Cuci Kipas Laptop

Laptop Asus K43SA aku baru-baru ni dah mula rasa panas kat bahagian kipas. Kalau letak tangan kat tepi tu boleh terasa bahangnya macam tangan dok dekat dengan api. Memang panas betul.

Masa tengah menaip pun boleh rasa panas juga kat keyboard.

Laptop dah berusia 2 tahun lebih. Tak pernah servis langsung. Sebab tu kipas laptop panas sebab banyak habuk melekat.

Habuk kalau dah banyak sangat kat kipas boleh mengganggu proses penyejukan dan pembuangan haba pada laptop. Kesan panas tu kalau dibiarkan boleh rosakkan motherboard.

servis dan cuci kipas laptop

Ingat nak hantar kedai je cuci kipas laptop sebab tak pandai nak buat sendiri. Kalau hantar kedai rasanya lebih kurang RM50 juga kena bayar.

Nasib baik bro Eizil tahu buat. Jadi, minta tolong dia cucikan. Aku bantu dia je sambil-sambil tengok dan belajar. Nanti boleh buat sendiri.

Susah juga rupanya nak servis cuci kipas laptop. Habis semua komponen nak kena buka dan leraikan satu-satu. Tapi bergantung pada jenis atau model laptop. Ada laptop yang senang, buka sikit je terus jumpa kipas.

Bila dah berjaya buka sampai bahagian kipas, nampak memang banyak betul habuk. Patut lah laptop panas. Haba berkumpul kat situ tak boleh nak keluar dengan baik.

habuk berkumpul di bahagian kipas laptop

Tugas membuang habuk tu aku buat sendiri. Guna tisu je sapu-sapu dan tiup-tiup sikit bahagian yang berhabuk. Lagi bagus kalau ganti thermal compound baru.

Bila dah siap servis cuci habuk bolehlah pasang balik semua komponen.

Nak memasang balik tu aku rasa lagi rumit sebab nak kena pastikan setiap komponen, wayar-wayar dan skru dipasang dengan betul. 2-3 kali juga bro Eizil terpaksa buka dan pasang balik sebab terlupa cucuk wayar, tersalah pasang skru.

Alhamdulillah, sekarang ni laptop aku dah tak sepanas macam sebelum ni. Rasa suam-suam je sekarang.

Cuma ada masalah sikit. USB port dan audio jack tak berfungsi. Mungkin sebab wayar tak dipasang dengan betul. Nasib baik cuma satu je USB port yang tak berfungsi, lagi 2 port boleh guna.

Nampaknya nak kena buka balik nanti.

Tips Menjaga Laptop

  • Pastikan laptop diservis sekurang-kurangnya 6 bulan sekali,
  • Servis laptop mampu memanjangkan jangka hayat laptop,
  • Kalau tak reti buat sendiri pastikan servis laptop dengan orang yang pakar sahaja,
  • Haba merupakan musuh utama bagi laptop,
  • Elakkan guna laptop di persekitaran yang berhabuk,
  • Guna laptop di tempat berhawa dingin adalah lebih baik,
  • Jangan letak laptop di atas tilam, karpet atau permukaan yang lembut kerana menghalang aliran udara kipas laptop dan akan menyebabkan laptop overheating,
  • Gunakan kipas penyejuk tambahan di ruang bawah laptop,
  • Laptop yang dijaga dengan baik akan menggembirakan tuannya.

39 Comments

  1. Baru je cuci laptop sendiri semalam.. ambik langkah berani, percubaan kali pertama.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. :)

  2. Assalam. Nak tanya apa masalah yea kalau kipas berbunyi dan huruf kat keyboard xtakboleh nak tekan?

  3. Ouh.. Patutlah lappy saya nie cepat panas.. Mungkin disebabkan faktor yang sama.. x ble jadi nie. Kena servis gak lepas raya nie… nie je la harta yang gua ada… Huhu :D

  4. Dah 2 tahun guna laptop tapo belum pernah hantar servis. Cuci kipas pun tak pernah lagi ni. Patutlah laptop saya cepat je panas sekarang ni. Thanx for the tips….i loikeee :-)

  5. Laptop nie sensitif skit, kalau nk panjangkan jngka hayat, pakai external sound, external keybord, external mouse. Kira semua external lah. Huhu. Utk cuci habuk, pernah bro pakai gel, letak atas keyboard dia akan serap masuk dan habuk2 akan melekat pd gel tu.

  6. 6 bulan sekali servis laptop?? hehe..patutla laptop ni lembab..3 thn xservis..terima kasih info

  7. macam nak suruh anarm service kan ini lappy lh heheheh boleh tak
    rasa nya sejak pakai tak pernh lgi service …

  8. Memang membantu dan nampak cool la if bro buat tutorial step by step cuci kipas lappy…. gua setakat pc tu pernah la bukak pasang sebab tak rumit sangat kan…

  9. laptop pun kena servis juga kan..bab cuci kipas tak pernah buat..utk tambah memory pun pernahlah DIY.. membuka memang mudah, memasang balik tu kadang-kadang menguji kesabaran..

    btw, memang semua kedai ada sediakan servis cuci kipas ke yea??

  10. Satu perkongsian yang bagus..dlu ada cuba cuci sendiri, alahamdulillah ok la x panas sngat pas tu…tp ada tip tambahan klu x mau bg silap pasang balik, amik gambar tiap2 step masa proses nk lerai tu..nk pasang leh tengok balik gambar2 td..kurang sikit la kebarangkalian nk silap pasang..tp x nmpak mcam pro la mcm tu kan..hehe

    • Tips bagus tu.. Amik gambar senang sikit tengok bila nak pasang balik.. Takde la tersilap pasang.. Tak nampak macam pro pun takpe lah asalkan laptop ok..

    • Servis laptop kat kedai biasanya kena tinggal laptop 1 hari.. Bahaya tu! Takut fail2 dalam laptop kena selongkar je.. Kalau sanggup tunggu boleh jugak suruh orang kedai tu buat depan mata kita..

  11. kalau panas sangat laptop…mesti tak boleh nak fokus bila guna…tak selesa bahagian tempat letak tangan masa nak menaip tu…nak buat sendiri memang tak berani la…takut boleh buka, tak boleh nak pasang balik dengan sempurna…naya je…lebih baik bagi yang pakar buat…

  12. Laptop ni memang rumit bila nak buka dan pasang balik. Kena fokus betul2 bila nak pasang setiap skru dan wayar. Tambah pula laptop punye hardware ni agak sensitif. Salah sentuh dan tarik rosak lak nnt.

  13. Hebatlah abang eizil. Hehehehe. Nanti nak suruh abang eizil betulkan lappy ena boleh? huuuu

  14. Patutlah semua laptop gua xtahan lama dengan gua ek..

    Ada tambahan sikit. Ada sesetengah laptop senang sangat nak terlerai bergantung pada siapa tuan dia he…23x

  15. Habuk musuh kepada elektronic board. Lebih mudah buka laptop yang mengunakan skru berbanding klip. Klip mudah patah kalau tidak berhati-hati dan case tidak akan tutup rapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *