CCEnhancer: Tambah Program Baru di CCleaner

CCEnhancer tambah program CCleaner

CCleaner (freeware) merupakan salah satu software yang wajib dipasang dalam komputer (Windows). Fungsinya adalah untuk ‘mencuci’ komputer kita dan mengekalkan prestasi sistem komputer pada tahap yang terbaik.

Dengan menggunakan CCleaner, kita boleh buang fail-fail ‘sampah’ yang tidak diperlukan dan sekaligus menjimatkan penggunaan ruang hardisk.

Fungsi Registry Cleaner yang terdapat pada CCleaner berfungsi mencari dan memperbaiki registry error pada komputer kita.

CCleaner juga menyediakan fungsi tambahan seperti:

  • Uninstall
  • Program Startup
  • System Restore
  • Drive Wiper

Tambah Program di CCleaner dengan CCEnhancer

CCEnhancer merupakan sebuah aplikasi portable yang berfungsi menambah sokongan ke atas lebih 450 program baru ke dalam senarai applikasi pada CCleaner bagi tujuan pembersihan.

CCEnhancer menggunakan ‘winapp2.ini‘ iaitu sistem dalam CCleaner dengan menambah aturan dan definisi baru untuk program. Sumber bagi sistem itu adalah dari Support Forum Piriform dan juga beberapa sumber lain.

Program CCEnhancer menyokong CCleaner versi penuh dan juga versi portable.

Cara Menggunakan CCEnhancer

CCEnhancer screenshot

Untuk tambah program baru di CCleaner dengan CCEnhancer, korang hanya perlu run program CCEnhancer dan klik butang ‘Download Latest’. Kemudian CCEnhancer akan download senarai aplikasi tambahan untuk dimuatkan ke dalam CCleaner.

Bagi pengguna CCleaner versi portable, sila klik pada Functions > Install for Portable CCleaner dan cari folder di mana ‘ccleaner.exe’ diletakkan (secara manual).

CCEnhancer CCleaner Portable

Pengguna Windows Vista dan Windows 7, sila ‘Run as administrator‘ sekiranya CCEnhancer tidak berfungsi.

Setelah selesai proses download tu, CCleaner di komputer korang kini dah menyokong aplikasi tambahan untuk kerja-kerja pembersihan sistem komputer.

Korang boleh tengok aplikasi yang baru ditambah pada tab ‘Applications’ di CCleaner (aplikasi bertanda * ).

Aplikasi tambahan tu bergantung pada software yang ada di komputer korang.

Antara program yang disokong ialah FeedDemon, Foxit PDF Reader, PDF-XChange Viewer, Internet Download Manager, VLC, FileZilla, Skype, Yahoo Messenger, WinRAR, 7-zip, Notepad++, DAEMON Tools, Windows Update Logs, Windows Live Messenger, IMGBurn, MalwareBytes, SUPER AntiSpyware dan banyak lagi.

Untuk senarai penuh aplikasi baru yang ditambah oleh CCEnhancer, korang boleh dilihat pada file winapp2.ini dalam folder di mana CCleaner dipasang. Biasanya berada di C:\Program Files\CCleaner.

applikasi baru di ccleaner

Korang perlu kemaskini senarai aplikasi dari masa ke semasa dengan CCenhancer ni kerana mungkin terdapat perubahan pada senarai aplikasi bila versi baru CCleaner dikeluarkan.

26 Comments

  1. mmg takde pe Anarm bile kita clean permanent file nih guna Ccleaner ? sebab skrg duk guna tune up 1 click maintanance tu..yg mana lagi ok ? baru jer download Ccleaner..dulu dah download, tapi unistall balik…

    • @Nine, ccleaner dia cuma buang fail2 yg tak diperlukan atau fail yang dah jadi sampah (fail yang tertinggal lepas uninstall apa2 apps).. ok je aku guna ccleaner dari dulu sampai sekarang.. aku pon tak tau mana 1 lagi ok kalau compare dgn tuneUp.. tuneUp aku dah tak guna sebab last time aku guna dia gi buang fail system.. terus jadi bangang pc aku pastu aku fobia sampai sekarang.. haha.. pengganti tuneUp aku tukar pakai Glary Utilites (freeware).. tapi dlm sebulan sekali je aku run software glary tu.. ade gak function 1 click..

      • @Anarm, ok Anarm thanks..aku guna Ccleaner dah delete file ok jer….best …. :biggrin:

        owh, nanti aku cuba Glary…bahaya gak ek sampai buang file system dgn Tuneup…aku cuma guna untuk nak tukar boot ngan logon jer…hehe yg lain app dlm TuneUp aku tak run..takut gak…huhu

        • @Nine, tuneup kalau pkai 1 click tu ok je kot.. pkai default punye je.. mcm aku ari tu aku setting apa ntah x ingat.. tu yg jd fobia tu.. haha.. setakat ni pakai glary takde masalah langsung.. lagipon freeware.. dapat gak kurangkan 1 software creck.. w0ot~

    • @Mohd Isa, kalau kita tahu bende apa yang patut dicuci, yang patut dibuang, takkan ada masalah akan timbul.. mana2 software cleaner pon macam tu jugak aku rasa.. kalau pakai cleaner yang memang ada kat windows, dia clean bende2 biasa je.. yang ‘dalam2’ lagi tu die tak efek.. ni la gunanya software 3rd party.. yang buat software ni diorang tau ada benda lain lagi yang perlu dan boleh dibuang.. kalau kita pon tahu, nak buat secara manual, penat kot.. byk tuuu..

  2. Thank for the shared bro,baru2 ne download advanced system care ,nampak ok tapi tak overall la,nanti boleh try ccleaner ne pulak

  3. hoho, aku guna youruninstaller.. sebab bila remove, program nie remove sampai akar umbi.. sampaikan program yang trial version pun bleh guna banyak kali dengan guna cara install pastue uninstall

    • @samanosuke_04, aku tak pernah guna youruninstaller.. aku guna revo uninstaller.. boleh remove sampai ke akar umbi jugak.. :wink:

      aku tak pernah install program2 yang trial version.. alang2 nak install aku cari creck sekali.. huhu.. takpon aku pakai versi portable.. skrg ni pon banyak program aku dah tukar pakai versi portable.. space pon tak banyak guna kalau pakai portable punya..

  4. Bagus. Lepas ni boleh buang apa yang tak patut yang ada dalam lappy aku. Buat kerja aku jadi senang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *