Mudahnya Cas Bateri Phone dengan Power Bank Yoobao

Aku baru saja beli sebuah power bank Yoobao untuk kegunaan cas bateri smartphone. Sebelum ni aku pernah terbaca tentang kegunaan Power Bank. Masa tu rasa macam tak perlukan sangat benda ni.

Tapi sekarang ni aku rasa aku perlukan Power Bank sebab dah banyak kali phone habis bateri bila berada di luar dan takde kemudahan atau sumber untuk cas bateri phone.

Power Bank Yoobao

Dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 baru ni ada hadiah cabutan bertuah sebuah Power Bank yang ditaja oleh Kak Jie.

Power Bank tu aku sendiri yang pergi beli di Low Yat guna duit yang Kak Jie peruntukkan sebab penganjur #SBB2013 beritahu Kak Jie tak sempat nak pergi beli.

Masa pergi Low Yat Plaza hari tu kebetulan bateri phone aku dah nak habis. Masa tu lah aku rasa aku pun perlukan power bank.

Power Bank Yoobao 8800mAh Magic Box – YB645

Aku beli Power Bank Yoobao ni secara online di laman web Superbuy. Asyik shopping kat Superbuy je sekarang ni. Haha.

Kalau tak silap aku power bank ni sama macam power bank hadiah Kak Jie tu, jenis Yoobao 8800mAh Magic Box Power Bank – YB645.

Yoobao Power Bank

Aku beli power bank ni dengan harga RM109. Harga asal RM119 (dapat diskaun potongan harga RM10 + Free shipping). Bayar guna Maybank2U online depan laptop je.

Kalau pergi keluar beli sendiri harga pun lebih kurang cuma kena tambah duit minyak, duit beli jajan makan dalam kereta dan duit parking kereta. Lebih senang giler shopping di Superbuy je.

Ejam Othman punya pasal la ni yang mempengaruhi aku shopping kat Superbuy. Hehe.

Lepas-lepas ni takkan ada masalah phone habis bateri dah sebab aku boleh cas bateri phone di mana-mana saja menggunakan Power Bank ni.

Mudahnya cas bateri phone dengan Power Bank Yoobao.

41 Comments

  1. berminat sgt dgn powerbank.. mmg satu keperluan… hp sy tu dah caj penuh pun bateri xthn.. :angry: geram betul sy dgn fon tu

    • Kalau bateri phone cepat habis bateri, tak tahan lama, selain guna powerbank mungkin boleh beli bateri spare.. Boleh tukar2 bateri.. Tapi bateri spare tu jangan lupa cas pulak..

  2. Kena beli yang ori…ade kawan beli brand nie…murah ajer…..tp skali pakai mengelembung cm nak meletop….huhu…

  3. tidak dinafikan powerbank semakin laku di pasaran sekarang ini sebab ramai yan perlukannya

  4. wah berapa lama dapat tahan ni? sesuai untuk semua jenis phone ke bro?

    • @azrijohan, Semua jenis phone boleh cucuk guna power bank ni.. Dia ada sertakan sekali beberapa jenis USB connector yang boleh guna untuk semua phone.. Samsung, iPhone, Blackberry, Nokia, dll semua boleh cucuk..

      Berapa lama tahan? Power bank yang aku beli ni dah seminggu aku guna untuk cas tepon aku.. Tak tau bila power dia habis.. Haha..

  5. power bank ni dah jadi keperluan pulak rasanya…aku pun nak sambar satu senang bila emergency :)

  6. Power bank perlu di caj juga ker bro…? :cool:

    • @galut, Ya.. Power bank perlu di cas dulu.. Bila dah cas, ada bekalan kuasa dalam power bank tu, baru boleh guna untuk cas handphone.. Kalau tak cas power bank tu macam mana nak dapat power untuk cas handphone kan..

  7. :w00t: Wah best ni, dah tak perlu bawak backup bateri….beli yang mahal sikit dah boleh bawak pergi camping atau memancing dan tak perlu risau betri hp kong :w00t:

    • @mohzam, Yess.. Betul tu.. Bagi yang suka camping, pergi mancing, melancong dan sebagainya memang kena ada power bank ni.. Senang nak cas tepon.. Kalau beli yang mahal mungkin power dia tahan lebih lama.. Boleh guna untuk cas lebih banyak kali..

  8. murah gak ek utk 8800mAh. sekali cas boleh guna utk bpe phone?

    • @MK Kimi, Power Bank ni sekali cas boleh cucuk 1 phone je.. Model lain ada yang boleh cas 2 3 4 phone sekaligus.. Harga pun mungkin mahal sikit.. Boleh cuba tengok2 kat laman web Superbuy, atau Lazada..

      Member sepejabat aku ada jugak beli power bank tapi jenama lain.. Dia beli online kat Lazada.. power 20,000mAh harga dalam RM129.. Dia punya boleh cas 2 phone sekaligus..

  9. baru je petang td member dia dah sambar tu bende ni
    betul je dia boleh cas tepon hingga 3 cas penuh tepon tu… kalau betul kira berguna sgtlah bende ni…

  10. ohh..ini rupanya powerbankkk..

  11. wow! inovasi terbaru..
    tp hp aku cikai je..
    huhu

  12. Senang dan mudahnya sekarang membeli sesuatu secara online.
    Duduk depan PC dah bisa beli barang yang kita mau

  13. Woooo.. Powerbank is the best. Tapi x sempat ag nak beli mende ni. .

  14. Wah…. boleh nih dicuba.

  15. Ni la barang yg dok merungut lambat sampai tu ye? Hahah.

    Eh dulu ada kes benda ni yang tiruan kan, siap ada nombor siri lg nak cek ori ke tak.
    8800mAh ni bape kali caj ek?

    • @Affan Ruslan, Yang aku merungut tu bukan barang ni.. Barang sebelum yang ni.. Haha.. Barang ni 2 hari je dah sampai..

      Aku tak cek lagi ori ke tak.. Tapi Superbuy cakap barang yang dia jual semua ori.. Kena cek jugak la lepas ni untuk kepastian..

      Aku pun tak pasti 8800mAh ni boleh guna cas berapa kali.. Tak guna lagi.. Orang cakap depends pada kuasa bateri.. Bateri phone aku 1500mAh.. Maknanya, 8800mAh bahagikan dengan 1500mAh = lebih kurang 5 atau 6 kali cas kot..

  16. Kak Jie beli powerbank dulu pun dgn superbuy juga.

    Memula Kak Jie tak dapat datang, ada urusan keluarga, kemudian ubah plan… tu yang dapat ikut majlis #SBB2013 tu. Sebelum keputusan pergi ke tidak dicapai, kak jie dah hantar duit suruh AJK beli.

    Tekong yang dapat lucky draw tu, belum keluar dewan dia dah guna.

    Kak Jie kerap bercuti, dan power bank ini sangatlah membantu. Sebab time bercuti nak intagramlah, nak twitlah, nak facebook lah.. hiks!

    • @Kujie, Memang perlu ada power bank la kalau jenis yang tak lekat kat rumah suka keluar bercuti.. Hehe.. Hari tu siap pergi Low Yat beli power bank yang Kak Jie sponsor.. Kalau tau, order dengan Superbuy je.. Tengok harga pun lebih kurang je.. Dah la dekat 1 jam sangkut dalam jem kat Low Yat tu.. Huuu~

  17. haha tengok dekat low yat , 14000 mah RM140 … mahal la pulak ..

    • @puanbee, tengok saiz bee… lagi besar lagilah mahal.
      cari saiz yang kita mampu.

    • @puanbee, Harga power bank tengok pada nilai kuasa dia.. Lagi tinggi kuasa dia, harga pun lagi mahal.. Jenama pun mempengaruhi harga jugak kot.. Beli yang kuasa biasa2 pun takpe.. Boleh guna untuk 2 3 kali cas kat luar rumah pun dah kira ok dah.. Bila balik rumah, cas balik power bank tu..

      • @Anarm, buat masa ni memang tk beli lagi pun , rasa mcm tk perlukan sgt .. ada je masa nak cas telefon .. langsung tk beli cuma berminat survey harga .. tabiat :cheerful:

  18. Bro dah ada sebiji benda nie. dapat free masa shopping dekat SuperBuy hari tue he..23x + free sebijik kamera digital

  19. sebelum ni saya cuma guna palam USB 3.0 di laptop Timeline X untuk cas bateri smartphone time kehabisan. Sewaktu laptop off, smartphone masih boleh dicas. Tapi rasanya saya kena ada juga powerbank ni. Just in case tak terbawak laptop. Thanks Anarm.

    • @iAwani, Kalau bawak laptop tak jadi masalah untuk cas handphone.. Boleh cas cucuk je USB ke laptop.. Tapi takkan nak bawak laptop je pergi sana sini kan.. Penat laa.. Hehe.. In case tak bawak laptop, power bank boleh membantu..

  20. powerbank memang perlu utk siapa yang ada smartphone..

Leave a Reply