AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Dah Jadi Tunangan Orang

Dah Jadi Tunangan Orang

26/01/2012 Anarm 43 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Alhamdulillah, urusan meminang anak orang dah pun selesai. Dengan rasminya aku dan si dia dah pun mengikat tali pertunangan pada 24 Januari 2012.

Rasa seronok, tapi yang tak best asyik rasa berdebar-debar masa pergi ke rumah mak ayah dia hari tu. Rupanya takde la susah sangat pun nak meminang dan bertunang.

selamat bertunang

Majlis bertunang kitorang buat secara kecil-kecilan je. Aku ikut sekali time tu. Dok diam je kat belakang. Hehe..

Abah aku cakap-cakap sikit, kemudian tanya berapa jumlah hantaran yang pihak perempuan minta. Bila semua dah setuju, terus berbincang tarikh untuk disatukan. Takde dah main “Dua tiga kucing berlari” atau “Empat lima ayam berjoget“. Melambatkan masa je main berbalas pantun.

Lepas tu, jamu selera makan tengahari sambil berbual kosong.

Walaupun baru beberapa kali aku jumpa mak ayah dia tanpa bercakap sepatah apa pun, alhamdulillah pinangan diterima. Jumlah hantaran pun diorang takde minta tapi pihak aku sendiri yang tetapkan, dan diorang bersetuju dengan jumlah ‘sebanyak’ tu.

Kepada kawan-kawan aku dan si dia, maaf sebab tak jemput ke majlis pertunangan kitorang. Lagipun takde jemput sesiapa. Hanya anak beranak kedua-dua belah pihak.

Pihak lelaki datang 4 orang je. Kaum kerabat pihak perempuan pula penuh satu rumah. Sampai aku naik segan. Malu giler. Haha..

Semoga ikatan pertunangan kami ni akan bertahan hingga ke jinjang pelamin. Ikutkan perancangan semasa hari meminang tu, majlis kahwin kitorang akan diadakan pada tahun 2012 ni juga. Berapa haribulan biarlah rahsia dulu. Dah hampir ke tarikh istimewa tu nanti kitorang akan jemput semua kawan-kawan datang makan nasi minyak dan minum air sirap. Ok?

Syukur Alhamdulillah kerana hubungan aku dan si dia dapat kekal hingga ke hari ini. Semoga Allah terus menjaga dan merestui hubungan kami ini sehingga ke akhir hayat. Aminn..

PS: Mak abah aku pesan bertunang kena dirahsiakan. Tapi aku gatal tangan bagitau kat Twitter dan Facebook. Alang-alang semua dah tau, elok aku buat blog post terus. Dapat juga update blog. Haha..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : beli cincin tunang, cincin di jari manis, cincin emas, majlis pertunangan, meminang anak orang, sarung cincin tunang, selamat bertunang

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Sikap Pemandu Salahguna Lorong Kecemasan
Next article:
ZACT – Ubat Gigi untuk Perokok

43 Comments

  1. ProfHariz says

    06/02/2012 at 4:01 AM

    Tahniah bro.. Nanti kenduri jangan lupa jemput rakan-rakan blogger nie k :)

    Reply
  2. broFami says

    04/02/2012 at 11:01 AM

    waaah dah jadi tunangan orang rupanya Mamat ni.. hehe tahniah aku ucapkan..
    semoga kekal ke jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat.. AMIIIIIIN :-D :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      04/02/2012 at 11:21 AM

      @broFami, terima kasih bro.. alhamdulillah hasil investment banyak bantu aku untuk ke jinjang pelamin.. :tongue:

      Reply
  3. shraqs says

    01/02/2012 at 10:30 PM

    Tahniah!

    Reply
  4. ejam says

    29/01/2012 at 8:24 PM

    tahniah, tak sabar nak tunggu design kad jemputan majlis makan nasi minyak dan air sirap tu..
    bila dua2 nya terlibat dgn dunia kreatif mesti hasilnya unik juga nanti…
    sila pastikan itu yer, jgn pakai yg default nyer…ini paksaan..hehe

    Reply
  5. nizam says

    29/01/2012 at 11:40 AM

    tahniah bro…semoga berkekalan sehingga jinjang pelamin ya…

    Reply
  6. titan says

    29/01/2012 at 2:39 AM

    kami mahu gambar.

    Reply
  7. maszuki says

    29/01/2012 at 1:08 AM

    tahniah.. bila tarikh nak makan nasi minyak… klu dekat blh pi…:)

    Reply
  8. Mr. Bukit Besi says

    29/01/2012 at 12:39 AM

    Fuyoooo..dah bertunang…hehehe…best-best. Tahniah Bro…selamat datang ke fasa baru..
    setuju dengan komen Affan kat atas tu..gambo mane?? :biggrin:

    Reply
  9. Affan Ruslan says

    28/01/2012 at 7:52 PM

    tersenyum aku bila baca footnote ko tu haha.
    Eh, gambo mane

    Reply
  10. zuls says

    27/01/2012 at 9:02 PM

    tahniah anarm..

    Reply
  11. Denaihati says

    27/01/2012 at 6:40 PM

    Tahniah bertunang jangan lama-lama sebab ujian bertunang ni hebat

    Reply
  12. shaharil says

    27/01/2012 at 5:07 PM

    Tahniah bro Anarm. Moga majlis nikah nanti berjalan dengan lancar seperti mana yang sudah rancang dan dipermudahkan.

    Reply
    • Anarm says

      28/01/2012 at 12:58 AM

      @shaharil, aminn.. insyaAllah akan berjalan dengan lancar jika diizinkan oleh-Nya..

      Reply
  13. CypherHackz says

    27/01/2012 at 2:41 PM

    Tahniah bro.. Semoga bahagia hendakNya…

    Reply
  14. azman says

    27/01/2012 at 10:13 AM

    Tahniah…wanita dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok,so kena pandai2 kalau nak meluruskan nya. :) Selamat menjadi suami yg solehh…

    Reply
    • Anarm says

      28/01/2012 at 12:56 AM

      @azman, terima kasih.. insyaAllah nanti akan jadi seorang suami yang akan membahagiakan isteri.. sampai masa tanggungjawab akan dipikul dengan sebaik mungkin.. :happy:

      Reply
  15. bardboo says

    27/01/2012 at 7:12 AM

    tahniah di atas pertunangan…semoga urusan2 yang seterusnya dipermudahkan ye..

    Reply
  16. W.HabibuRahman says

    27/01/2012 at 5:51 AM

    Kasi tau tu,tak saba2 nak makan nasi minyak..hehehe :biggrin:

    Reply
  17. akubiomed says

    27/01/2012 at 1:03 AM

    Tanniahlah bro. Lepas ini ada peluang merasa nasi minyak pula. :-)

    Reply
  18. tuan tanah says

    27/01/2012 at 12:06 AM

    tahniah bro…ermmm tak lama lagi merasa nasi minyak la pulak nie..:)

    Reply
  19. Eriyza says

    26/01/2012 at 11:22 PM

    Tahniah Mr Anarm dan Miss Suraya.
    Selamat bertunang. :heart:

    Reply
  20. zulkbo says

    26/01/2012 at 11:11 PM

    salam..
    ermm..bertunang jangan lama
    cukup masa kahwin saja :)
    TAHNIAH… :biggrin:

    Reply
  21. mohzam says

    26/01/2012 at 11:05 PM

    :w00t: Tahniah Anarm, semoga dipanjangkan jodoh hingga ke jinjang pelamin :biggrin:

    Reply
  22. wazy says

    26/01/2012 at 9:47 PM

    Tahniah Anarm

    Reply
  23. Mama Panda says

    26/01/2012 at 9:35 PM

    Walawehhhh!

    Tahniah beb…

    Pasni akan menuju ke gerbang perkahwinan pulak… waaahh aku lak xsabar nak tengok korang bersanding. hihi…

    berapa lama bertunang?

    Reply
    • Anarm says

      26/01/2012 at 11:22 PM

      @Mama Panda, bertunang dalam 6 7 bulan camtu je kot.. tengok keadaan.. kalau boleh singkatkan lagi tempoh, ok je.. kalau terpaksa panjangkan tempoh, nak wat macam mana kan..

      Reply
  24. Aidilx says

    26/01/2012 at 9:09 PM

    Tahniah Anarm. One step closer. :biggrin:

    Datang sikit pun takpe, janji nawaitu tu suci bersih. :tongue:

    Reply
  25. matt says

    26/01/2012 at 8:47 PM

    tahniah weh.

    hoho

    Reply
  26. azura says

    26/01/2012 at 8:35 PM

    selamat berdarah manis je en anarm…

    Reply
  27. Fazreen says

    26/01/2012 at 7:18 PM

    ;etak la sikit gambar bro. hehe. jap nak bayangkan muka anarm masa tu

    Reply
    • Anarm says

      26/01/2012 at 11:20 PM

      @Fazreen, gambar tak ada yang sesuai nak letak sini.. gambar amik sendiri, tak berapa cantik.. nampak gaya majlis kawin nanti kena cari photographer..

      Reply
  28. puanbee says

    26/01/2012 at 6:51 PM

    Tahniah anarm , 4 org je pergi meminang ek ..

    memang sikit tu ..

    moga cepat2 kawin pula

    Reply
  29. arrizz says

    26/01/2012 at 6:43 PM

    wah tahniah bro..

    Reply
  30. ZalaWajik says

    26/01/2012 at 6:41 PM

    tahniah encik anarm ! semoga bertahan hingga ke akhir hayat =3

    Reply
  31. miszgarfien says

    26/01/2012 at 6:34 PM

    Org degil mmg cenggitu kan…..xnak dgr ckp mak abh…..hahaha…..nak kena wish tahniah ke….xyah la…tgu time akad je nnt ye….keh3….

    *p/s………bawa2 ler benti rokok tu

    Reply
  32. nurr says

    26/01/2012 at 6:25 PM

    hehe..tahniah buat kali yg ke pat belas.. :biggrin:

    nk komen yg b’sangkutan entry ko je:

    sikit je ko pegi..4 org je..aku dulu dekat 100 org belah laki dtg..
    majlis b’tunang ni sbnrnye lebih kpd ppuan la..kena b’dandan cantik2 sbb org nk dtg tgk kan..yg laki x pyh duk b’debar sgt lah! duk diam2 je..haha

    psttt: ko kwen dulu ke aku kwen dulu nt?

    Reply
  33. katak says

    26/01/2012 at 6:09 PM

    sampai hati abang! sampai hati! saya ni macam mana?!!! abaaaaaaaang!!! :dizzy: :cwy:

    Reply
    • nurr says

      26/01/2012 at 6:26 PM

      hahaha… sengal

      Reply
  34. eiyda says

    26/01/2012 at 6:03 PM

    tahniah anarm… nk makan sik minyak nim yumss :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      26/01/2012 at 11:17 PM

      @eiyda, nanti gi kelate.. mkn sik minyak banyak2..

      Reply
  35. yanmie says

    26/01/2012 at 6:01 PM

    Salam,

    Ehemmm…ehemmmm, tahniah anarm dan sue, moga sampai ke jinjang pelamin, insyaallah :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      26/01/2012 at 9:52 PM

      @yanmie, time kasih kak yan.. :happy:

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy