AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » WordPress » Check Masalah Broken Link dalam Blog

Check Masalah Broken Link dalam Blog

23/03/2012 Anarm 28 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Semalam aku habiskan sedikit masa untuk check broken link atau dead link yang terdapat dalam blog aku ni.

Untuk pengetahuan semua, broken link boleh memberi kesan buruk kepada sesebuah blog di mata Search Engine. Oleh itu, kita sebagai tuan punya blog disarankan supaya sentiasa periksa setiap link yang terdapat dalam blog kita dari masa ke semasa dan pastikan tiada sebarang link yang ‘mati’.

Sekiranya ada broken link, sila perbaiki atau buang terus segala link yang tak memberi faedah tu.

Check Masalah Broken Link

Terkejut juga bila aku tengok ada banyak masalah broken link dalam blog ni. Daripada apa yang aku perhati semasa check broken link dalam blog ni semalam, kebanyakan link yang broken atau ‘mati’ berpunca dari blogger-blogger tukar permalinks blog dengan cara yang tak betul.

Selain daripada tu, ada juga broken link disebabkan blog dah dihapuskan oleh pemiliknya, domain blog tamat tempoh atau disebabkan masalah server down.

Kalau dulu aku rajin check link mana yang mati lepas tu aku baiki. Sekarang ni kalau ada broken link aku dah tak sempat nak baiki, aku buang terus.

Paling banyak terjadi broken link sebab entri blog dah bertukar struktur permalinks. Patut la ada link entri yang keluar Error 404 (Page Not Found). Jangan main tukar je. Kena buat redirection supaya tak berlaku Error 404.

Boleh try guna plugin Permalinks Moved Permanently.

Aku check broken link dengan bantuan plugin WordPress “Broken Link Checker“. Bestnya plugin ni sebab dia akan check semua link dalam seluruh blog. Kalau ada banyak sangat broken link, kita boleh buang broken link tu secara banyak sekaligus. Memudahkan kerja.

Bagi blog yang bukan WordPress boleh gunakan “Google Webmaster Tools“.

* * * * * * * * *

Untunglah blogger yang blogging guna platform WordPress. Kan? Kan? Ada banyak plugin yang disediakan bagi memudahkan kerja-kerja blogging setiap hari.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : WordPress Keyword : broken link checker, dead link, domain expired, error 404 page not found, hosting server down, link hilang pautan

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Percutian Menarik di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands
Next article:
Kenapa Perlu Ada Akaun PayPal?

28 Comments

  1. Ummi Hanie says

    09/06/2013 at 1:14 AM

    dolu2 mmg penah pakai plugin broken link checker ni tp jd takot sbb byk sgt broken links dan tak tau nak fix caner… just delete je ye?

    Reply
  2. Azman Ishak says

    07/04/2013 at 2:13 AM

    macam blog aku, aku adjust permalink daripada dinamik structure kepada statik. konfem banyak orang akan dapat dead link. kat google pon sama. so apa yang aku buat, daripada page 404 tu aku buat script redirection kepada statik .html untuk memudahkan bot carian dan jugak pengguna untuk sampai ke muka pengadilan.

    Reply
  3. Kam says

    06/04/2013 at 9:21 PM

    Useful info! Thanks Anarm :)

    Reply
  4. Ibu Mifzal Arsyad says

    05/04/2013 at 3:48 PM

    sy pun dah guna plugin ni..mmg byk membantu..x perlu nak selidik2 satu2 broken link yg ada..

    Reply
  5. AkmaOmar says

    05/04/2013 at 3:46 PM

    Dari awal2 lagi dah guna plugin ni…

    Reply
  6. Puan Bardboo says

    05/04/2013 at 2:21 PM

    Ada gsk guna plugin broken link checker tu. tp masih tak sempat lg nak betulkan link2 tu

    Reply
  7. sensasi2020 says

    05/04/2013 at 10:44 AM

    Terima kasih bro….
    Broken link ni terlalu byk dlm blog saya, tak habis-habis nak edit, delete atau apa saja utk tidak ada broken link. Walau apapun perkara ini haus ditangani, jika tidak ai akan bertambah parah dan semakin sukar untuk ditangani. TQ….

    Reply
  8. hafizrahim says

    05/04/2013 at 10:16 AM

    Aku tak pernah check lagi..nanti aku check aku pnye..rasa macam banyak je.

    Reply
  9. auc says

    05/04/2013 at 10:07 AM

    memang auc guna “Broken Link Checker“ tu, memang mujarab dalam mengubat masalah link sakit ni :biggrin:

    Reply
  10. hafizmd says

    04/04/2013 at 5:08 PM

    adui…ambe pandai2 tukar kategori hari tu..jd rasanya mungkin byk yg terjejas…ermm

    nak kena semak satu2 ni…

    Reply
  11. Rina As says

    01/04/2012 at 2:18 PM

    Hari ini saya mengecek link yang ada di blog saya dan ternyata ada briken link dan tak disangka ada link dari url blog yang terjangkit malware. Untunglah hari ini saya menyempatkan untuk bersih2 kalau tidak bisa berdampak negatif bagi blog saya
    Terima kasih atas infonya..

    Reply
  12. JAI says

    27/03/2012 at 7:03 PM

    Terima Kasih atas Maklumat..Ni Tgh godek kenapa post entri gua keluar Blog Title Instead Blog Post title kat Google Search..Tetiba tak captured unless gua ping kat ping blog..haduu hayyy

    Reply
  13. W.HabibuRahman says

    26/03/2012 at 2:16 AM

    hallamak…ruginya lambat tahu,baru aje lps tukar permalink..haiyio..pttlah banyak gilak broken link..

    Reply
    • Anarm says

      27/03/2012 at 4:21 AM

      @W.HabibuRahman, tukar permalinks ke? huhu.. masih boleh diselamatkan sebab pakai wordpress.. ada plugin untuk setelkan masalah tu..

      Reply
      • hafizmd says

        04/04/2013 at 5:05 PM

        haaa..mintak pencerahan bro..plugin ape ek utk settlekan masalah ni? thanks bro

        Reply
  14. Naziman says

    25/03/2012 at 2:43 AM

    Saya pun pakai plugin tu. tapi ada masalahnya juga. Plugin tu cuma check dan baiki link yang sedia ada dalam blog bukan yang luar blog. Maksud saya sini, blog saya sebelum ni ada masalah. Jadi terpaksa mula balik. Kalau dalam wordpress tiada masalah tapi dalam google webmaster tools tu yang jadi masalah tu.

    Jadi apa yang saya buat, mana-mana link post, tag, kategori saya gunakan balik. tapi post yang malas nak post balik, saya remove directory. Tapi memang penat nak remove satu2..

    Ada cadangan lain? ada orang kata guna robots.txt tapi saya tak pandai guna tu.

    Reply
  15. auc dot com says

    24/03/2012 at 8:00 PM

    memang WP broken link
    senang dan simple je

    Reply
  16. titan says

    24/03/2012 at 5:01 PM

    penat gak membetulkan. kalau 1 blog, takpe gak..kalau dah berpuluh..sakit tulang ketiak aku ni.. :devil:

    Reply
    • OrangAkaun says

      26/03/2012 at 2:57 PM

      @titan, lekat koyok cap cabai la..kehkeh

      Reply
  17. azrijohan says

    24/03/2012 at 6:07 AM

    kalau check guna google webmaster tools memang penat gila nak remove satu2

    Reply
  18. Azman says

    24/03/2012 at 12:42 AM

    Saya pun pakai….mmg senang nak buang…

    Reply
  19. akubiomed says

    23/03/2012 at 11:26 PM

    Saya pun ada pakai plugin broken link checker senang hendak unlink dan membetulkan broken link.

    Reply
    • Anarm says

      24/03/2012 at 12:44 AM

      @akubiomed, yess.. memudahkan kerja membuang link.. buang secara bundle pon senang..

      Reply
  20. EddyGeek says

    23/03/2012 at 8:02 PM

    plugin wordpress tu siap remove? memang menarik.. :cheerful: ada juga add-on chrome untuk check broken link.

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2012 at 9:28 PM

      plugin broken link checker tu ke? dia ada fungsi edit link, remove link.. link yg hilang sumber kadang2 aku unlink je.. nanti kat entri atau komen yg ada link tu dia akan remove terus link tu..

      Reply
  21. syahrilhafiz says

    23/03/2012 at 7:53 PM

    hmm dulu aku kena, habis belaka aih..
    tapi time tu cari punya cari, ada satu plugin lagi boleh guna.. plugin smart 404, ok jugak la..selain dia redirect, kalau tak jumpa akan ada link berkaitan

    Reply
    • Anarm says

      23/03/2012 at 9:25 PM

      penah baca pasal smart 404 tu.. tp tak pernah pakai.. page 404 aku pon dah kena makan dgn zombie.. kah3.. ingat nanti nak customize lagi page 404 tu.. hehe..

      Reply
      • syahrilhafiz says

        24/03/2012 at 11:04 PM

        @Anarm, buat versi thesis pulak la weh..haha, teringin gak.. :P

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy