Dah Lama Tak Makan Durian

Beberapa hari lepas aku dan budak-budak opis pergi ke dusun durian kepunyaan kakak kepada salah seorang rakan sepejabat aku ni. Tapi bila sampai sana terasa hampa tak dapat masuk dusun durian sebab jalan nak ke dusun dinaiki air akibat hujan.

Baru ingat nak feeling makan durian bawah pokok.

dusun durian

Walaupun tak dapat masuk dusun tapi dapat juga makan durian yang dah diambil dari dusun tu. Punya la banyak aku makan durian hari tu sampai malam tak boleh nak tidur sebab satu badan terasa panas dan berpeluh-peluh.

Dah lama aku tak makan durian. Berapa banyak aku dah makan hari tu aku pun tak tahu. Berhantu betul buah durian ni. Bila dah makan satu, makan lagi satu, lepas tu dah hilang pertimbangan sampai tak tahu berapa banyak dah telan.

durian raja buah tempatan

Tambah pulak durian dia sedap, rasa lemak manis, warna isi dia pun cantik kuning keemasan je.

Durian dah ada depan mata memang geram dibuatnya. Takkan nak tengok je. Makan jela walaupun ada orang cakap yang ada masalah darah tinggi macam aku ni tak berapa elok makan durian.

Lepas dah tak larat nak makan durian, kitorang melantak buah rambutan dan manggis pulak. Sampai tak larat nak makan dah. Perut kenyang sampai ke malam.

buah rambutan buah manggis

Tips Elak Rasa Panas lepas Makan Durian

1. Makan buah manggis selepas makan durian
2. Minum air yang diisi dalam kulit durian

Ada juga bawa balik 2 biji durian untuk isteri tercinta lepas tu aku makan lagi dengan isteri pulak. Dia makan sikit je dah kenyang sebab isi buah durian tu tebal.

Berair dah mulut aku tulis entri tentang durian. Rasa nak makan durian lagi…

46 Comments

  1. saya beli durian penuh satu bonet.

    tapi saya letak dalam contest cikai saya..jika bro sudi marilah teka jumlah durian dalam bonet dan harganya.

    wife saya mmg suka makan durian tapi bila dah dijadikan benda lain dia dah tak minat

  2. anarm ada darah tinggi ? kena jaga2 tu …

    .. makan durian dan manggis tk elok jugak , mak sy ckp .. nanti dia berlawan , sejuk dan panas terus demam .. hehe org tua2 ckp le ..

    • @puanbee, Ha’ah.. Ada darah tinggi. Hari tu dah kena marah dengan nurse sebab buat taktauuu je walaupun ada darah tinggi, tak makan ubat.. Lalalalalaa..

      Makan durian + manggis tu tak pasti pulak.. Tapi yang saya pernah dengar ada orang tua2 cakap lepas makan durian kena makan manggis sebab bila dah makan durian badan jadi panas.. Buah manggis boleh sejukkan balik badan.. Tak pasti sangat..

      Cuma, kalau makan dua2 buah tu sekaligus baru boleh demam atau memabukkan. Tapi saya pernah buat, tak jadi apa2 pun.. Perut kenyang ada la.. Kih3..

  3. Bawak balik 2 biji jer utk wife..bro dh makan brp biji? hehe

    **Dh email semula ebook tuh bro..pls check.. ;-)

    • @UpProfits, Aku makan 3 4 5 biji kot.. Tak ingat.. Haha.. Bawa balik 2 biji untuk wife ingatkan cukup.. Rupanya dia nak lagi.. Tak puas makan katanya sebab isi cantik, sedap.. Hantu durian jugak wife aku.. Huuu..

      **Dah check email. tapi takde jugak.. Pelik.. Send 1 more bleh bro? :pouty:
      Email : anarm.net [at] gmail [dot] com

  4. Kita senasib la,kalau dah jumpa durian,mesti makan sampai tak ingat dunia,akhirnya susah nak tidur malam sebab kepanasan dan berpeluh,paling sedap kalau makan pulut durian.

  5. haha..memang seronok makan durian di kebun..tak sama mcm makan kat rumah..feel dia tu lain sikit..wahhh best nya buah maggis tu..untung ada kawan yang ada kebun buah-buahan kan?

  6. hamboi sedapnya..baru merasa kelmarin :D
    hehe.. hari ni panjat manggis dgn langsat pulak :D

  7. Memang syiok kalau lerh makan durian kat dusun, semalam lepak makan pulut durian ramai-ramai ngan sanak saudara, durian bawa balik dari dusun bapa mertua, memang sakan makan… hehehe…

    lagi satu petua nak kurangkan panas makan durian ni, minum teh cina, sebab ada sekali tu aku gi makan durian banyak sangat kat kuala terengganu, lepas minum ais dalam kulit durian tu masih panas, pastu pakcik tuan rumah tu sediakan teh cina, baru lega sket… :D manggis takder plaks time tu…

    best kan makan durian ni… huhuhu

  8. Jom kita prgi ramai2. Kebun sape anarm? Hehe farizal ke yusdi ke, or cik adik manis receptionist tu ker or en halim?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *