AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Gadget » Casing Phone Ninetology Insight i9430

Casing Phone Ninetology Insight i9430

09/05/2013 Anarm 21 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Akhirnya dapat jugak cari casing untuk phone Ninetology Insight i9430 yang aku beli guna Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia hari tu.

Sejak beli phone Ninetology Insight i9430 ni dia berbogel je tanpa baju, dan hari ni dah ada 2 baju baru.

Susah nak cari casing phone jenis Ninetology. Merata aku pergi kedai phone semata-mata nak cari casing dia.

Kedai-kedai phone semua aku dah terjah termasuk kedai jual casing phone kat pasar malam. Semua takde jual casing untuk phone Ninetology.

casing phone ninetology insight i9430

Casing Ninetology Insight i9430

Casing phone Ninetology Insight yang warna hitam aku beli secara online dengan harga RM35 dan yang warna oren pulak harga RM29 (termasuk penghantaran).

Kalau ikutkan aku nak beli casing Sony Xperia T je sebab casing dia ‘ngam’ dengan saiz Ninetology Insight. Cuma kena ubahsuai sikit.

Nasib baik ada Group Ninetology User Malaysia kat Facebook. Dapat deal dengan member kat situ yang ada jual casing untuk phone Ninetology Insight.

Untuk phone Ninetology model yang lain pun ada juga.

Ninetology Insight ni nama lain dia Konka (dari China). Mungkin sebab tu kot susah sikit nak cari casing dia.

Siapa yang masih mencari-cari casing atau accessories untuk phone Ninetology Insight boleh order di Lowyat.NET Trade Zone – 9tology Insight Accessories.

Tempat Beli Casing Ninetology Insight i9430

  • Ninetology Insight
  • Funkgarage.com
  • The Case9ine Store
Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Ninetology Insight dengan Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia
  • Ninetology Siri U9 Smartphone Model Terbaru
  • Ninetology Blogger’s Review Program

Kategori : Gadget Keyword : 9tology insight accessories, beli online casing insight, konka china, ninetology, ninetology insight, ninetology insight i9430, phone case, rebat rm200 pakej komunikasi belia, shopping online

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Voucher Tiket Wayang GSC daripada KLIPS Malaysia
Next article:
Country Chic Steak Kenny Rogers Roasters

21 Comments

  1. Muhammad Fahim says

    16/07/2014 at 1:23 PM

    Assalamualaikum… nak tnya mcm mne nk order kt lowyat.net tu??

    Reply
  2. bidadari89 says

    16/08/2013 at 7:41 PM

    Salam . Blh ajar cmne nk order dkt website tu?dh register dh. Tak bape oaham.

    Reply
    • Anarm says

      17/08/2013 at 12:56 AM

      Waalaikumussalam.. Nak mintak tolong ajar order kat website mana satu?

      Untuk order kat forum Lowyat.Net cuma perlu reply kat thread forum tu tulis item yang nak order.. Nanti penjual tu akan update nama dalam senarai pembeli. Bila barang dah ada, dia akan contact untuk urusan bayar dan pos..

      Kat web FunkGarage.com tu pulak just pilih casing yg nak order, klik Add to cart, lepas tu klik Checkout.. Nanti kat web tu dia akan bagi arahan macam mana nak bayar dan dia akan pos ke alamat yg diisi dalam borang..

      Kat facebook page Case9ine Store pulak, cara senang, pilih casing mana satu nak beli, copy link gambar lepas tu message inbox owner page tu, bagi link gambar yg copy tadi lepas tu tanya macam mana nak order.. Dia akan bagitau cara nak order, nak bayar kat sape..

      Reply
    • norapizah abdul rahim says

      01/10/2013 at 11:10 AM

      Sy dh register kat lowyat.net tu tp still xleh nk oder…sy mmg nk sgt2 bateri cover tu.mmg sy dok pening gak mncarinye.bile dh jumpa xpndai plak nk oder..dh wat mcm2 pun xleh gak..help me plsss

      Reply
      • Anarm says

        01/10/2013 at 4:02 PM

        Kat lowyat.net tu cuma perlu pilih item yang nak order lepas tu tulis kat Fast reply.. Contoh, kalau nak order bateri cover, dekat Fast reply tulis:

        Battery Cover:(RM25.00)
        Color: Black atau White

        Lepas dah hantar fast reply tu, nanti boleh check kat Booking List tengok nama dah ada dalam senarai atau belum.. Kalau 1-2 hari nama masih takde dalam senarai, boleh contact terus dengan owner thread (luna121245)..

        Reply
  3. anas says

    22/07/2013 at 4:18 PM

    tq bg infomation ni… sye pown tgah cri casing 9 insight ni… nk jaga tnpa bju mmg ssh.. nty calar balar… thank again.. :biggrin:

    Reply
  4. syed najmi says

    22/07/2013 at 10:12 AM

    Assalamualaikum bro..nk tnye..sy pkai insight jgk,cume xde casing lg..cne nk oder kt lowyat.net tu? Xphm la..sy da try dafta n anta kt admin tu smlm,tp dye xreply lg..cne ek?

    Reply
    • Anarm says

      22/07/2013 at 10:36 AM

      Waalaikumussalam bro.. Order kat Lowyat.Net tu dia ikut batch.. Order dulu dan diorang akan hantar bila lepas tarikh tutup.. Kena tunggu lama sikit lah sebelum dapat barang kita order tu.. Kalau nak tanya tentang order kat Lowyat.Net tu better tanya owner dia kat Facebook – SK Liew..

      Kalau nak cepat sikit boleh cuba order online kat web Funkgarage.com (cuma ada 1 pilihan casing je)..

      atau kat FB boleh tengok page The Case9ine Store.. Banyak jugak dia jual casing Insight yang stylo..

      Reply
      • syed najmi says

        22/07/2013 at 1:22 PM

        Ok2..tq bro..

        Reply
  5. ProfHariz says

    07/07/2013 at 5:28 PM

    Lebih kacak bro :)

    Reply
  6. ProfHariz says

    25/05/2013 at 7:01 PM

    Kacak bak ang !

    Reply
  7. sukma says

    14/05/2013 at 9:39 AM

    pergghhh canggih…sampaikan susah nak cari casing dia…

    Reply
  8. shafiq says

    10/05/2013 at 12:38 AM

    Assalamualaikum bro…

    boleh bg link x cara untuk guna guna Konka ROM Jelly Bean ni…

    Reply
    • Anarm says

      10/05/2013 at 3:32 AM

      Waalaikumussalam.. Maksud bro nak upgrade ke Jelly Bean ke? Boleh join group Ninetology User kat Facebook.. Search “ninetology user malaysia”.. Dalam group tu ada files yg diorang kongsi cara2 untuk upgrade Konka Jelly Bean..

      Reply
  9. Hafizul says

    09/05/2013 at 3:31 PM

    Hehe..sekarah dah berbaju..tak ada la seksi menggoda lagi kan?haha

    Reply
  10. reezluv says

    09/05/2013 at 3:19 PM

    skang ni apa-apa pasal gajet aku cari online je..tak dekat Lelong.com.my, aku pi cari kat forum Lowyat..harga jauh bezanya..cuma kena caj penghantaran je la..

    paling best kalau beli screen protector…ipad punya kalau kat kedai sampai RM60++..aku beli online Rm15 pun ada..tapi pasang sendiri je pun..bukan susah mana..:D

    Reply
    • Anarm says

      09/05/2013 at 3:35 PM

      Beli online lebih berbaloi rasanya dari segi harga.. Kena tambah caj penghantaran sikit je.. Cuma risiko sikit dengan keselamatan barang tu.. Takut tak sampai ke tangan.. Kalau yg harga RM100 ke bawah aku berani lagi beli online.. Kalau lebih RM100 aku tak berani..

      Reply
      • reezluv says

        09/05/2013 at 3:58 PM

        brg berbentuk elektronik tak digalakkan untuk beli online.Sepanjang aku bisnes ngan Ebay..memang brg elektronik yg bawak banyak masalah..cuma gajet mcm screen protector tu yang best..sebab mmg murah gilee :w00t:

        Reply
  11. ejam says

    09/05/2013 at 2:31 PM

    tuler payah kalau beli phone tak berapa popular ni kan, susah nak dapat casingnya.
    tapi syukurlah kau jumpa juga akhirnya..

    Reply
  12. akubiomed says

    09/05/2013 at 1:55 PM

    Sayang Smartphone baru kalau tercalar. Terguris sanubari. :-)

    Reply
    • Anarm says

      09/05/2013 at 2:03 PM

      Hampir sebulan phone ni takde baju.. Memang setiap masa kena hati2 bila pegang takut jatuh tercalar.. Sekarang dah ada baju kalau terjatuh pun takde hal lahh.. Kih3..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy