Dah Kunci Pun Tak Selamat

Entri ni kisah pengalaman aku yang dah lama. Sebelum ni beberapa kali dah motor aku nak kena curi. Dah pakai banyak kunci Solex pun tak selamat jugak.

Kunci solex motor

Inilah risikonya bila pakai motor RXZ yang semua orang tahu mat motor, mat rempit memang naik nafsu bila tengok. Motor aku yang dah buruk tu pon diorang masih bernafsu nak curi. Opss.. Bukan buruk. Dah lama. Otai.

Nanti terasa pulak motor aku bila aku cakap ‘buruk’. Lepas tu mula la nak meragam. Motor ni kadang-kadang macam ada hati dan perasaan jugak.

Pernah sekali motor aku nak kena curi masa aku duduk kat rumah kakak aku. Kalau ikutkan dah 4 bijik kunci aku pasang kat motor, tetap tak selamat. Tambah-tambah rumah flat.

Ada jiran ternampak 2 orang ‘jantan’ tengah cungkil tempat kunci motor aku. Kena kejar mamat 2 orang tu tapi tak dapat tangkap. Jiran aku cakap diorang siap bawa pemotong besi.

Nasib baik aku dah tukar kunci motor jenis bentuk lambang NAZI. Tinggal kunci tu je diorang tak boleh buka. Jenis kunci tu orang kedai motor cakap memang susah nak cungkil. Nak duplicate anak kunci dia pun tak boleh. Kalau terhilang anak kunci tu, nasib laa.

Kunci simbol NAZI
Kunci motor berlambang NAZI

Solex Cap Ayam

Solex ori yang aku beli mahal-mahal pun takde guna. Habis terburai Solex tu diorang buat. Aku ingat bila beli yang ori rasa yakin sikit ketahanan dia. Rupanya cap ayam jugak.

Kunci jenama Solex langsung tak selamat! Jangan la guna Solex untuk kunci rumah. Kejap je pencuri boleh buka lepas tu curi barang dalam rumah. Better guna kunci mangga yang kaler kuning tu. Kuat dan tahan sikit daripada Solex. Tapi bukan yang pasar malam punya la.

Tiap-tiap malam aku mesti terfikir selamat ke tak motor aku kat luar sana. Cuma mampu berserah pada Allah je. Aku dah rantai tayar depan kat kerusi batu, dah lilit kunci panjang kat tayar belakang, dah ‘sangkut’ kunci mahal kat disc brake. Tapi tetap rasa tak selamat.

Macam mana lagi agaknya nak elak motor kena curi ye? Tak sanggup rasanya kehilangan motor yang jadi satu-satunya pengangkutan pergi kerja, keluar jumpa kawan-kawan, keluar dating, pergi Alamanda tengok wayang.

Dulu aku pernah kehilangan motor EX5. Pergi buat report polis lepas tu kena gelak dengan abah aku. Abah aku cakap 90% atau lebih motor tu takkan jumpa dah. Abah aku dulu pun polis, dia tahu laa.

Anak dia pulak pernah berkawan dengan kaki curi motor dan pernah tengok operasi ‘sembelih motor’ (buka semua komponen motor). Macam mana nak jumpa balik kalau motor dah kena ‘sembelih’? Betul tak? Huuu..

12 Comments

  1. gilo bosar solex tuhhh.. kaki rembat motor ni pantang nampak motor, janji bleh dapat jual sparepart nye..

  2. he…23x

    bro tiap2 malam risau juga dengan kereta yang diparking dibawa apartment yang tak berjaga nie.

    bukan sebijik.. tapi 2 bijik.

    dalam masa yang sama dok fikir juga.. mana la hilang spender yang bro sidai dekat ampaian.

    budak rumah semuanya jantan.

    pening… pening….

Leave a Reply