Dah Jadi Tunangan Orang

Alhamdulillah, urusan meminang anak orang dah pun selesai. Dengan rasminya aku dan si dia dah pun mengikat tali pertunangan pada 24 Januari 2012.

Rasa seronok, tapi yang tak best asyik rasa berdebar-debar masa pergi ke rumah mak ayah dia hari tu. Rupanya takde la susah sangat pun nak meminang dan bertunang.

selamat bertunang

Majlis bertunang kitorang buat secara kecil-kecilan je. Aku ikut sekali time tu. Dok diam je kat belakang. Hehe..

Abah aku cakap-cakap sikit, kemudian tanya berapa jumlah hantaran yang pihak perempuan minta. Bila semua dah setuju, terus berbincang tarikh untuk disatukan. Takde dah main “Dua tiga kucing berlari” atau “Empat lima ayam berjoget“. Melambatkan masa je main berbalas pantun.

Lepas tu, jamu selera makan tengahari sambil berbual kosong.

Walaupun baru beberapa kali aku jumpa mak ayah dia tanpa bercakap sepatah apa pun, alhamdulillah pinangan diterima. Jumlah hantaran pun diorang takde minta tapi pihak aku sendiri yang tetapkan, dan diorang bersetuju dengan jumlah ‘sebanyak’ tu.

Kepada kawan-kawan aku dan si dia, maaf sebab tak jemput ke majlis pertunangan kitorang. Lagipun takde jemput sesiapa. Hanya anak beranak kedua-dua belah pihak.

Pihak lelaki datang 4 orang je. Kaum kerabat pihak perempuan pula penuh satu rumah. Sampai aku naik segan. Malu giler. Haha..

Semoga ikatan pertunangan kami ni akan bertahan hingga ke jinjang pelamin. Ikutkan perancangan semasa hari meminang tu, majlis kahwin kitorang akan diadakan pada tahun 2012 ni juga. Berapa haribulan biarlah rahsia dulu. Dah hampir ke tarikh istimewa tu nanti kitorang akan jemput semua kawan-kawan datang makan nasi minyak dan minum air sirap. Ok?

Syukur Alhamdulillah kerana hubungan aku dan si dia dapat kekal hingga ke hari ini. Semoga Allah terus menjaga dan merestui hubungan kami ini sehingga ke akhir hayat. Aminn..

PS: Mak abah aku pesan bertunang kena dirahsiakan. Tapi aku gatal tangan bagitau kat Twitter dan Facebook. Alang-alang semua dah tau, elok aku buat blog post terus. Dapat juga update blog. Haha..

43 Comments

  1. waaah dah jadi tunangan orang rupanya Mamat ni.. hehe tahniah aku ucapkan..
    semoga kekal ke jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat.. AMIIIIIIN :-D :biggrin:

  2. tahniah, tak sabar nak tunggu design kad jemputan majlis makan nasi minyak dan air sirap tu..
    bila dua2 nya terlibat dgn dunia kreatif mesti hasilnya unik juga nanti…
    sila pastikan itu yer, jgn pakai yg default nyer…ini paksaan..hehe

  3. Fuyoooo..dah bertunang…hehehe…best-best. Tahniah Bro…selamat datang ke fasa baru..
    setuju dengan komen Affan kat atas tu..gambo mane?? :biggrin:

  4. Tahniah bro Anarm. Moga majlis nikah nanti berjalan dengan lancar seperti mana yang sudah rancang dan dipermudahkan.

  5. Tahniah…wanita dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok,so kena pandai2 kalau nak meluruskan nya. :) Selamat menjadi suami yg solehh…

    • @azman, terima kasih.. insyaAllah nanti akan jadi seorang suami yang akan membahagiakan isteri.. sampai masa tanggungjawab akan dipikul dengan sebaik mungkin.. :happy:

  6. Walawehhhh!

    Tahniah beb…

    Pasni akan menuju ke gerbang perkahwinan pulak… waaahh aku lak xsabar nak tengok korang bersanding. hihi…

    berapa lama bertunang?

  7. Tahniah Anarm. One step closer. :biggrin:

    Datang sikit pun takpe, janji nawaitu tu suci bersih. :tongue:

  8. Org degil mmg cenggitu kan…..xnak dgr ckp mak abh…..hahaha…..nak kena wish tahniah ke….xyah la…tgu time akad je nnt ye….keh3….

    *p/s………bawa2 ler benti rokok tu

  9. hehe..tahniah buat kali yg ke pat belas.. :biggrin:

    nk komen yg b’sangkutan entry ko je:

    sikit je ko pegi..4 org je..aku dulu dekat 100 org belah laki dtg..
    majlis b’tunang ni sbnrnye lebih kpd ppuan la..kena b’dandan cantik2 sbb org nk dtg tgk kan..yg laki x pyh duk b’debar sgt lah! duk diam2 je..haha

    psttt: ko kwen dulu ke aku kwen dulu nt?

  10. Salam,

    Ehemmm…ehemmmm, tahniah anarm dan sue, moga sampai ke jinjang pelamin, insyaallah :biggrin:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *