Check Masalah Broken Link dalam Blog

Semalam aku habiskan sedikit masa untuk check broken link atau dead link yang terdapat dalam blog aku ni.

Untuk pengetahuan semua, broken link boleh memberi kesan buruk kepada sesebuah blog di mata Search Engine. Oleh itu, kita sebagai tuan punya blog disarankan supaya sentiasa periksa setiap link yang terdapat dalam blog kita dari masa ke semasa dan pastikan tiada sebarang link yang ‘mati’.

Sekiranya ada broken link, sila perbaiki atau buang terus segala link yang tak memberi faedah tu.

Check Masalah Broken Link

Terkejut juga bila aku tengok ada banyak masalah broken link dalam blog ni.

Daripada apa yang aku perhati semasa check broken link dalam blog ni semalam, kebanyakan link yang broken atau ‘mati’ berpunca dari blogger-blogger tukar permalinks blog dengan cara yang tak betul.

Selain daripada tu, ada juga broken link disebabkan blog dah dihapuskan oleh pemiliknya, domain blog tamat tempoh atau disebabkan masalah server down.

Kalau dulu aku rajin check link mana yang mati lepas tu aku baiki. Sekarang ni kalau ada broken link aku dah tak sempat nak baiki, aku buang terus.

Paling banyak terjadi broken link sebab entri blog dah bertukar struktur permalinks. Patut la ada link entri yang keluar Error 404 (Page Not Found).

Jangan main tukar je. Kena buat redirection supaya tak berlaku Error 404.

Pengguna WordPress boleh guna plugin Redirection.

Aku check broken link dengan bantuan plugin WordPress “Broken Link Checker“. Bestnya plugin ni sebab dia akan check semua link dalam seluruh blog. Kalau ada banyak sangat broken link, kita boleh buang broken link tu secara banyak sekaligus. Memudahkan kerja.

Bagi blog yang bukan WordPress boleh gunakan “Google Webmaster Tools“.

* * * * * * * * *

Untunglah blogger yang blogging guna platform WordPress. Kan? Kan? Ada banyak plugin yang disediakan bagi memudahkan kerja-kerja blogging setiap hari.

28 Comments

  1. macam blog aku, aku adjust permalink daripada dinamik structure kepada statik. konfem banyak orang akan dapat dead link. kat google pon sama. so apa yang aku buat, daripada page 404 tu aku buat script redirection kepada statik .html untuk memudahkan bot carian dan jugak pengguna untuk sampai ke muka pengadilan.

  2. Ada gsk guna plugin broken link checker tu. tp masih tak sempat lg nak betulkan link2 tu

  3. Terima kasih bro….
    Broken link ni terlalu byk dlm blog saya, tak habis-habis nak edit, delete atau apa saja utk tidak ada broken link. Walau apapun perkara ini haus ditangani, jika tidak ai akan bertambah parah dan semakin sukar untuk ditangani. TQ….

  4. adui…ambe pandai2 tukar kategori hari tu..jd rasanya mungkin byk yg terjejas…ermm

    nak kena semak satu2 ni…

  5. Hari ini saya mengecek link yang ada di blog saya dan ternyata ada briken link dan tak disangka ada link dari url blog yang terjangkit malware. Untunglah hari ini saya menyempatkan untuk bersih2 kalau tidak bisa berdampak negatif bagi blog saya
    Terima kasih atas infonya..

  6. Terima Kasih atas Maklumat..Ni Tgh godek kenapa post entri gua keluar Blog Title Instead Blog Post title kat Google Search..Tetiba tak captured unless gua ping kat ping blog..haduu hayyy

  7. hallamak…ruginya lambat tahu,baru aje lps tukar permalink..haiyio..pttlah banyak gilak broken link..

  8. Saya pun pakai plugin tu. tapi ada masalahnya juga. Plugin tu cuma check dan baiki link yang sedia ada dalam blog bukan yang luar blog. Maksud saya sini, blog saya sebelum ni ada masalah. Jadi terpaksa mula balik. Kalau dalam wordpress tiada masalah tapi dalam google webmaster tools tu yang jadi masalah tu.

    Jadi apa yang saya buat, mana-mana link post, tag, kategori saya gunakan balik. tapi post yang malas nak post balik, saya remove directory. Tapi memang penat nak remove satu2..

    Ada cadangan lain? ada orang kata guna robots.txt tapi saya tak pandai guna tu.

  9. penat gak membetulkan. kalau 1 blog, takpe gak..kalau dah berpuluh..sakit tulang ketiak aku ni.. :devil:

  10. plugin wordpress tu siap remove? memang menarik.. :cheerful: ada juga add-on chrome untuk check broken link.

    • plugin broken link checker tu ke? dia ada fungsi edit link, remove link.. link yg hilang sumber kadang2 aku unlink je.. nanti kat entri atau komen yg ada link tu dia akan remove terus link tu..

  11. hmm dulu aku kena, habis belaka aih..
    tapi time tu cari punya cari, ada satu plugin lagi boleh guna.. plugin smart 404, ok jugak la..selain dia redirect, kalau tak jumpa akan ada link berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *