Dapat Duit Online Lagi Masuk PayPal

Akaun PayPal aku dapat duit online lagi pagi tadi. Alhamdulillah. Rasanya kali ni paling banyak duit masuk dalam akaun PayPal aku.

Duit Online PayPal

Terus aku guna duit tu buat transfer domain terakhir yang ada di web hosting lama, beli satu lagi domain baru dengan Namecheap dan ada buat shopping online sikit-sikit.

Kalau ada sesiapa nak transfer domain atau beli domain dengan Namecheap boleh guna coupon code DEDOMAIN untuk dapatkan diskaun sikit. Coupon code tu hanya sah untuk bulan June 2012 dan untuk domain .com/.net/.org/.biz sahaja.

Program Buat Duit Online

Ada banyak program buat duit online yang aku dah join untuk buat duit melalui internet. Rasanya ramai lagi yang tak tahu atau tak yakin dan hanya bergantung pada Nuffnang dan ChurpChurp je untuk buat duit online. Sedangkan program-program buat duit dari luar negara menjanjikan lebih peluang untuk kita buat duit melalui internet.

Sesetengah tu cuma perlukan akaun PayPal untuk cashout duit. Bukan susah pun nak buat akaun PayPal. Kerja yang perlu dibuat pun biasanya sangat mudah dan senang.

Untung rasanya sepanjang melakukan aktiviti online dari dulu sampai sekarang dah banyak dapat kumpul duit melalui internet. Tapi sekarang ni sejak dah pandai shopping online sekejap je duit dalam akaun PayPal tu ‘hilang’. Macam ada toyol curi. Hehe..

Walau apapun, syukur Alhamdulillah dengan rezeki duit online yang Allah bagi ni boleh juga diguna untuk bayar web hosting, beli domain, shopping online beli barang-barang dan macam-macam lagi.

Ada juga sesetengah program buat duit online hanya menipu orang ramai. Sebelum join, kena check betul-betul dulu (guna carian Google, dan lain-lain) untuk pastikan sama ada program tu boleh dipercayai ataupun tidak. Kalau jenis yang dah ada bukti tak bagi bayaran, tak payah join. Buang masa je.

21 Comments

  1. wahhhhh banyak usd tuu.. saya dah ada paypal, tapi tak tau nak bisnes apa yg paling best.. ada recommendation for me?

  2. Ape program yg boleh buat duit tue…. kongsi laaa sikit, kadang2 teringin juga try benda baru tp takuttt… kalau ade sapa2 yg kenal suggest.. yakin sikit.

    Article:Kita Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook! Kenapa? | Nur Diana’s Collections

Leave a Reply