Daftar Aplikasi MAE Maybank, Dapat RM5 Percuma

Ada lagi ke yang belum guna aplikasi MAE Maybank?

MAE by Maybank2u adalah aplikasi yang dilengkapi dengan ciri-ciri perbankan dalam talian.

MAE ialah singkatan kepada “Maybank – Anytime – Everywhere” di mana akaun MAE merupakan akaun e-Wallet Maybank.

Daftar MAE Maybank2u dapat RM5 percuma

Pelanggan Maybank boleh gunakan aplikasi MAE sebagai ganti kepada aplikasi M2U yang lama.

Tak nak daftar akaun MAE pun takpe. Aplikasi MAE tu boleh guna untuk login akaun bank macam kita guna aplikasi M2U.

Bila daftar akaun MAE, kita akan dapat 1 akaun baru yang khas untuk kegunaan e-Wallet Maybank. Dia tak bercampur dengan akaun simpanan kita yang sedia ada. Tapi boleh akses guna satu aplikasi yang sama.

MAE bukan untuk pelanggan Maybank sahaja. Yang takda akaun Maybank pun boleh guna. Cuma perlu daftar akaun MAE.

Daftar pun secara online je. Tak perlu pergi bank.

Perbezaan aplikasi M2U dan MAE Maybank
Perbezaan aplikasi M2U dan MAE Maybank

Ganjaran RM5 Dengan Mendaftar Aplikasi MAE

Sekarang ni Maybank menawarkan ganjaran RM5 percuma kepada semua pengguna aplikasi MAE. Kita hanya perlu ajak rakan-rakan guna aplikasi MAE. Lepas tu, kita akan dapat RM5 dan rakan yang diajak juga akan dapat RM5.

Dengan syarat, rakan tu kena masukkan referral code kita semasa mendaftar aplikasi MAE.

Kalau daftar tanpa referral code, tak dapat lah RM5 percuma tu.

RM5 percuma daftar MAE Maybank2u
Daftar MAE Maybank2u dengan Referral Code: KAB05136

Cara Daftar Aplikasi MAE Maybank dan Dapat RM5

Berikut adalah cara-cara mendaftar aplikasi MAE Maybank dan dapatkan ganjaran RM5 percuma!

  1. Install aplikasi “MAE by Maybank2u” dari Play Store (Android) atau App Store (iOS)
     
  2. Buka aplikasi MAE tu dan tekan NEXT, NEXT, NEXT.
     
  3. Tekan AGREE untuk setuju dengan terma dan syarat.
     
  4. Anda akan dibawa ke paparan utama aplikasi MAE. Tekan LOGIN.
     
  5. Ada 2 pilihan login:
    • Jika dah ada akaun Maybank, tekan “Existing M2U / MAE user“.
    • Jika anda bukan pelanggan Maybank, tekan “Apply for MAE account now“.
       
  6. Isi referral code KAB05136 di ruangan yang disediakan untuk layak dapat RM5 percuma.
     
  7. Sebaik saja dah berjaya daftar aplikasi MAE, RM5 terus masuk ke akaun bank.
     
  8. Anda juga diberikan referral code sendiri untuk dikongsi dengan rakan anda pulak. Jadi, boleh teruskan dapat RM5 setiap kali mereka mendaftar dengan referral code tu.
Cara masukkan referral code MAE Maybank

Itu saja cara dia.

Tak perlu risau kena tipu atau kena scam sebab aplikasi ni daripada Maybank sendiri. Kempen ni hanya untuk menggalakkan lebih ramai orang mendaftar dan guna aplikasi MAE by Maybank2u.

Kepada yang mendaftar guna referral code : KAB05136 – terima kasih banyak-banyak.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Maybank2u.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *