibu bapa Nick menghantarnya ke sekolah biasa. Nick sering diejek, dibuli oleh rakan sekolahnya hingga pernah satu ketika Nick bertindak melemaskan dirinya sendiri.

Saya begitu tertekan ketika berusia lapan tahun. Pernah saya menangis dan memberitahu ibu saya mahu membunuh diri. Saya marahkan Tuhan kerana menjadikan saya begini. Saya begitu takut jika ibu bapa saya tiada kelak. Banyak perkara yang saya tidak boleh lakukan. Saya merasakan tidak ada gunanya saya hidup. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Tanggapannya mengenai kehidupan mula berubah sama sekali ketika berusia 13 tahun selepas terbaca di akhbar kisah seorang lelaki yang berjaya mencapai kejayaan dan membantu ramai orang.

Sejak itu, Nick tidak menoleh ke belakang lagi. Dia yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat mempunyai ramai teman wanita dan mendapat banyak tumpuan apabila di luar.

Apa perasaan korang lepas baca kisah Nick Vujicic ni? Aku rasa mungkin akan memberi sedikit motivasi kepada diri korang.

Kalau tak cukup lagi motivasi tu, apa kata korang baca review seterusnya.

Men Of Honor

men of honorKorang pernah tak tengok cerita “Men Of Honor“? Lakonan mantap Robert De Niro dan Cuba Gooding Jr.

Cerita ni mengisahkan Carl Brashear (Cuba Gooding Jr.), seorang berkulit hitam yang bercita-cita nak jadi penyelam di US Navy.

Sejak kecil, dia berazam untuk jadi penyelam sedangkan ketika itu racism atau perkauman masih sangat kuat di dalam US Navy.

Dalam US Navy, untuk orang berkulit hitam hanya ada 3 option iaitu tukang masak, pembantu pegawai atau dipecat.

Dia menunjukkan bahawa dia memiliki kemampuan berenang yang tinggi berbanding rakan-rakan yang berkulit putih.

Ada Kemahuan, Pasti Ada Jalan

Peraturan yang ada iaitu ‘orang berkulit hitam tidak boleh jadi penyelam‘ beransur-ansur berubah kerana sikapnya yang bersungguh-sungguh mahukan jawatan sebagai penyelam US Navy hingga sanggup melakukan apa saja demi mencapai impiannya.

Rintangan demi rintangan dia harungi. Akhirnya, dia berjaya menjadi penyelam di US Navy dan sebelum meninggal dunia dia sudah menjadi penyelam pertama berkulit hitam yang memperoleh pangkat yang tinggi di US Navy.

Bagi yang belum tengok cerita ni, boleh la tengok. Sama-sama kita motivate diri kita untuk mengubah cara kita berfikir.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dan setiap jalan menuju kejayaan, ada rintangan-rintangannya yang perlu kita hadapi.

Semoga bermanfaat.

21 Comments

  1. samalah cam aku…kesiankan kt dia.
    .-= Post terbaru mydailyblog.info di blog beliau.. Anda Dofollow Atau Nofollow ! =-.

  2. Nick Vujicic tu mmg memberi motivasi, Men of Honor tu mmg cter terbaik, mengajar kite supaya jgn cepat putus asa. dah lame tak baca entri motivasi camni.thanks bro.
    .-= Post terbaru naz di blog beliau.. Demonstrasi demokrasi versi basi =-.

    • @naz,
      aku tgk video Nick tu rasa nak nangis je..
      Men Of Honor plak aku tgk smpai nangis2.. haha..
      memang yg terbaik! the best! hebat! :w00t:

  3. Org yg dilahirkn sebegitu pun kuat berusaha,
    kitanie yg sihat dan cergas macam mana pula?
    .-= Post terbaru mydailyblog.info di blog beliau.. Anda Dofollow Atau Nofollow ! =-.

    • @mydailyblog.info,
      aku rasa org mcm Nick tu berusaha sbb nk buktikan yg org mcm die, kurang upaya pn bleh berjaya jugak, bleh buat apa yg org lain bleh buat.
      yang sihat walafiat ni bleh dikatakan ramai yg malas sbb rasa diri dan sempurna kot. agaknye la..

  4. Video mamat yg xde tangan & kaki tu mmg femes..
    Big Boss kt tmpt aku keje pun forward email video mamat tu kt semua staff kt tmpt aku kerja…

    Pendek kata…bersyukurlah dengan apa yg ada…tetapi sentiasalah berusaha untuk menjadi lebih baik agar sentiasa maju ke hadapan dan tidak ketinggalan… :happy:
    .-= Post terbaru aktechpage.com di blog beliau.. 5 NetBook Pilihan aktechpage.com =-.

    • @aktechpage.com,
      sgt bagus tgk video berunsur motivasi..

      yup.. bersyukur dgn apa yg ada. kalau kite boleh dpt lg lebih drpd apa yg ada, so why not kite rebut peluang tu. kan? tp setiap tindakan ada risikonya. keyakinan tu kene ada!

  5. video tu memang makan dalam.. rasa bersyukur sangat2 ada anugerah kak, tangan dan anggota lain.. tu pun masih malas.. huhuhu… apa nak jadi laaa aku ni hehehe…
    .-= Post terbaru army4war di blog beliau.. enjoy THE SHOW of life!! with POKER FACE!! =-.

    • @army4war,
      biasa la tu.. dah rasa hidup dah sempurna kn,
      tu yg jadi malas2 tu.. hehe..
      btw, jgn malas2.. keje rajin2 ye akak gomen :tongue:

  6. baguslah cmtu, apa2 pun semua masalah boleh diselesaikan. jji hidup mesti pandai menerima qada dan qadar. “Men Of Honor“ lama tak tgk citer ni. mmg best gila lah.
    .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Kereta Impian Ku =-.

  7. membuatkan aku tercari-cari DFK kat Youtube. Hehe. :angry:
    .-= Post terbaru aman di blog beliau.. Kerjasama Yahoo-Microsoft Bertiup Kembali =-.

  8. insaf bace entri ni.hehe

    kawe mnt klu cuba gooding jr. blkon..serius dlm lawak

  9. video nick 2 mmg menyentuh ati :pouty: :sad:
    insaf seketika bila lihat dia
    org mcm dia boleh berjaya, ape tah lg org yg ckup sifat n sempurna
    jika dia boleh, kt pun pasti boleh
    tiada kejayaan datang bergolek tanpa usaha yg berterusan :smile: :smile:

Leave a Reply