Malam Jumaat lepas aku dan isteri tercinta dinner di Kenny Rogers ROASTERS, Mid Valley. Dapat jemputan dari pihak Kenny Rogers ROASTERS Malaysia untuk food review.
Kenny Rogers ROASTERS sekarang ni sedang buat promosi menu terbaru – Cheezy Rice Treasure. Sedap!
Tambah-tambah dapat makan free lagi la rasa sedap. Alhamdulillah..
Cheezy Rice Treasure yang sedang dipromosikan sekarang ni adalah menu menyelerakan campuran daging atau makanan laut, nasi beraroma serta brokoli dan keju mozzarella yang dibakar dengan sempurna.
Cheezy Rice Treasure didatangkan dengan 2 pilihan menu iaitu Seafood Royale dan Beef Supreme.
Setiap set disertakan bersama 2 side-dishes dan 1 Kenny’s Home-made Muffin dengan harga RM18.50. Juga ada pilihan ala-carte dengan harga RM13.50.
Dinner malam tu aku pilih set menu Beef Supreme dan isteri tercinta pula pilih Seafood Royale. Kitorang tukar-tukar makanan untuk rasa kedua-dua menu yang dihidangkan.
Bagi aku Seafood Royale lebih menepati selera dan citarasa aku berbanding Beef Supreme. Ditambah pula dengan side-dishes BBQ Baked Beans dan Mashed Potato yang memang kegemaran aku, dan juga Kenny’s Home-made Muffin.
Minuman pula ada 2 pilihan disediakan iaitu Choco Garden dan Latte Garden. Aku lebih suka Choco Garden. Latte Garden rasa kopi dia tak berapa ‘ngam’ untuk tekak aku.
Choco Garden berharga RM8.90 manakala Latte Garden berharga RM12.90.
Contest Cheezy Rice Treasure Kenny Rogers
Ini ada peluang untuk menangi hadiah misteri daripada Kenny Rogers ROASTER Malaysia (KRR Malaysia) di mana KRR Malaysia menganjurkan pertandingan bermula dari 11 Mac 2013 hingga 7 April 2013. Setiap minggu 2 pemenang akan dipilih.
Apa yang perlu dibuat adalah ambil gambar korang sedang menikmati hidangan Cheezy Rice Treasure, upload ke Facebook Wall korang, kemudian tag Facebook @Kenny Rogers ROASTERS Malaysia.
Untuk Twitter dan Instagram pun ada juga. Caranya korang hanya perlu Tweet atau post gambar Instagram berserta hashtag #CheezyRiceTreasure.
Boleh join contest ni sekarang mana tahu ada rezeki menang hadiah best. Hadiah akan diberi untuk setiap pemenang mengikut kategori Facebook, kategori Twitter dan kategori Instagram.
Untuk maklumat lanjut tentang Kenny Rogers ROASTERS boleh hubungi talian 03-2119 9888, atau layari laman web KRR Malaysia dan juga Facebook Kenny Rogers ROASTERS Malaysia
Tekak aku ni rasa nak makan Seafood Royale pulak. Malam ni nak ajak isteri tercinta pergi makan Cheezy Rice Treasure di Kenny Rogers ROASTERS. Kat Metro Point Kajang ada Restoren Kenny Rogers. Mungkin pergi kat situ. Dekat sikit dengan rumah.
wah bestnya blh mkn free je…
hmm sedap dan menyelerakan la…blh try ni..
potion nasi dia banyak… abis diet kalau mkn yang ni.. hahaha
oooooo ada contest weekend ni menyantap di krr lagi lah jawabnya hahah :biggrin:
dalam bulan ni saya dah 2x makan Kenny Rogers…kawan blanja & bos blanja…
sedap sangat ayamnya….
kenyang gile duk KL..leh rasa memacam…btw..Kenny not my choice..hahahaks..Nandos tetap di hati :biggrin:
Tempoh hari sudah berkira-kira hendak masuk Kenny Rogers akhirnya tak jadi. Memang semsa itu mencari nasi. :-)
mengiurkan btol..entri yg keluar pada hari gaji..oh tidak..
Sebab tu aku pilih tarikh hari ni untuk publish entri ni.. Hehe.. Bawak la anak bini pergi makan Kenny Rogers.. Sedap..
pergh meleleh air liur
pehh..rajin korang gi mencekik ye..
Dijemput untuk makan free, memang rajin laa..
Macam sedap dan kurang minyak,baik untuk kesehatan
Kenny Rogers memang sediakan makanan yang seimbang dan baik untuk kesihatan..
perrrghhhh… meleleh laaaa tengok KRR nih.. seafood royale menarik!!
Yeahh.. Aku suka Seafood Royale..
bestlah dapat makan KRR. tak ajak pun. haha
Hahaha.. Bila nak publish review dari ko pulak? Takkan tak habis2 lagi projek malam jumaat.. Keh3..
Memang sungguh mengenyangkan la kan set menu nie……sesuai sangat untuk penggemar cheese keju
Aku suka keju.. Tapi Beef Supreme rasa keju dia macam kuat sangat.. Jadi cepat muak.. Seafood Royale lagi sedap.. Rasa keju dia just nice..
wah.. wah.. wah.. hari ini hari gaji.. sesuai sangatlah bawa famili ke Kenny Rogers cuba menu tu.. :biggrin:
Boleh sangat tu bawa family pergi rasa menu Cheezy Rice Treasure ni.. Memang sedap..