AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Perisian » CCEnhancer: Tambah Program Baru di CCleaner

CCEnhancer: Tambah Program Baru di CCleaner

03/05/2011 Anarm 26 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

CCEnhancer tambah program CCleaner

CCleaner (freeware) merupakan salah satu software yang wajib dipasang dalam komputer (Windows). Fungsinya adalah untuk ‘mencuci’ komputer kita dan mengekalkan prestasi sistem komputer pada tahap yang terbaik.

Dengan menggunakan CCleaner, kita boleh buang fail-fail ‘sampah’ yang tidak diperlukan dan sekaligus menjimatkan penggunaan ruang hardisk.

Fungsi Registry Cleaner yang terdapat pada CCleaner berfungsi mencari dan memperbaiki registry error pada komputer kita.

CCleaner juga menyediakan fungsi tambahan seperti:

  • Uninstall
  • Program Startup
  • System Restore
  • Drive Wiper

Tambah Program di CCleaner dengan CCEnhancer

CCEnhancer merupakan sebuah aplikasi portable yang berfungsi menambah sokongan ke atas lebih 450 program baru ke dalam senarai applikasi pada CCleaner bagi tujuan pembersihan.

CCEnhancer menggunakan ‘winapp2.ini‘ iaitu sistem dalam CCleaner dengan menambah aturan dan definisi baru untuk program. Sumber bagi sistem itu adalah dari Support Forum Piriform dan juga beberapa sumber lain.

Program CCEnhancer menyokong CCleaner versi penuh dan juga versi portable.

Cara Menggunakan CCEnhancer

CCEnhancer screenshot

Untuk tambah program baru di CCleaner dengan CCEnhancer, korang hanya perlu run program CCEnhancer dan klik butang ‘Download Latest’. Kemudian CCEnhancer akan download senarai aplikasi tambahan untuk dimuatkan ke dalam CCleaner.

Bagi pengguna CCleaner versi portable, sila klik pada Functions > Install for Portable CCleaner dan cari folder di mana ‘ccleaner.exe’ diletakkan (secara manual).

CCEnhancer CCleaner Portable

Pengguna Windows Vista dan Windows 7, sila ‘Run as administrator‘ sekiranya CCEnhancer tidak berfungsi.

Setelah selesai proses download tu, CCleaner di komputer korang kini dah menyokong aplikasi tambahan untuk kerja-kerja pembersihan sistem komputer.

Korang boleh tengok aplikasi yang baru ditambah pada tab ‘Applications’ di CCleaner (aplikasi bertanda * ).

Aplikasi tambahan tu bergantung pada software yang ada di komputer korang.

Antara program yang disokong ialah FeedDemon, Foxit PDF Reader, PDF-XChange Viewer, Internet Download Manager, VLC, FileZilla, Skype, Yahoo Messenger, WinRAR, 7-zip, Notepad++, DAEMON Tools, Windows Update Logs, Windows Live Messenger, IMGBurn, MalwareBytes, SUPER AntiSpyware dan banyak lagi.

Untuk senarai penuh aplikasi baru yang ditambah oleh CCEnhancer, korang boleh dilihat pada file winapp2.ini dalam folder di mana CCleaner dipasang. Biasanya berada di C:\Program Files\CCleaner.

applikasi baru di ccleaner

Korang perlu kemaskini senarai aplikasi dari masa ke semasa dengan CCenhancer ni kerana mungkin terdapat perubahan pada senarai aplikasi bila versi baru CCleaner dikeluarkan.

Download CCEnhancer

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Perisian Keyword : ccenhancer, ccleaner

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Cara Buat Windows 7 USB Installer
Next article:
Cara Buat Icon (.ico) Dengan Photoshop

26 Comments

  1. Ali ridha says

    18/05/2011 at 11:15 AM

    cuci habis la semua habuk degil. :dizzy: :ermm:

    Reply
  2. Nine says

    15/05/2011 at 8:15 AM

    mmg takde pe Anarm bile kita clean permanent file nih guna Ccleaner ? sebab skrg duk guna tune up 1 click maintanance tu..yg mana lagi ok ? baru jer download Ccleaner..dulu dah download, tapi unistall balik…

    Reply
    • Anarm says

      16/05/2011 at 10:15 AM

      @Nine, ccleaner dia cuma buang fail2 yg tak diperlukan atau fail yang dah jadi sampah (fail yang tertinggal lepas uninstall apa2 apps).. ok je aku guna ccleaner dari dulu sampai sekarang.. aku pon tak tau mana 1 lagi ok kalau compare dgn tuneUp.. tuneUp aku dah tak guna sebab last time aku guna dia gi buang fail system.. terus jadi bangang pc aku pastu aku fobia sampai sekarang.. haha.. pengganti tuneUp aku tukar pakai Glary Utilites (freeware).. tapi dlm sebulan sekali je aku run software glary tu.. ade gak function 1 click..

      Reply
      • Nine says

        18/05/2011 at 1:16 AM

        @Anarm, ok Anarm thanks..aku guna Ccleaner dah delete file ok jer….best …. :biggrin:

        owh, nanti aku cuba Glary…bahaya gak ek sampai buang file system dgn Tuneup…aku cuma guna untuk nak tukar boot ngan logon jer…hehe yg lain app dlm TuneUp aku tak run..takut gak…huhu

        Reply
        • Anarm says

          18/05/2011 at 1:36 AM

          @Nine, tuneup kalau pkai 1 click tu ok je kot.. pkai default punye je.. mcm aku ari tu aku setting apa ntah x ingat.. tu yg jd fobia tu.. haha.. setakat ni pakai glary takde masalah langsung.. lagipon freeware.. dapat gak kurangkan 1 software creck.. w0ot~

          Reply
  3. dGeothite says

    09/05/2011 at 11:43 AM

    Allright! Best bro.. :tongue:

    Reply
  4. Mohd Isa says

    07/05/2011 at 4:04 PM

    haha, risau gak pakai cuci2 ni…kang salah cuci…mati la jawabnya…hahaha

    Reply
    • Anarm says

      07/05/2011 at 10:29 PM

      @Mohd Isa, kalau kita tahu bende apa yang patut dicuci, yang patut dibuang, takkan ada masalah akan timbul.. mana2 software cleaner pon macam tu jugak aku rasa.. kalau pakai cleaner yang memang ada kat windows, dia clean bende2 biasa je.. yang ‘dalam2’ lagi tu die tak efek.. ni la gunanya software 3rd party.. yang buat software ni diorang tau ada benda lain lagi yang perlu dan boleh dibuang.. kalau kita pon tahu, nak buat secara manual, penat kot.. byk tuuu..

      Reply
  5. Wan Perlis says

    05/05/2011 at 7:18 PM

    aku guna ccleaner utk basic ja

    Reply
  6. [email protected] Plans says

    05/05/2011 at 3:02 PM

    Thank for the shared bro,baru2 ne download advanced system care ,nampak ok tapi tak overall la,nanti boleh try ccleaner ne pulak

    Reply
  7. samanosuke_04 says

    05/05/2011 at 1:40 AM

    hoho, aku guna youruninstaller.. sebab bila remove, program nie remove sampai akar umbi.. sampaikan program yang trial version pun bleh guna banyak kali dengan guna cara install pastue uninstall

    Reply
    • Anarm says

      05/05/2011 at 2:17 AM

      @samanosuke_04, aku tak pernah guna youruninstaller.. aku guna revo uninstaller.. boleh remove sampai ke akar umbi jugak.. :wink:

      aku tak pernah install program2 yang trial version.. alang2 nak install aku cari creck sekali.. huhu.. takpon aku pakai versi portable.. skrg ni pon banyak program aku dah tukar pakai versi portable.. space pon tak banyak guna kalau pakai portable punya..

      Reply
  8. shaharil says

    05/05/2011 at 12:33 AM

    Bagus. Lepas ni boleh buang apa yang tak patut yang ada dalam lappy aku. Buat kerja aku jadi senang.

    Reply
    • Anarm says

      05/05/2011 at 2:12 AM

      @shaharil, betul tu.. boleh buang semua fail2 yang tak diperlukan.. tapi cuma untuk fail2 aplikasi yang dia support jela..

      Reply
  9. akubiomed says

    03/05/2011 at 10:55 PM

    Memang pasang pada laptop milik syarikat kalau nak harap scandisk dan defrag Windows lupakan sahaja :-)

    Reply
    • Anarm says

      03/05/2011 at 11:49 PM

      @akubiomed, scandisk dan defrag biasa aku buat sebulan sekali.. CCleaner plak memang tiap2 hari aku run..

      Reply
      • Mus says

        06/05/2011 at 11:45 AM

        @Anarm, begitu cara gunanya.. aku jarang guna CCleaner ni.. sebulan boleh kira berapa kali run..

        Reply
  10. nizam says

    03/05/2011 at 9:31 PM

    nice bro… hehehe…
    sekarang pun tengah pakai CCleaner…

    Reply
    • Anarm says

      03/05/2011 at 9:59 PM

      @nizam, ccleaner memang software wajib ada kat komputer (yang pakai Windows)..

      Reply
  11. titan says

    03/05/2011 at 9:21 PM

    ok. benda bagus. aku download sekarang. :pinch:

    Reply
    • Anarm says

      03/05/2011 at 9:58 PM

      @titan, kalau pakai ccleaner memang patut download benda ni.. dan kalau pandai edit fail winapp2.ini tu, bleh tambah sendiri aplikasi apa kita nak masukkan dalam ccleaner..

      Reply
      • Mus says

        06/05/2011 at 11:43 AM

        @Anarm, oic.. boleh tambah-tambah.. menarik bunyinya

        Reply
  12. Fahmi Raazali says

    03/05/2011 at 8:58 PM

    sekarang jugak ambe download… haha…

    Reply
    • Anarm says

      03/05/2011 at 9:57 PM

      @Fahmi Raazali, selamat mendowload.. :happy:

      Reply
  13. syahrilhafiz says

    03/05/2011 at 3:09 PM

    baguih ni
    lagi banyak dia tambah function untuk cuci..

    Reply
    • Anarm says

      03/05/2011 at 8:23 PM

      @syahrilhafiz, ha ah.. banyak software yang suka buat sampah.. CCEnhancer ni dapat tambah software tu dalam sistem CCleaner.. boleh la sapu sampah kat situ sampai licin..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy