AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Cuci Kereta di H & H Car Wash Service, Kajang

Cuci Kereta di H & H Car Wash Service, Kajang

01/12/2012 Anarm 10 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Pertama kali cuci kereta sejak beli Perodua Alza ni. Itupun lepas kena pot pet pot pet dengan wife sebab badan Alza dah boleh buat melukis. Penuh habuk. Heheh.

Nak cuci sendiri susah sebab tinggal kat rumah flat. Rumah tingkat 3 pulak tu. Jenuh nak usung air dalam baldi. Terpaksa la cuci kat kedai. Nasib baik ada car wash yang tak berapa jauh dari rumah.

Cuci kereta di H & H Car Wash Service

Dah banyak hari sebenarnya plan nak cuci kereta tapi bila nak ke kedai car wash hujan pun turun dengan lebatnya. Rancangan nak mencuci kereta pun terpaksa dibatalkan.

Berhari-hari jugalah kena pot pet pot pet dengan wife suruh pergi basuh kereta. Macam ni la hidup berumahtangga. Sehari tak kena pot pet pot pet memang tak sah. Tapi bila dah kena pot pet pot pet tu paham-paham jela, mesti kita ada terbuat benda yang dia tak puas hati.

Orang perempuan tak penat ke asyik pot pet pot pet?

Cuci kereta Perodua Alza

Kereta Alza kesayangan sedang dicuci

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah gerak pergi kedai cuci kereta lepas hantar wife pergi kerja. Kat area rumah aku ni ada banyak tempat cuci kereta. Aku pilih H & H Car Wash Service sebab aku tengok ramai orang. Mesti murah ataupun servis dia bagus.

Aku try dulu la tengok macam mana servis diorang.

Cuci kereta Alza

Boleh tahan lama jugak nak siap cuci sebuah kereta. Kereta-kereta lain pun ada banyak bersusun tunggu giliran dicuci. Aku tunggu kat kedai makan sambil sedut teh o ais. Lupa nak set jam, tak tahu berapa minit siap cuci.

Tunggu giliran cuci kereta

Sedang tunggu giliran untuk lap badan, polish tayar dan vacuum bahagian dalam kereta

Sambil menunggu tadi borak-borak dengan brader yang tengah tunggu kereta dia dicuci juga. Brader tu macam tak puas hati cakap pekerja kat situ buat kerja macam main-main.

Pekerja kat situ cuci sebuah kereta sekejap lepas tu tinggal pergi kat kereta lain. Lepas tu diambil alih oleh seorang lagi pekerja, datang polish tayar. Lepas tu pergi kat kereta lain pulak. Datang lagi seorang lap badan kereta. Lepas tu datang lagi seorang buat kerja vacuum bahagian dalam kereta.

Brader tu cakap buang masa je buat kerja macam tu. “Kenapa tak bawa 4 atau 5 orang semua cuci sebuah kereta dulu sampai siap? Lepas tu baru pergi cuci kereta lain.” kata brader tu.

cuci kereta alza kesayangan

Aku iyakan jela apa yang brader tu cakap. Memang susah nak puaskan hati orang ni. Tapi kalau tahu erti sabar, tak jadi masalah rasanya. Sabar tu kan sebahagian daripada iman.

Lagipun kat situ ada kedai makan. Boleh je lepak-lepak dulu kat kedai tu, makan-makan, minum-minum sementara tunggu kereta siap cuci. Takpun main Twitter, update status kat Facebook, mesti rasa masa berlalu dengan cepat.

Kalau taknak tunggu lama, cuci sendiri. Ataupun tak payah cuci terus. Biar je kereta tu berhabuk.

Panduan Lengkap Jaga Kereta

Kereta Alza aku dah berkilat lepas cuci. Silau pulak mata ni.. Kih Kih Kih.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : car wash kajang, cuci kereta, cuci-cuci services, h&h car wash service, perodua, pusat cuci kereta kajang

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Dah Lama Tak Makan Durian
Next article:
Durian Crepe Sedap

10 Comments

  1. hairulafiz says

    11/12/2012 at 3:57 PM

    samalah alza kwn warna putih, kalau lepas hujan mesti segala kotoran nampak di body

    Reply
  2. Ladfe Amir says

    10/12/2012 at 11:58 PM

    kereta warna hitam atau putih memang kena rajin dicuci. baru nampak cantik. nak cuci sendiri memang leceh. so baik keluar duit sikit,cuci di kedai je.

    Reply
  3. Juan says

    07/12/2012 at 8:42 PM

    silau jugak mata aku

    Reply
  4. Blog Keperawatan says

    07/12/2012 at 5:50 AM

    Bila suatu tempat cuci kereta ramai berarti menandakan tempat cuci tersebut hasilnya bagus…
    Belum punya kereta sehingga belum punya pengalaman mencucikan kereta, hanya adik saja yang baru punya kereta. Alhamdulillah bisa menikmati kereta adik pula

    Reply
  5. Myra Jay says

    05/12/2012 at 12:19 PM

    Owhh Mr Alza kaler pepel ye, MJ kaler Silver, sebelum ni nak ambik pepel tapi asben taknak ;)

    Bila kereta berkilat baru syiok jenjalan kan :D

    Reply
    • Anarm says

      05/12/2012 at 5:27 PM

      @Myra Jay, kereta berkilat tak sampai sehari.. petang hujan lebat.. dah kotor balik.. huuu :cwy:

      Reply
  6. Jebeng Otai™ says

    02/12/2012 at 12:47 AM

    x dan nk cuci time2 skang ni..bila nk cuci hujan lak..

    Reply
    • Anarm says

      02/12/2012 at 3:31 PM

      @Jebeng Otai™, musim hujan sekarang ni.. nak cuci kereta pun serba salah.. nanti mesti kotor balik.. tapi kena cuci jugak sebab dah berdebu, kotor.. kena cari masa yg sesuai untuk cuci..

      kat sini hujan waktu petang je.. pagi elok la cuci kereta.. sekurang-kurangnya takde la kotor sangat..

      Reply
  7. akubiomed says

    01/12/2012 at 4:02 PM

    Serik hantar car wash sebab handle pintu pernah patah buat tak tahu sahaja.

    Reply
    • Anarm says

      02/12/2012 at 3:29 PM

      @akubiomed, sampai patah handle pintu? camne diorang cuci sampai patah2?

      aku kalau boleh nak basuh sendiri je.. jimat duit.. tapi sebab susah nak cuci sendiri, terpaksa la pergi car wash.. aku dok tengok je masa diorang tengah cuci.. takut jugak kalau2 kereta calar ke apa2 ke..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy