Semua orang teringin nak buat duit dengan hanya mengadap komputer bermain Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya, kan? Termasuk la aku yang bermata duitan ni. Haha..
Entri ni dibuat sekadar untuk ‘show off’ hasil pendapatan yang aku dapat sepanjang meluangkan masa bermain dengan blog, Facebook, SponsoredTweets, Nuffnang, Advertlets, 8share, ChurpChurp, dan bermacam-macam lagi program buat duit di internet.
Aku rasa ramai blogger dan pengguna internet yang dah berjaya buat duit melalui internet. Ada yang dapat hasil yang banyak, ada yang cukup untuk melayakkan diri mendapat gelaran “The Jobless Guy”, dan ada juga yang sekadar cukup-cukup makan.
Walau apa pun, sesiapa yang dah berjaya buat duit melalui internet aku rasa dia memang hebat sebab berjaya menjana wang dengan hanya online di depan komputer. Baru la tak rasa membuang masa sebab setiap aktiviti yang kita buat di internet memberi hasil kepada kita.
Alang-alang bermain internet, biar sampai dapat duit. Betul tak?
CEK DARIPADA NUFFNANG
Atas ni gambar cek yang aku dapat daripada Nuffnang.
Bagi yang belum tahu apa itu Nuffnang, ianya merupakan program pengiklanan di blog yang akan membayar duit kepada korang.
Hanya ‘copy’ code yang disediakan di laman Nuffnang dan ‘paste’ ke dalam blog korang, dan iklan yang mampu menghasilkan duit akan kelihatan di blog korang.
Di samping itu akan mencantikkan lagi blog korang dengan color menarik banner-banner iklan tersebut. Untuk details yang lebih lanjut, sila google APA ITU NUFFNANG.
CEK DARIPADA CHURPCHURP
Yang ni pulak cek yang diterima daripada ChurpChurp. ChurpChurp ni memang terkenal di kalangan pengguna-pengguna Twitter sebab ianya lebih ‘mengganas’ di Twitter dalam aktiviti membuat duit internet.
Cek ni merupakan income pertama yang aku dapat daripada ChurpChurp dan sekarang ni dah pon sampai tahap yang membolehkan aku ‘cashout’ untuk kali kedua!
Tapi aku ingat nak kumpul dulu banyak-banyak, baru rasa best sikit terima cek yang ada banyak angka.
ChurpChurp ada membuat contest baru-baru ni dan aku salah seorang daripada pemenang contest ChurpChurp tu.
Pemenang tempat pertama disandang oleh Encik Wanmus yang menerima hadiah berjumlah RM1,000 yang terus dimasukkan ke dalam akaun ChurpChurp beliau.
Kalau la aku yang dapat RM1K tu…. perghhh!! Macam bermimpi kot.
Menang RM100 pun rasa macam tak percaya sangat-sangat sampai terima DM daripada @Churp2 yang memberitahu bahawa ianya adalah kenyataan dan bukan sekadar mimpi di siang hari.
I’M A WINNER! THANKS CHURPCHURP!
Siapa belum ada akaun Twitter, aku rasa baik korang daftar sekarang di Twitter.com dan daftar juga 1 akaun di ChurpChurp.com untuk membolehkan korang mula menjana wang internet tanpa sebarang kos mahupun down payment.
Baca entri “Tutorial cara buat duit dengan ChurpChurp” untuk lebih faham bagaimana nak menjana wang melalui program ChurpChurp ni.
Kalau rasa tak paham-paham jugak lepas baca entri tu, molek bebenor korang pergi download ebook lengkap mengenai Twitter dan ChurpChurp yang dikongsikan secara ikhlas oleh Encik Wanmus di laman web DuitTwitter.com.
Tentang program buat duit internet seperti 8share, SponsoredTweets dan lain-lain, aku akan cuba update dari semasa ke semasa kalau tak malas. Kebanyakannya menggunakan Twitter sebagai platform untuk buat duit.
Thanks to rakan blogger AnarmNet kerana berkongsi info dan ilmu pengetahuan tentang blog.
Also to my guru, Zulseffort, thanks sebab dah banyak mengajar cara-cara menggunakan Twitter, mendedahkan rahsia-rahsia dan tips-tips dalam Twitter, serta mengajar cara-cara make money with Twitter sambil makan karipap depan laptop!
PS: Siapa entah pernah cakap kat aku, buat duit melalui internet ni adalah satu perkara yang sangat mustahil. Yeke?
Seronok bila turut serta menghadirkan diri di upacara Open House rakan-rakan Twitter. Terima kasih kepada yang sudi menjemput. Lauk pauk, kuih muih, semua sedap-sedap belaka. Tahun depan buat lagi ek..
Hello Abg2 semua..sye asyraaf sye bru berkecimpung dalam churp2 n nuffnang nie..sye perlukan tunjuk aja dari abg2 semua utk pakai churp2 nie…:cwy:..tlg aja sye eh..sye masih kecik bru 16
Info menarik, boleh jadi kaya lah lepas ni
congrat .best juga dapat wang
“..Bawak-bawak la keluar kejap sedut udara segar. Jangan asyik hidup dalam dunia sendiri je sampai tak hiraukan dunia luar yang penuh dengan duit muit..”
best ayat ni. sesuai untuk mereka yang selalu tak percaya dengan mereka yang boleh buat duit dengan internet
wahh bestnyer dah dapat payment dari churpchurp..sy lambat lagi nak merasa..
Bro Anarm, memang hebat!!!
Dah lama pasang Nuffnang then baru realise salah setting kerana kesilapan itu saya kerugiaan
@akubiomed, nasib baik sempat realise.. so, perbetulkan mana yang silap tu.. banyak masa lagi untuk jana wang dengan nuffnang.. :happy:
ramai gila org komen pasal churp2.
chupr2 aku biarkan je.. malas aku pkai bende tu.. cam tak best je.. baik pakau hootsuite.. huhu
@Sadieqz, hootsuite tu twitter client.. guna untuk tweet2.. churp2 ni pulak bukan twitter client.. churp2 ni program buat duit menggunakan twitter..
Best giler buat duit online… cayalah Anarm…
salam….wah seronoknya dapat duit..saya pun nak juga…
sedihkan.. dah hampir 1 1/2 thn… tak gak berjaya cash out duit Churp2…hehehehe
maka..kene la tunggu lag…hahahaha
Buat masa ni cuma cuba churpchurp je dulu untuk platorm twitter..mungkin akan cuba yg lain juga..takut scam je..
wow…kalau aku yg dapat kan bagus…nak beli DSLR ni huhu..bila la impian akan jadi kenyataan
wuyooo,die da dapat duit..meh la blanje orang *wink2
hahaha,aku punye NN ngan CC dah malas nak jage,bia camtu je.hehehe
Xpenah dapat…
thanks bro.
aku pun baru reg twitter, churp2 ngn sponsored tweets. hehe.
Aku pun dah dapat hasil dari Nuffnang
churp-churp otw la tak lama lagi
bakpo perlu blur kan bilangan duit tu??xyoh blur2 laaa…hahaha :wub:
@apiih, takut nati keno bayar cukai.. keh3..
Berbaloi lah kan
Siang petang pagi malam berkempen haha
waa sifuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
congratz bro..saya dpt saguhati je..tuhpun dah happy giler..hik3…Churp2/Nuffnang rockss…
Dasat tul ya! Bole jadi sifu aku tak? huhu
@ST, churpchurp ni rasanya tak perlu nak bersifu2.. just setelkan je campaign yang churpchurp bagi.. dan jangan lupa tambah bilangan follower.. lagi ramai follower, lagi mantap.. :wink:
tahniah anarm, blog pun dapat income, twitter pun dapat income! :)
@zuls, sama2.. income yang dapat ni cadangnya nak buat bukak ‘cawangan’ blog.. tapi dalam perancangan lagi.. hehe..
@Anarm, hehe bukak cawangan tu memang bagus , dah ada niche ke?
pergh…kayalah camni…haha…aku nak gak…hehe
hehe, aku pun berminat gak sebenarnye ngan churpchurp nie.. tapi malangnya aku tak suke sangat pakai twitter.. follower pun x sampai 100.. haha!
@samanosuke_04, oleh sebab tak suke sangat pakai twitter, so susah sikit la kot nak buat duit dengan churpchurp.. sebab churpchurp lebih banyak bagi duit kat twitter.. churpchurp kat facebook ade, tapi buat masa ni rasanya takde lagi yang dapat apa2 campaign kat facebook.. campaign kat twitter je yang banyak dapat..
oooo..
patut lama menyepi kat FB tu..
tengah syiok enjoy eea..hehe
@syahrilhafiz, aku memang kurang layan FB skrg ni.. byk buang masa kt twitter je.. tp kadang2 ade gak la bukak FB.. pastu memang tak buat keje dah.. terus melekat kt FB.. sbb tu jarang bukak.. ketagih!! haha
seronok main tenet dapt duit,aku yang x prnah cashout lagi ngan nuff ni..sabar2
giler la bro.. sambil2 layan internet boleh buat duit.. ajar sket.. hee..
apa2 pun, tahniah bro.. bila dah nampak hasil camni, semangat sket nak buat dgn lebih serius..
blom cuba blom tahu..banyak da mereka yg hebat key hidup dgn blogging je..yg penting pandai amik peluang..jgn asik pndang rendah je..
tahniah sesape yg menang…ko pun menang jgk kn?belanja pliz…hahaha
sekarang nie hanya churp2 ngan nuff jer aku register…tp tak serius sangat…hurm dari pembacaan sebelum nie..ramai dah berjaya cash out..so leh lah sesapa nal cari duit sampingan…hhee
@Sir Marcello, memang ramai yg dah berjaya cashout.. churp2 & nuffnang memang banyak duit.. huhu
Tahniah Bro.. Tapi apa yang aku tahu.. Churp2 nie kena ada follower ramai tol ke?
@ProfHariz, bayangkan… contoh.. ko ade 100 org follower.. so, campaign churp2 ko tu akan tersebar kat 100 org je.. kalau ko ade 1000 org follower pulak, campaign churp2 tu akan tersebar kat 1000 org.. so, mane satu yg lagi best? mane satu yg akan dapat lebih byk klik? 100 follower atau 1000 follower?
Salam anarm, wah2 masyuk….blh lanja coki2 nnti kan :biggrin:
@yanmie, coki2 je? hehe.. :tongue:
wah dapat banyak gak tuh…. aku tak dapat lagi.. churp2 baru berapa hengget… tapi masyuk gakla ….kena rajin tweet2 nie… n tambah follower.
@zik, tambah follower tu penting kalau nk buat duit dengan twitter..
kawe baru jah td gi amik duit churpchurp..hehe baru clear dale akaun..kalu ado awek, memang akan blnja dah awek hehe :cool:
@x-po, simpan.. simpan.. wat guno time darurat.. nok nikoh nanti ko.. mano la tau kan.. huhu..
my sifuu!! kaya kaya! nak sikit!! T__T
aku baru je cashout untuk pertama kali cupcup..
tggu cek je.. rasa teruja sebab pestime dpt duit dari internet.. :w00t:
@yash, ko ni tak abis2 ngan sifuu.. hahaha.. update blog weh.. jemu dah aku tengok ko punye link entri asyik same je kat commentluv.. hak3..
wah menjadi jugak ye jana pendapatan dari internet ni.. cayalah! :biggrin:
@Fitrihadi.com, memang menjadi.. kalau tak dapat banyak, dapat sikit.. tapi memang pasti akan dapat.. kalau tak dapat2 jugak, tu mesti ada yang tak kene tu.. kene rajin sikit kot.. hehe..
waa boleh dicoba nih.. kerja sambilan :whistle:
wow!!!..bestnya dapat duit..
aku ada churpchurp gak..
tapi follower aku cikit r..
satu ‘kerja’ dapat xsampai RM1 pun….
mungkin bila dah ada cucu baru bleh cashout kot…hehehe
@tag heuer, so.. tambah la lagi follower tu.. lagi ramai lagi best.. huhu..
aku baru je register..ekekeke..nk try sejauh mana kerajinan aku ngn churp2 ni..nuffnang dah lama dah bertapak kat blog aku tp x masyuk je lg..huhuhuhu
@bistari, takpe.. pelan2 kayuh.. hehe..
aku dpt saguhati gak utk churpchurp tu. x cashout lagi. tunggu balik malaysia dulu la..
@Amir Said, kumpul banyak2 dulu.. balik malaysia nanti baru cashout.. pastu bleh belanja aku.. wakakaka..
Steady laa.. aku pun lambat lagi nak cash out nuffnang aku nie.. churp2 punya lagi lambat laa…
@h3r0, sila tambah lagi follower kat twitter..
oh, thnaxx anarm.net coz tghri tadi google pasal churp churp, 1st time ni! Tak paham then jumpa blog anarm dan baca satu persatu, baru lah saya faham, thanxx ya! :)
@Ieda Al-Habsyi, sama2.. info yg memberi manfaat memang perlu dikongsi..
woah!! menang contest churp2 hari tu pun dah kira ok, apatah lagi dpt 1k macam wanmus.
apa rahsia teknik2 buat duit dgn twitter? nak cedok2 sket hehe
@Amirez, nk buat duit dgn twitter? tips yg utama sekali, banyakkan follower.. :wink:
@Anarm, ok. apa pulak tips meramaikan follower :biggrin:
@Amirez, follow lebih ramai orang.. salah satu tips yg anarm ajar gua, lepas kita follow org tu, mention kat die yg kita dah follow die.. contoh: “gua dah follow @amirez di twitter”.. nanti bila org tu baca mention yg kita hantar, mungkin die akan follow kita balik.. so, jadi bertambah la follower kita.. kan? kan? kalau kita klik follow pastu diam je, org yg kita follow tu mungkin xtau yg kita dah follow die.. dan die pon takkan follow balik.. tak semua org set notification email utk info tentang follower baru..
so far, tips yg anarm ajar tu memang menjadi.. byk lagi nk kene belajar dengan sifu twitter ni.. hehe
:biggrin: best… heheeee tggu gak ni nuffnang pnye cashout (timing kene btui) haha
@mummy nana, btol tu.. timing kene btol.. kalau tersilap timing, lambat la terima duit..
dari on9 buang masa, kita boleh jana duit jugak kan.. :D
@serol, mcm2 cara bleh buat duit dengan internet.. memandangkan aku lebih byk habiskan masa di twitter, so.. jadikan twitter tu platform untuk buat duit.. tips2 dan cara2 buat duit tu pon aku rasa dah berlambak dikongsi oleh blogger2.. just google it
hehe…memang best dan tka percaya pulak dapat 1K macam tu..alhamdulillah, rezeki raya :)
@wanmus, alhamdulillah.. perkongsian ebook tu memang tepat pada masa.. tahniah.. 1K tu buat ape? beli baju baru untuk wife ke? :tongue:
@Anarm, tuh kene tunggu dapat nanti, maybe bulan 11 baru dapat..xtau lagi nak wat ape..hehe..bayar kereta n beli something kot..
churp2 aku dah terbiar aje.. esemen byk mls buat.. gyahahahaha~ NN aku dah ban.. hahahaha
anarm idola buat duit online! saya akan mencontohi kamu hohohoo
aku tak pernah nak dapat duit banyak2 mcm ko
@Luth Textile, contohilah org yg lebih hebat.. aku noob lagi.. huhu..