Mencari Rumah Sewa Berdekatan

Sekarang ni tengah pening nak mencari rumah untuk disewa. Tarikh nikah pun dah semakin dekat. Seboleh-bolehnya nak angkat barang masuk rumah sewa baru sebelum bulan Ramadhan ni.

Kalau dah mula puasa mesti tak larat dan malas nak angkat-angkat barang. Nanti penat asyik terbayang air sirap, kurang pulak pahala puasa. Dah kahwin lepas raya nanti boleh terus bawa isteri masuk bilik rumah sewa. Nak beli rumah belum mampu lagi.

Cari rumah untuk disewa

Ada sesiapa tahu mana-mana rumah sewa dalam area Bangi ke Kajang ke? Dapat rumah teres lagi bagus. Bajet sewa rumah sebulan dalam RM700 lebih kurang. Ada tak? Ada tak?

Ingat nak cari dekat dengan ofis aku kerja kat Bangi Seksyen 8. Takpun kat kawasan yang senang dapat public transport. Nanti bakal isteri nak pergi kerja kalau hari hujan dia boleh jalan je bawa payung pergi naik public transport.

Dekat-dekat nak kahwin ni banyak pulak benda nak kena buat. Rasanya dah buat persiapan tu awal dah. Rupanya ada lagi kerja-kerja yang tertinggal. Sesiapa yang nak berkahwin tu sila buat perancangan seawal yang boleh supaya tak pening kepala bila tarikh kahwin dah dekat.

27 Comments

  1. Salam dah komen ke belum entah , kelmarin ada baca , rasa mcm dah komen , tp tk de pulak komen akk

    tak pe komen sekali lagi .. nanti insyallah tanya2 adik , dia duk kawasan bangi sana

    • @zuls, surada aku pusing2 hari tu takde nampak plak rumah untuk disewa.. petang kang nak try round lagi sekali.. tanya2 orang situ ke.. tengok environment kat situ pon nampak macam selesa je..

  2. kalau area Bangi ngan Kajang saya tak tau tapi kalau area kkb,ok no hal. :biggrin:
    Apapun selamat Pengantin Baru

  3. elok jgk cari rmh sewa awal be4 kawen. sbb nnti dah kawen tertangguh2..last2 duk rmh mertua. lps kawen mmg seharusnya duduk rmh sendiri. sbb baru nak rasa hidup bersama kan…good luck!

    hurmm..smp skrg saya pun msh cr rmh sewa dgn hubby. tp tkpela…masih selesa lg duk rmh mak..cuma tk boleh lama2. huhuhu

  4. Carikan untuk bro juga.

    Sewa dalam lingkungan itu juga..

    Lokasi serdang ataupun Cheras (cheras lagi bagus) dan boleh park kereta banyak2.. dan tidak aan disaman

  5. Tak nak try duk apartment ke? Kalau macam area antara Bangi dengan Kajang, rasanya Sri Camelia Apartment tu macam okay jugak. Tapi jalan raya nak ke highway dari tempat tu macam agak padat lah. :happy:

  6. Memang hal yang biasa tu bro,nak tak nak kena tempoh juga,saya dulu pun sama,pening juga nak cari rumah sewa,last2 dapat juga – cabaran tu :whistle:

  7. Tang rumah sewa ni, waktu aku baru nak kahwin aritu pun jenuh mencari rumah, tambahan kawasan pengkalan chepa ni payah gak nak cari rumah sewa, dapat cari rumah 2 bulan sebelum majlis, nasib baik cari awal… :D kalau tak tak pepasal takder rumah untuk didiami selepas kahwin…

    semoga dapat mencari rumah yang menepati dengan apa yang bro inginkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *