Hari Selasa lepas aku pergi Kenny Rogers Roasters di Mid Valley dengan isteri tercinta untuk sesi food review hidangan “Country Chic Steak“. Terima kasih Kenny Rogers Roasters (KRR) atas jemputan makan-makan.
Sebelum ni aku pernah buat review untuk menu Kenny Roger Roasters “Cheezy Rice Treasure“. Sedap! Hidangan Country Chic Steak yang kitorang makan hari tu pun sedap jugak.
Kenny Rogers Roasters mengadakan aktiviti KRR Blogger’s Food Review ni untuk membina hubungan baik dengan blogger. Di samping tu memberi peluang kepada bloggers untuk cuba hidangan terkini daripada Kenny Rogers Roasters. Dapat makan free memang best!
KRR “Hearty & Wholesome Treat” Country Chic Steak
Hidangan Kenny Rogers Roasters kitorang makan Selasa lepas memang sangat menyelerakan. Ciptaan terbaru Kenny Rogers Roasters iaitu Country Chic Steak yang diperap dalam rempah khas dan herba beserta dengan sos cendawan berkrim.
Country Chic Steak dihidangkan bersama 3 hidangan sampingan dan Muffin Kenny Rogers dengan harga RM20.90 jerr..
Setiap kali makan di Kenny Rogers Roasters biasanya side dishes pilihan aku adalah Aromatic Rice, BBQ Baked Beans dan Mashed Potato & Gravy. Tapi hari tu aku tukar mashed potato dengan Macaroni & Cheese. Sedap jugak cuma cepat rasa muak sebab banyak cheese.

Terdapat juga minuman baru yang diperkenalkan bersama hidangan Country Chic Steak ni. Setiap satu berharga RM9.90 dan ada 3 jenis pilihan minuman iaitu:
- Breezy Island – Campuran buah-buahan menyegarkan dan mangga.
- Kiwi Kisses – Mulakan hari dengan kiwi berperisa.
- Veryberry Wave – Perisa strawberi yang sangat ‘awesome‘.
Minuman aku pilih Breezy Island sebab aku suka mango. Wife aku pulak order Kiwi Kisses. Air ‘ciuman Kiwi’ bagi aku agak kurang menepati citarasa aku. Lagi sedap air Breezy Island. Cuma air Veryberry Wave aku tak rasa lagi. Tengok macam sedap je..

Hidangan Country Chic Steak memang betul-betul mengenyangkan perut. Daging ayam dia tebal tapi lembut. Sedap je kunyah dan rasanya pun cukup menyelerakan. Minuman dia pun sedap dengan rasa manis buah.
Blogger kalau dah mengadap makanan macam ni lah kerjanya. Asyik nak tangkap gambar makanan je. Lebih kurang 10 minit lepas tu baru start jamah makanan.
Walaupun suka amik gambar makanan kemudian upload ke internet, ianya bukan petanda orang sakit mental ye…


Layari laman web www.KRR.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari Facebook.com/KRR.My.
Sekarang ni Kenny Rogers Roasters mengadakan contest “Caption It & Grab Your Vouchers!”. Contest bermula 6 Mei hingga 20 Mei 2013. Kalau rasa nak menang voucher makan-makan bernilai RM50 boleh la join contest tersebut. KLIK SINI untuk join.
Kenny Rogers ROASTERS… Less fat… Less salt… Less calories…
sedapnya…takut meleleh je ayaq liur masa nak siapkan review nanti… :w00t:
Makan cemey itulah kepuasan. Hehehe
Siang2 baca review masakan seperti ini, saya jadi lapar
nice review
Terima kasih ye untuk review ni. Good job :cool:
Untuk berikan rasa syukur gua telah share kupon KRR nie untuk peserta seminar buat duit ngan blog… semoga diorang happy ….hehehehe
waaaahhhh….. sedap sungguh bro shakiddo tu makan.. lebih sihat dengan Kenny rogers!!
Memang sedap. Kenyang juga makan ayam. Nampak macam sikit tapi sekali makan. Kenyang yang amat.
Memang syok betul kalau dapat makan percuma sambil mengambil gambar.
kalau ada lagi jangan lupa ajak aku anarm….haha
thanks kongsi promosi dan voucher kenny rogers…
untungnya dapat makan free..kali terakhir dtang sini orang belanja…hihi
bestnya blh mkn free :w00t:
Tak pernah masuk lagi, biasa nya memang sekadar lalu sahaja.. Lepas ni boleh la singgah.. Ishh, bukan sakit mental tu bro, kebiasaan je.. :)
Ada akhbar tempatan yang cakap amik gambar makanan tu sakit mental..
Suatu hari akan singgah restoran Kenny Rogers. Kebiasaan selelau full house.
Aku pergi Kenny Rogers dekat dengan rumah pun memang selalu full house je.. Tapi Kenny Rogers kat Mid Valley macam tak ramai orang sangat..
sedapnya….yummy….
cepat ko makan kan, orang lain terhegeh-hegeh nak makan ko dah sudah… kagum kagum kagum….
Makan cepat sebab sedap.. Lagipun time tu tengah lapar.. Memang sengaja tahan lapar semata-mata nak makan Kenny Rogers percuma.. Hehe..
nyum..nyum…sangat menyelerakan. boleh lah cuba lepas nih.
Wahhh lantak sampai licin yer..haha..ni time makan ke time snap gambar?macam2 kan bila dah ada camera ni..haha..sedapnya….
Mestilah licin sebab sedap.. Lagipun tak elok bazir makanan.. Hehe..
Time makanan sampai atas meja masing2 terus pegang camera.. Sebelum makan amik gambar dulu, upload kat facebook, twitter, instagram.. Pastu baru makan.. Sambil makan pun sempat jugak snap gambar sikit2.. Lepas habis makan pun amik gambar lagi.. Macam tu lah gelagat blogger bila pergi makan.. Macam orang #SakitMental amik gambar makanan.. hahaha..
haha,,kadang2 meriah gak kan bila ada suasana macam ni..kat jerteh ni tak sama dengan kat sana..saya nak ambil gambar gak setiap kali pergi makan best2..tapi malu tu ada..maklum lah kiter jer yang nampak sungguh ambik gmbar makan..orang lain tak ada..kalau mcm ni,ramai2 ambik gmbar, tak segan sangat kan?ataupun mereka ni dah terbiasa.,.hehe..
sedap sedap sedap.. nak makan lagi.. nnti nak mintak sos cili.. hahahaha
Hahaha.. Kalau ada sos cili mesti lagi berselera nak makan.. Nasib baik hari tu order Baked Bean, sedap jugak makan ayam cicah sos baked bean..
air mangga tu nampak pekat dan sedap..
memang antara kesukaan aku bila makan di Kenny Rogers ialah pilihan air dia yang best..
Aku suka air mangga tu.. Memang pekat.. Sedap je rasa dia bila minum..
best nyer~ mcm mana boleh dpt jemputan makan-makan nih, erk?
Makan free memang best.. Hee.. Untuk dapatkan jemputan makan-makan daripada Kenny Rogers boleh isi online form di .. Nanti diorang akan masukkan nama dalam senarai jemputan.. Bila Kenny Rogers ada buat aktiviti diorang akan invite..
ok.. thanks, kongsi maklumat.. :smile:
dah lama aku tak makan benda ni..
orang yang tengah berdiet memang sesuai pergi Kenny Rogers.. esok nak makan KR la…