Pengalaman Cucuk Vaksin COVID-19

Pengalaman aku cucuk vaksin COVID-19. Tak sakit pun kena cucuk jarum vaksin. Cuma rasa berdebar-debar je sebab aku ni jenis yang takut jarum.

Aku dapat tarikh appointment untuk suntikan vaksin dos pertama pada 28 Julai 2021. Isteri aku pun dapat tarikh dan tempat yang sama. Nasib baik tempat cucuk vaksin tu tak jauh sangat. Dalam 20 minit je naik kereta.

Ada kawan kat Facebook bagitau dia dapat tempat cucuk vaksin jauh dari rumah. Menyusahkan pulak kalau jauh sangat.

Dos Pertama Vaksin COVID-19

Appointment aku untuk vaksin dos pertama sepatutnya pukul 6 petang. Tapi aku fikir macam lewat sangat. Mesti ramai orang kat tempat vaksin tu. Nanti nak balik rumah, dah malam. Aku malas betul nak bawa kereta waktu malam. Mata ni kurang nampak.

Aku pun plan dengan isteri untuk pergi awal sikit. Sebab ada yang bagitau boleh je pergi tak ikut waktu yang dia bagi. Yang penting kena ikut tarikh appointment.

Hari appointment tu kami pergi dalam pukul 3:30 petang. Sempat makan dan minum dulu.

Ambil gambar sebelum cucuk vaksin COVID-19
Ambil gambar dulu sebelum cucuk vaksin

Sampai kat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) nampak ramai orang tengah beratur. Aku pergi tanya dulu orang yang jaga kat situ nak pastikan boleh masuk ke tidak, sebab kami datang awal 2 jam sebelum waktu appointment.

Dia cakap “Boleh, takda masalah..

Lepas dah tunjuk bukti tarikh appointment dalam aplikasi MySejahtera, terus pergi beratur ambil nombor giliran untuk cucuk vaksin.

Beratur cucuk vaksin COVID-19

Proses Pemberian Vaksin COVID-19

Masa beratur tu kena scan kod QR guna aplikasi MySejahtera, scan suhu, dan keluarkan IC untuk petugas kat situ buat semakan. Lepas dah dapat nombor giliran, tunggu nombor dipanggil untuk ke kaunter pemberian vaksin.

Kat kaunter tu petugas tanya aku dah makan ke belum, ada alahan ubat ke tidak. Apa lagi entah soalan yang dia tanya. Lupa pulak.

Lepas tu dia terangkan serba sikit tentang vaksin yang akan diberi pada hari tu, dan bagi satu borang untuk diisi.

Aku dapat vaksin Comirnaty (Pfizer).

Kad vaksinasi COVID-19

Dah siap isi borang tu, serahkan kat kaunter seterusnya. Kemudian baru pergi tunggu giliran untuk masuk bilik cucuk vaksin.

Lepas dah dapat suntikan vaksin, kena tunggu sekurang-kurang 15 minit kat tempat yang disediakan untuk pemerhatian.

Mana la tahu lepas vaksin dah masuk dalam badan tiba-tiba jadi perkara yang tak diingini. Boleh terus maklumkan kepada petugas kat situ.

Kalau takda jadi apa-apa, dah boleh balik rumah.

Vaksin COVID-19 dose 1
Selesai dos 1 vaksin COVID-19

Kesan Sampingan Vaksin Pfizer

Lebih kurang 1 jam selepas cucuk vaksin, tangan aku yang kena cucuk tu jadi rasa lenguh-lenguh. Tempat cucuk pun rasa sakit. Macam sakit lebam.

Kesan sampingan lain takda. Aku tak demam, tak pening kepala. Cuma jadi banyak minum air sebab tekak kerap rasa haus dan mulut kering. Bahagian lengan yang kena cucuk pun makin lama rasa bertambah sakit.

48 jam selepas cucuk vaksin, dah kembali normal dan sihat. Alhamdulillah..

Dos Kedua Vaksin COVID-19

Appointment untuk suntikan vaksin dos kedua pula pada 18 Ogos 2021. Waktu yang sama juga pukul 6 petang. Tapi aku dan isteri pergi awal dalam pukul 5 petang.

Proses pemberian vaksin dos kedua ni lebih cepat berbanding yang dos pertama. Orang pun tak ramai masa tu. Sekejap je dah siap kena cucuk.

Tunggu giliran masuk bilik vaksin
Tunggu giliran masuk bilik vaksin

Dos kedua ni ramai cakap kesan sampingan dia lebih teruk daripada dos pertama. Memang betul.. Tapi takda la teruk sangat.

Sakit tempat cucuk tu tetap ada. Ditambah pula dengan demam, rasa sejuk menggigil, sakit otot. Seharian aku baring je sebab rasa letih melampau sampai nak bangun pun malas.

Macam dos pertama juga, selepas 48 jam dah kembali sihat.

Selesai vaksin dos ke-2
Selesai dos 2 vaksin COVID-19

Itu saja kisah pengalaman aku cucuk vaksin COVID-19. Sekarang dalam badan aku dah ada cip 5G, bluetooth dan lain-lain. Boleh connect dengan smartphone. Internet pun jadi lebih laju.

Takda la.. Gurau je. Hehe..

Vaksin ni sebenarnya penting untuk kita dalam keadaan sekarang. Dengan pelbagai varian baharu yang lebih ganas, bukan mudah nak melawan wabak tanpa apa-apa “perisai”.

Ingatlah, vaksin ni PERISAI.

Ambil vaksin bukan jaminan tidak terkena jangkitan. Masih boleh dijangkiti COVID-19 walaupun dah terima 2 dos.

Namun, dengan mengambil vaksin ianya menjadi ikhtiar dalam melindungi kesihatan kita dan dapat elakkan mengalami komplikasi yang lebih teruk sekiranya dijangkiti.

Pengambilan vaksin mencegah wabak daripada terus menular. Semakin ramai yang diimunisasi, semakin selamat kita daripada wabak ni.

Di samping tu, kena juga amalkan berdoa banyak-banyak kepada Allah SWT minta supaya kita semua selamat.

Insya-Allah..
 

Leave a Reply