Dapat Trafik Guna Duit Cara Hina?

Hari tu ada terbaca satu entri di blog Denaihati – “Guna Duit Dapat Trafik Cara Yang Hina“. Aku tak tau macam mana cara tu boleh dikatakan sebagai cara yang hina.

Bagi aku, cara yang Denaihati gunakan tu adalah bijak! Encik Denaihati ada kelebihan dari segi kewangan. So, apa salahnya dia guna kelebihan pada diri dia untuk dapatkan trafik blog.

Tarik Trafik Dengan Duit

Duit atau wang yang biasa Denaihati tawarkan kepada para blogger biasanya dibuat dalam bentuk contest atau peraduan. Ada ciri-ciri HINA ke dalam konsep yang dia guna tu? Takde kan?

Peraduan dah tentu perlu ada hadiah. Hadiah tu terpulang pada penganjur untuk tentukan sama ada nak beri hadiah dalam bentuk wang tunai, iPad, Galaxy Tab, coklat ke, tilam Vono ke atau sebagainya.

Kalau korang tak tau lagi beza antara dapatkan trafik dengan cara yang bijak atau dengan cara yang hina, meh sini aku nak explain sikit.

Dapatkan trafik dengan cara yang bijak ni salah satunya macam apa yang Denaihati buat. Dia banyak buat contest di blog dia. Korang pon tahu macam mana kuasa contest untuk sesebuah blog kan? Memang sangat-sangat berkesan untuk menjana trafik!

Tapi.. Yang menentukan contest tu berjaya ataupun tidak biasanya terletak pada HADIAH. Lagi lumayan hadiah yang ditawarkan, lagi banyak trafik yang kita boleh dapat. Confirm ramai yang akan join untuk berebut hadiah tu.

Ada sesetengah penganjur contest, dia letak syarat yang tak berbaloi kalau nak dibandingkan dengan hadiah. Contohnya kena buat tu, buat ni, follow benda tu, follow benda ni, lika Facebook page, subscribe itu ini, macam-macam lagilah.

Hadiah tak seberapa tapi nak suruh peserta contest buat macam-macam. HINA tau tak?

Tuan blog seronok la bila ramai yang subscribe blog dia, like Facebook page dia, dan lain-lain. Tolong jangan tertipu dengan cara yang macam ni. Tapi kalau rasa berbaloi, boleh teruskan join contest tu. Takde masalah.

Lagi cara dapat trafik yang hina adalah melalui entri blog yang copy paste dari blog lain, atau dari akhbar online, lepas tu ditokok tambah dengan tags lucah, keyword lucah, gambar lucah, atau sebagainya yang takde kaitan dengan entri.

Contohnya macam entri yang aku terbaca tadi. Kalau tak silap aku entri blog tu copy paste dari akhbar Kosmo tentang isu Facebook Jadi Medan Nafsu. Bila tengok tags kat bawah entri tu, dia tulis ramas tetek, gambar perempuan telanjang, perempuan tetek besar, dan lain-lain.

Dalam entri copy paste tu takde cerita pon pasal TETEK. Yang hang dok buta perut tulis keyword macam tu kat tags apehal? HINA GILA!! Kononnya SEO la tu. Kepala otak hang!

Last sekali, teknik dapat trafik cara hina adalah dengan tinggal link entri di bahagian komen blog orang lain. Siap senaraikan link entri-entri yang kononnya best kat blog dia. Dah jadi macam ‘Related Posts’ pulak aku tengok. Padahal entri tak best pun. Ada jugak entri sampah. Maaf la ye.

Bagi aku, cara macam ni memang teknik dapat trafik cara HINA!

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Merdeka

85 Comments

  1. zaman skrg ni mcam2 boleh jdi,
    klau nak teknik tngkatkan trafik boleh download percuma di banner dlm blog sya,
    thanks, :smile:

  2. Haha, kalau cara halal ok la beb.. ni ada blog yang post aurat orang sana sini, tak fikir tentang hukum agama, kabur mata dengan kejar popularity dan wang ringgit

  3. Betul la Bro,aku ada juga terjumpa blog yang menceritakan tentang dia klik iklan ansense banyak kali pada blog org kali sampai di Banned oleh google. Ini pun cara hina juga,menyusahkan orang lain,sedangkan org.lain tak kacau pun blog dia.

    Cara Denaihati memberi imbuhan kepada sesiapa memberi backlink,itu cara di,malah tak menyusahkan sesiapa pun.Kita mempunyai hak masing2 cara bagai mana hendak mencari backlink,selagi kita tidak menyusahkan orang lain.

    Ini pandangan saya,kalau salah tolong tekur?

  4. pelbagai teknik blogger guna utk up traffic blog dorang..tp kena ikut cara yang ikhlas dlm hati jgn hentam semborono sja.. :cheerful:

  5. Rasanya itu bukan cara hina (cara bro Denai) tapi habuan atau ganjaran :happy:
    Yang lain itu memang hina sangat2 lah :whistle:

  6. haha, bagi aku kite dapatkan trafik dengan duit takde masalah, Traffi = Duit, tak kire lah duit masuk atau keluar. Its really simple as a.b.c

    tapi aku sokong pendapat bro tentang keyword, tu bukan cara yang betul.

  7. xda yg hina kalau guna duit unt dpt traffik kalau owner blog berkemampuan…yg hina ialah blogger yg menghalalkan pelbagai cara unt dapat traffik seperti menggunakan porn dan sbgnya.

    aku kalau mampu mmg akan guna duit untuk dptkan traffik dsbnya :wink:

  8. mungkin orang tu dengki dengan kehebatan DenaiHati.
    normallah hadiah berupa wang untuk contest. dia kena faham tu

  9. biasalah tu…orang malaysia la katakan…hasad dengki penuh…walaupun xsuma…tp tetap akan ada…sabar jelah…bab seo la konon…terbaiklah…keyword xda kaitan pun buh…memang melampau la…haha…HINA SANGAT….nice bro…

  10. ahaha well said bro

    aku anggap mereka yg guna keyword lucah utk entri bukan lucah ni sama mcm kaki rasuah.
    guna cara haram nk dptkan rezeki yg halal.so kesimpulannya,haram :cheerful:

  11. huhu sape la yang kata tuh cara hina ek. tapi apa-apa pun sokong entri nih. memang betul semuanya.

  12. wuu marah benar bunyinya… biar ar diorang yang bergelar trafik hunter, pelacur blogger atau yang sewaktu dengannya tu. Tak ke mana pun diorang tu.. jap je naik.. last-last down ar..
    .

  13. lorh, apsal jadik masalah plak kalo gune duit nak dapat trafik? abes tue advertisement tue menatang apa? free of charge ke?

  14. Saya menulis ikhlas wooo… insyaAllah x copy paste. -____-”
    Kalau ada yang copy pun konfem lirik lagu je huhuhu

    • @bubbles182, boleh je kalau nak copy paste.. tapi buat dengan cara beradab.. bagi credit.. tapi kalau boleh, jangan la amalkan keje2 copy paste ni.. takut jadi amalan plak nanti.. tak best la..

  15. setuju ngan ko, pasal guna duit tu xder masalah pon, malah x hina pon, yg hina adalah copy paste pastu keyword tipu, hehehe,

  16. Rasanya tak salah jugak kalau guna duit pun. Website mat saleh banyak je yg beli tros Backlinks dr website2 PR1 & PR2

  17. aku dah bangkitkan isu ni kat blog aku lama dah…ada gak blogger-blogger yang dah ‘otai’ tu masih hot search lagi keyword-keyword gitu kat blog dia…gelak sorang-sorang aku tengok.muahaha…

  18. mungkin kurangnya pemikiran terbuka yang menyebabkan si pulan tu mengeluarkan kata2 yang kurang disenangi oleh rakan blogger.apapun mungkin cara yang dia gunakan jauh lebih baik dari orang lain.nak je aku tengok blog si pulan tu.hehe… :biggrin:

    • @ohcikgu,

      agakla..mungkin dengki ke,xpuas hati xmenang ke..so ckp la gitu..dapat trafik guna duit cara hina..tapi kalau tengok pengiklan,diorang pakai duit jugak untuk dapat trafik n sale utk produk diorg..xckp hina lak..hehehe

  19. Mcm-mcm la bloggers yang x tau adab ni…. mmg x pttla..harap teman sendiri tak jd macm depa2 tu. :ninja:

    Selamat hari raya bro Anarm. :lol:

  20. sapa nk buat contest dapat hadiah duit, baguslah, lagipun tu cara bijak dapat trafik dan dikira sebagai pelaburan. cuma pastikan kualiti.. kualiti, kualiti.
    aku setuju sangat dengan entri ni, :heart:
    err. gila punye orang guna seo lucah cmtu. :pinch:

  21. ada hari tu jumpa blog tu kan dia guna keyword lucah ni..erm sedangkan tak de apa2 pun…herm..mcm mana tu ya?

  22. mental lah kalau guna duit cara hina.. kalau hadiah berbaloi dengan syarat tak mungkin orang tolak.. skill bro denaihati tu ada win-win situation..macam business atau sponsorship.. entri lucah pn aku bengang gak lagi2 kalau kat triberr..

  23. Hahaha… Yg tipu menipu tu ak setuju… Tp bab copy article kat on9 news tu sorry ak mmg amat x setuju… coz sharing x salah kn :D :heart:

    • @Izzuddin Fauzi, sharing memang tak salah.. cuma sikap copy paste tu je yg kurang digemari ramai.. try tengok blogger2 yang betul2 “beretika”.. diorang takkan buat entri sekadar copy paste dari online news atau dari sumber2 lain.. tapi diorang cuba ulas balik apa yang ditulis dalam berita tu.. ulasan dengan pendapat atau pandangan atas isu yang dalam berita tu ke, atau sebagainya.. sertakan link ke artikel asal ke.. kalau setakat copy paste sebijik 100% macam tu je, sape2 pon boleh buat..

      aktiviti copy paste artikel ni kalau tak silap aku termasuk sekali dalam Akta Hakcipta.. silap haribulan, owner karya yang kena copy paste tu amik tindakan undang2 kat kita, time tu baru nak menyesal memang dah terlambat.. sebab tu la orang dok kata jangan copy paste, jangan copy paste.. sebagai peringatan kepada semua..

  24. ermm terbaik entri nih ! :)

    well, traffik yg mudah org dpt senang lenang adalah lucah..
    bkn traffik je dpt, dosa pon dapat mencanak canak woo :)

  25. dlu masa bro denaihati post benda ini kat wall dia,teringin jgk nk tulis pasal benda ini..tapi mood nak menulis tak ada pulak..btw,pendapat kita lebih kurang sama lah….

    • @Faisal 2dayblogger, aku pon baru hari ni ade mood nak menulis.. hari tu dah baca entri Denaihati tu tapi kurang rajin nak mengulas.. lepas terbaca entri copy paste kat satu blog siang tadi, tiba2 jadi emosi, terus datang mood menulis..

      yang ni pendapat aku je.. kalau ade pendapat lain atau pendapat tambahan, boleh share.. silakan..

  26. he..23x terbaik punya….

    Main la keyword lucah tue berbanyak.. dapat trafiki tinggi pun nak buat apa… Innity pun dah pandai check requirement dah sekarang nie…

    Ke jual product penguat tenaga…

  27. baru duk bincang psl blogger yg suke buat blog copy-paste dr sumber brita…pastu bajet power seo…ppuihhh!~ haha

    • @Haru, ko cakap camtu buat aku tergelak.. ada blog aku penah baca dia bangga trafik blog dia makin lama makin naik.. buat tutorial mcm mana nak tingkatkan trafik.. siap ajar org tuuu.. haha.. sekali tengok keyword, tengok tags, terang2 nampak ‘sesuatu’ yang tidak senonoh di situ.. bende tak senonoh memang cepat je dapat trafik..

  28. SalamX…

    Bagi aku ler, org yang cakap macam ni (guna duit untuk dapatkan trafik adalah HINA) merupakan orang yang jeles. Bukan nak cakap aper la, cuma mungkin org yg ckp macam ayat diatas tu kurang duit nak buat contest atau apa2. Jadi disebabkan kejelesan yang melampau, tu yg jadi ayat kat atas tu.

    Same goes tu keyword lucah. Aku pernah baca satu entri di Malaysia top blogger yg guna taktik macam ni, guna keyword lucah giler (dekat bahagian tag) padahal entri dia jauh dari keyword. Tapi takdelah sampai tahap entri sampai.

    Cuma, aku nak tanya pendapat bro la kan, kalau guna entri tag lucah, adakah akan effect parental control Google atau firewall dan sebagainya?

    • @Omar, kalau kurang duit untuk buat contest, boleh cuba dapatkan tukang sponsor.. tapi tukang sponsor rasanya takkan sponsor secara percuma.. mesti ada jugak yang dia nak dari kita.. mungkin minta tolong promote sesuatu ke, atau apa2 saja yang dia nak.. pandai2 la bincang..

      kalau terlalu kerap guna tags dan keyword lucah, aku rasa boleh effect juga pada parental control Google.. pada Firewall atau sebagainya tu aku tak pasti..

    • @Manan Qayyim, waalaikumussalam.. saje je nak mengingatkan antara satu sama lain.. mana la tau kot2 nanti ada sape2 yang persoalkan pendapatan atau apa2 hasil yang kita dapat daripada blog.. kita tahu kita dapat semua tu dari jalan yang betul.. orang nak kata apa, terpulang.. kalau kita guna taktik kotor, bila orang persoalkan, nanti kita jugak yang susah.. lagipon bende2 blogging ni kan boleh dibawa ke akhirat.. so takleh main2.. takut termakan hasil yang tak berkat je..

  29. Satu entri yang cukup padat, dan nasihat pada blogger lain jgn buat skill cam ni, =D, contoh cam Anarm Dah pro, Tgk Cam aku x Pro2

  30. Denaihati guna teknik yang betul dan bijak dalm mencari traffik..kira win-win situation..marketing philosopy pun begitu..

    Yang harunya bila mana blogger menggunakan cara yang melampau spt yg disebutkan diatas..

    Aku pernah terjumpa komen yang pendek..tp link nak promote blog dia bukan men banyak..

  31. wah,…macam berang je..terlebih makan rendang ni bro..hehe..
    cool2..anyway betul point2 diatas..pada aku keyword panas lucah ni membosankan,..pancing trafik cara menipu..memang teruk..
    cuba guna keyword yang betul..atleast membantu kalau betul2 yang dicari itu dijumpai..
    anyway selamat hari raya bro :)

    • @afendi, aku ingat nak letak sekali screenshot blog yg ada keyword tetek tu.. haha.. tapi pikir2 balik, tak jadi ah.. malas..

      selamat hari raya jugak.. maaf zahir dan batin..

      • @Anarm, letakkan je bro..biar pengajaran sikit..aku panas gak keyword tipu blog2 malaysia ni..tak membantu carian yang sebenar pun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *