‘Contact Form’ atau ‘Borang Hubungi’ merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah laman web atau laman blog. Ianya memudahkan para pengunjung untuk berhubung terus dengan kita.
Selain itu, ianya dapat memberikan ciri-ciri profesional pada sesebuah blog dan juga menjimatkan masa sesiapa sahaja yang ingin menghubungi kita.
Bagi blogger yang menggunakan WordPress, mereka mempunyai banyak pilihan ‘plugin’ yang boleh digunakan untuk membuat contact form.
Dengan hanya memasang plugin tersebut dan aktifkannya di page yang dikehendaki, mereka sudah boleh wujudkan satu halaman khas untuk pengunjung menghubungi mereka.
Tetapi bagi pengguna Blogspot, mereka tidak mempunyai aplikasi yang tersedia untuk membuat contact form.
Oleh itu, pengguna Blogspot memerlukan aplikasi luar yang membolehkan mereka membuat dan memasang contact form di blog mereka.
Ada banyak sumber yang menyediakan servis membina contact form di blog. Biasanya servis tersebut memberi kita 2 pilihan iaitu:
- Servis percuma (dengan fungsi yang terhad)
- Servis berbayar (dengan fungsi tanpa had bersama fungsi tambahan)
Di bawah ni disenaraikan beberapa laman web membina contact form yang mudah tanpa memerlukan sebarang ilmu programming. Ianya adalah PERCUMA!
Contact Form untuk Blogger
1. JotForm
- WYSIWYG form editor menggunakan JavaScript drag & drop dan AJAX
- Saiz upload fail – 10MB
- Semua fungsi premium boleh digunakan secara percuma
- Menyokong semua ciri-ciri yang biasanya ada pada borang-borang
- 100 submissions / bulan
- Jumlah borang yang boleh dibina – UNLIMITED
- Jumlah ruangan (kotak) pada form – UNLIMITED
- Boleh membina contact form, online survey, jemputan, online payment, dan lain-lain
[ JotForm Website ]
2. Email Me Form
- Jumlah form yang dibenarkan – 5
- 200 submissions / bulan
- Jumlah ruangan (kotak) pada form – 50
- Anti-Spam, CAPTCHA Protection
- Saiz upload file – 2MB
- Redirect ke URL yang ditetapkan
3. Kontactr
- Basic Contact Form
[ Kontactr Website ]
4. 123 Contact Form
- Jumlah submissions – UNLIMITED
- Bebas Iklan
- Layout borang boleh diubah
- Real-time form preview
- Mempunyai Form Creation Wizard
- Anti-spam
- Notification segera untuk setiap mesej
- Halaman “Terima Kasih” boleh diubah
- Boleh menggunakan cascading stylesheets (CSS)
5. FormSite
- Drag & drop editor
- Borang berfungsi pada semua web browser
- Menawarkan borang multi-page
- Tiada fungi CAPTCHA
- Bina borang yang profesional dan web survey
- Jumlah borang – 5
- Items / form – 50
- 100 submissions / bulan
- Saiz upload fail – 50MB
[ FormSite Website ]
Ada banyak lagi laman web yang menyediakan khidmat membina contact form untuk blog. Saya hanya senaraikan 5 sahaja yang biasa saya gunakan.
Sesetengah servis membina borang ini boleh juga digunakan oleh blogger-blogger yang menjalankan bisnes secara online bagi membina borang tempahan, borang bukti pembayaran, borang aduan, dan sebagainya.
assalam…sy da try wat,,tp yg dapat n bgus ialah emailmeform shj..
terimas atas infonye…
pada mula aku cuba guna blogspot.
tapi memandangkan wordpress
hosting lebih baik. :tongue:
nice info..aq guna foxyform je..mudah..huhu
Kak Suraya ni teman wanita Abang Anarm ke? Hehehe.
Apa signifikannya ‘contact form’ ya Abg Anarm/Kak Suraya? Tak jelas dengan kegunaannya.
emm..penting untuk memudahkan orang menghubungi kita.. :biggrin:
@ohcikgu, sebelum susah gak
nak hubungi pengguna blogspot. :lol:
Blogspot pun boleh guna contact form ya.. mantap ya.. :cool:
Dulu ada pakai plugin contact form lepas buang. Sampai sekarang tak paka-pakai lagi
wah. bnyk rupanya contact form ni.
ada beberapa contac forrm di atas yg aku taktahu. huhu
aku guna plugin wordpress je..tapi bila tengok kat sini canggih2 jugak formnye..
@bistari, aku suke jotform.. anarm yg rekemen kat aku.. senang giler nk bina form.. :w00t:
jotform best.. banyak form bleh buat.. unlimited :whistle:
Best! Semudah 1,2,3 jer.
Lepas ni mudah la nak contact blogger yang guna blogspot
Terima kasih bro!
menarik.. mcam nk dikongsikan di blog OhPakar je… boleh x? [tengah mintak keizinan]
@Bro Framestone, boleh.. boleh.. silakan.. hehe..
entah pasaipa aku tak berminat dgn contect form
pa2 emel ja terus.haha
@Wan Perlis, contact form memudahkan org contact kita melalui blog, takyah mintak2 email.. isi je form, submit, nanti bende tu smpai kt email kita.. sama macam hantar email jugak.. malah dilengkapi dengan penghalang spam..
taknak pakai contact form pon takpe asalkan kita paparkan email address kt blog supaya org tau.. kalau tak, nanti diorang tak tau nak hantar email kt alamat mane kan.. tapi.. tiap2 bende yg kita tulis kt blog, ‘spider’ google akan ‘baca’ dan akan dihantar ke google.. secara tak langsung alamat email kita dah terdedah pada ancaman spammer sebab diorang boleh dapatkan alamat2 email dengan senang melalui google search..
sebab tu banyak akaun email yang diserang email spam.. sebab kesilapan sendiri yang kita tak sedar dan tak perasan.. kecuali kita dah bersedia untuk melayan karenah email2 dr spammer tu.. langkah mencegah, gantikan teks email yg ditulis tu dengan menggunakan image atau script.. :wink:
kalau untok wordpress pakai contact form 7 je kan tak silap aku.. hehe, best gak bleh buat guest blogging.. hehe,bile nak jemput aku anarm??
@samanosuke_04, aku pkai contact form 7 gak dulu.. tp ramai ckp pakai cformsII lagi best..
no 1 ngn 5 aku macam baru tau. yg lain2 tu pnh cuba/tgk2. hehe
kontactr.pernah pakai dekat blogspot … sekarng nie kat blog WP pakai google spreadsheet..hehe..
@zik, aku nampak separuh je contact form kat blog ko.. hehe.. kene tekan scroll button, scroll ke bawah baru bleh nampak button Submit..
Aku masa pakai blogspot dulu . Paling aku suka Kontactr , tapi tak pastilah yang lain sebab Kontactr ini bagi aku paling senang nak handle hehehe.
@Melz, aku tak pernah pakai kontactr.. time kt blogspot dulu aku pkai email me form.. skrg ni pakai JotForm.. saje taknak pakai plugin wp.. nk kurangkan plugin.. hehe
sisot, Gempak la anarm, siap ada penulis jemputan. hehe. Jotform yg terbaik kot. he
@JundullahOsman, penulis jemputan ni member je.. saje bagi die pengalaman blogging pakai wordpress.. dia dah sibuk nak tukar ke wordpress dah skrg.. dia cakap best..
satu perkongsian yang menarik bro, dlu waktu guna blogspot memang pasang contact form camni. tak silap, aku pakai email me form kot. aku pun dah lupa. skg ni pakai wordpress semua dah ada. hehe
wah…dah ada nota dilarang la…
@Mohd Isa, aku pon pakai email me form jugak time blogging kat blogspot dulu.. bila ntah blogspot nk masukkan sistem borang sendiri.. huhu
wah banyak rupanya aku tak pernah tahu pun benda2 ni..TQ bro.
@etomyam, sama2.. ada banyak lagi sebenarnya.. tp member aku yg tulis entri ni dia cakap malas nak senaraikan banyak2.. penat nak taip katanya.. haha
owh..kwan aku baru2 ni pernah tanya mcm mana nak buat form2 ni. boleh aku sampaikan dekat dia.
@serol, sampaikan.. kat web memang patut ada form2 macam ni..
Assalamualaikum,nice info bro atas berkongsian diatas,insyallah kan boleh create contact form under html :)..
urm aku pun tak dak lagi
kang aku install..tq
Hoh..thanks anarm…rasa2 mana paling seswai tu??
@TheSharkox, aku suggest pakai JotForm.. contact form kat blog ni pon pakai JotForm.. sebab fungsi premium die JotForm bagi free je.. macam2 boleh buat.. takde limit..
@Anarm, Ok bro…tenkius
wuhuhuhuuu… dah malas nak jaga blog sendiri.. T_T
tak tau nak update apa.. mekasih share.. :lol:
@yash, update jela ape2 pon.. tulis diari ko ke.. hahaha.. haa.. citer la sikit pengalaman menggunakan unifi.. :w00t:
Boleh saya tahu? Bro anarm menggunakan plugin contact form ape? Sebab ada captha disitu nampak menarik :)
@ProfHariz, aku tak pakai plugin.. aku pakai JotForm.. yg tersenarai dalam entri ni..
wah.. anarm dah ada penulis jemputan..
gempak siot..
@Jaws, hahaha..
Hi.. Saya sudah menggunakan Email Me Form semenjak hari pertama saya mengaktifkan blog saya dah benar, mempunyai contact form adalah lebih elok kerana lebih mudah untuk pembaca berkomunikasi atau bertanya jika mempunyai kemusykilan berbanding dengan hanya meletak Shoutbox sahaja.. :smile:
aku pakai google spreadsheet! hehe…
tp tula, pakai wordpress senang
nak pindah jugak taun depan! heeee….
@MuJE, google spreadsheet pon ok je.. asalkan yg berfungsi.. :happy:
thanx sedara Anarm…Sangat membantu ni….2 :biggrin: Thumbs up
Thanks for sharing….
Jot Form memang terbaek r…. Yied dah guna…
Dalam banyak2 kat atas tu, 1 je Yied tak pernah guna… Iaitu Form Site…
@Yiedpozi, JotForm memang terbaik!! macam2 form boleh buat.. :w00t:
bagus gak kalau ade contact form blogger ni
tq for sharing :smile:
@wazy, ramai pengguna blogspot yg takde contact form.. susah nk contact..
@Anarm,
siap ade penulis jemputan.. gile mantap habes… hahaha aku nak buat macam tu jugak la.
@Kreuger, haha. aku pun baru perasan ni penulis jemputan.
anarm: tak open untuk org lain ke? haha
@Affan, anarm cakap kalau nak menulis kt blog ni, bleh je hantar artikel kat die.. nanti die tengok, kalau ok die publish siap kasi credit.. tp kene bagi dalam format HTML, bukan visual.. :smile: